10 Kesan Buruk Sikap Tamak Dalam Trading ,No. 9 tu Newbie Selalu Buat,Pastu Salah Kan Remisier Bila Dah Loss

Dalam dunia saham, tamak ialah musuh tersembunyi yang perlahan-lahan membunuh akaun anda.
Dia mempengaruhi supaya anda nampak apa yang anda nak nampak, bukan apa yang sebenarnya berlaku.
Bila tamak menguasai diri, anda mula mengabaikan risiko,menjadi terlalu yakin, dan akhirnya — duit hangus sebelum sempat belajar apa-apa.
Pengalaman kami melatih newbie dalam dunia saham, kami jumpa 10 tanda kebiasaan seseorang tu sedang dijangkiti penyakit tamak dalam trading.
1. Hanya Nampak Potensi Untung, tanpa memperdulikan Risiko
Trader jenis tamak ni dalam kepala dia cuma fikir “berapa boleh untung”,dan bukan “berapa boleh rugi”.
Stop loss? Dia peduli apa. Pengurusan Risiko? Katanya membuang masa nak belajar.
Ada juga yang nak sedapkan perasaan diri sendiri bahwa harga saham hanya akan naik, dan tak kan turun. Itu bukan optimis — itu sangkaan dia semata-mata.
2. Masuk Lot Terlalu Besar (Lot Gajah)
Satu lagi simptom ketara — masuk saiz posisi gila besar.
Masuk guna semua modal yang ada,All In.
Pada dia: “lagi besar lot, lagi besar aku boleh untung.”
Realiti sebenar: “lagi besar lot, lagi cepat akaun anda hangus” kalau market reverse
3. Sindrom “Nak jadi Kaya Cepat”
Matlamat mereka bukanlah untuk menguasai kemahiran atau proses — tetapi kegopohan nak mencipta profit.Nak flex ROI bro kat socmed.
Trader tamak ni kalau boleh nak gandakan akaun dalam masa sebulan dan mengabaikan kemungkinan akaun mereka berkemungkinan boleh musnah dalam seminggu.
Traders yang bijak sentiasa berfikir untuk puluhan tahun untuk bertahan, bukan beberapa hari saja untuk survive.
4. Anggap Diri Hebat dah Macam Legend
Baru trade sebulan,dah dapat untung sikit dan mula percaya mereka boleh mengatasi prestasi lagenda pasaran sebaik sahaja memulakan trading— seperti Minervini,Koon Yew Yin,Takashi Kotegawa
Mereka lupa nama-nama ni menghabiskan dekad melalui jerih payah,kesusahan belajar, dalam memperhalusi kemahiran trading
Trader tamak ni selalu nak hasil yang sama tanpa melalui proses pembelajaran yang diperlukan.
5. Harapan Menggunung Setiap Kali Masuk Trade
Sikap tamak sentiasa membisikan: “Trade ni boleh bagi kau 100% ROI
Tapi Disiplin berkata sebaliknya: “Ambil 10%, dah cukup cantik.” kalau naik lagi,tu rezeki orang lain
Trader tamak ni memang akan tunggu keajaiban —Last-last tengok profit position tadi dah bertukar menjadi loss.
6. Beli Saham yang dah menjunam 50% Sebab dalam otak kata “Confirm Naik Balik ni” -catching a falling knife
Ini perangkap paling biasa.
Harga jatuh separuh, dia terus beli sebab “murah gila ni, confirm rebound.”
Dia lupa — kadang-kadang harga saham jatuh sebab syarikat tu memang patut jatuh,lebih-lebih lagi bila Fundamental syarikat dah mula koyak.
Berapa ramai yang dah kena walap dengan saham Serba Dinamik dulu?
7. Malas nak Buat Homework, Asal Nampak Duit..Jalan
Bila otak terlalu fokus pada duit semata, kajian pun malas nak buat.
Tak tengok laporan kewangan, tak semak volume, tak semak current trend,apatah lagi signal,terus All In.Bila dah loss barulah nak tersedar dah buat silap.
8. Trading saham dia buat macam main judi Online
Trader tamak ni suka beli saham atau call warrant berisiko tinggi — dengan harapan, satu trade saja boleh terus jadi kaya.
Ada juga yang beli call warrant/warrant dah nak tamat tempoh,dengan keyakinan keajaiban akn berlaku di saat-saat akhir.
Kalau dah macam ni gaya,ini bukan lagi trading saham, ni dah sama macam main judi online-mega 888
Pernah Sekali menang guna teknik ni dan mungkin rasa dah power, tapi sepuluh kali kalah menyusul,akaun terus hangus.
9. Tak Ada Plan, Tak Ada Sistem trading yang sistematik
Trader tamak ni jenis suka melompat-lompat teknik — sekejap guna Teknik sifu A, esok teknik sifu B, lusa ikut Telegram channel jual signal entah siapa.
Tiada pelan = tiada arah.
Tiada arah = rugi pasti datang.
10. Suka Pilih Jalan Paling Senang
Sikap Tamak buatkan trader-trader ni cari “shortcut” — nak indikator ajaib, nak signal percuma, nak tips insider.
Padahal, jalan sebenar cuma satu: ilmu, disiplin, dan pengalaman.
Tak ada jalan pintas untuk jadi konsisten. Yang ada cuma jalan singkat menuju kehancuran.
Apa yang boleh kita pelajari dari sikap mereka ni?
Sikap Tamak ni bukan strategi — ia nya satu penyakit yang memang akan ada pada setiap trader.
Ubatnya? Kesabaran dan kesungguhan lalui keperitan proses pembelajaran bagi membentuk outstanding skills dalam trading.Bukan untuk sesiapa,tapi untuk keberuntungan diri anda sendiri juga.
Anda perlu Kawal risiko dan emosi.Jangan kejar duit semata-mata, kejar ilmu,tajamkan kemahiran dulu.
Sebab dalam trading, yang penting bukan siapa paling pantas buat duit
tapi siapa yang mampu bertahan paling lama (Survival)
💸 “Tamak” — Musuh No.1 Trader Newbie
Dalam dunia saham, ramai fikir permasalahan utama ialah tak cukup modal atau tak cukup teknik nak apply.Tapi sebenarnya, punca paling ramai kecundang ialah sikap tamak.
Bila tamak ambil alih mindset trader, Mereka mula:
- Masuk trade tanpa pelan.
- Tambah posisi bila floating merah,dah loss nak average down pula.
- Abaikan risiko sebab yakin “price akan naik balik.”
- Dan bila rugi, mula salahkan market, remisier, atau nasib.
Masalahnya — tiada siapa ajar cara kawal emosi & mindset dalam trading.
Semua sibuk kejar teknik, tapi lupa bahagian paling penting: disiplin dan kawalan diri.
💡 Di sinilah Pakej Gold Mahersaham mampu membantu anda.
Pakej Gold Mahersaham bukan sekadar mengajar anda teknik dan skill membaca serta menganalisa chart. Ia melatih anda berfikir seperti trader sebenar — bukan mentaliti sebagai seorang pemain judi online.
Dalam pakej Gold, anda akan:
✅ Belajar struktur mindset trader berjaya supaya tak jadi mangsa emosi sendiri.
✅ Faham cara urus risiko & modal sebelum masuk sebarang posisi.
✅ Kuasai analisis teknikal & fundamental supaya keputusan anda berpandukan data, bukan rasa.
✅ Dapat bimbingan & komuniti trader berpengalaman yang pantau perjalanan anda supaya tak tersasar.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apakah 10 tanda sikap tamak dalam trading?
Tanda-tanda: Hanya nampak untung tanpa risiko, masuk lot terlalu besar, nak kaya cepat, anggap diri hebat, harapan menggunung, beli saham jatuh 50%, malas kajian, trading seperti judi, tanpa sistem, dan cari shortcut. Semua ini membawa kepada kerugian besar.
2. Mengapa sikap tamak adalah musuh terbesar trader baru?
Tamak membuat trader mengabaikan risiko, tiada pelan, dan terdorong untuk mengambil keputusan emosional. Mereka fokus pada keuntungan jangka pendek daripada pembelajaran jangka panjang, menyebabkan akaun hangus dengan cepat.
3. Bagaimana cara mengatasi penyakit tamak dalam trading?
Kawal risiko dengan stop loss tetap, buat pelan sebelum masuk trade, ambil keuntungan kecil yang konsisten, pelajari fundamental syarikat sebelum beli, dan biasa dengan emosi kerugian. Fokus pada bertahan lama, bukan kaya cepat.
4. Apakah hubungan antara catching falling knife dan sikap tamak?
Trader tamak membeli saham yang jatuh 50% kerana percaya "pasti rebound", tanpa semak fundamental syarikat. Ini seperti menangkap pisau yang jatuh - saham mungkin jatuh lebih kerana sebab sebenarnya (fundamental merokok).
Baca Lebih Lanjut
Untuk menguasai mindset dan disiplin trading sebenar:
- Buka Akaun CDS — Permulaan dengan platform yang aman dan dipercayai
- E-Book Pengurusan Emosi & Disiplin Trading — Pelajari cara kawal tamak dan takut dalam setiap keputusan trading
- Panduan Lengkap Risk Management: Stop Loss & Position Sizing — Teknik melindungi modal daripada kerugian besar akibat tamak