4 Cara Bagaimana Hendak Memiliki Bisnes Seperti Amazon

Loading...

Kalau anda seorang pemilik bisnes online, anda pastinya sudah biasa mendengar tentang amazon. Amazon memiliki lebih 310 juta pengguna aktif dan lebih 44% jualan online di US adalah melalui Amazon.
Penganalisa sampai ada yang berkata Amazon adalah syarikat yang berpotensi mencecah nilai 1 trillion USD.
Anda tahu siapa orang di sebalik Amazon? Jeff Bezos
Kekayaan Jeff Bezos pada saat terakhir saya cek sudah mencecah 155 billion uSD
Richard Koch dalam bukunya Simplify menyatakan ada dua jenis bisnes yang akan menang lama kelamaan : price simplifiers dan proposition simplifiers.
Dua perkara yang kebiasaannya tidak akan wujud bersama.
Harga murah atau Kualiti mantap.
Jadi tak banyak syarikat yang mampu mempunyai kelebihan dalam dua perkara ini.
Kalau anda hendak fokus pada kualiti, kos anda mungkin tinggi.
Kalau anda fokus pada harga yang murah, kualiti anda mungkin kurang.
Namun amazon berjaya membantu mengurangkan kos dan dalam masa yang sama masih memberikan ‘user experience’ yang seronok dan mudah kepada para pengguna.
Sesetengah bisnes boleh untung cepat dalam masa yang singkat.
Mungkin pada waktu tersebut produk yang diniagkan tengah trending, ada ‘hype’ ataupun kekecohan yang berlegar sekitar produk yang diniagakan.
Namun keuntungan dari keadaan tersebut biarpun besar, tidak dapat bertahan lama.
Dalam suratnya kepada shareholders,Jeff Bezos memberitahu,
“Amazon percaya asas untuk mengukur kejayaan kami adalah nilai/value yang berjaya kami berikan kepada shareholder. Nilai tersebut akan berkadar langsung dengan keupayaan kami untuk mengembangkan dan mengukuhkan posisi kami dalam pasaran (market leadership).
Market leadership ini seterusnya boleh membawa kepada jualan yang lebih tinggi, keuntungan meningkat dan pulangan kepada modal pelaburan yang lebih kukuh.”
Amazon pada awalnya memang tidak untung besar kerana margin keuntungan adalah kecil.
Dibandingkan dengan pesaing-pesaing lain yang rata-rata mengambil lebih kurang 3 – 5% margin keuntungan, Amazon hanya mengambil 1-2% sahaja.
Mereka lebih mementingkan untuk mewujudkan ‘long term relationship’ dengan pelanggan.
Kita kalau boleh apabila mengusahakan sesebuah bisnes, sasaran kita biar jauh, melangkaui generasi.
Biar manfaat yang kita berikan itu sentiasa berterusan, jadi suatu amal jariah daripada kita.
Apabila sesebuah bisnes itu berpandangan jauh, maka keuntungan yang diperoleh akan dilaburkan semula ke dalam bisnes.
Dari sudut laporan kewangan, ia akan nampak tak cantik sebab keuntungan nampak berkurangan untuk diagih-agihkan kepada pelabur. Namun untuk jangka masa panjang, sekiranya pelaburan atau reinvestment itu tadi berhasil, laporan kewangan akan nampak lebih cantik dan kukuh pada masa hadapan.
Jeff Bezos dalam salah satu wawancara memberitahu,
“Satu-satunya elemen penting dalam kejayaan Amazon.com adalah mengetatkan syarat pemilihan pekerja. Tidak mudah untuk bekerja di sini (apabila saya menemu bual orang yang saya katakan kepada mereka, “Anda boleh bekerja untuk jangka masa yang panjang lama, kerja keras – bersungguh-sungguh, atau bekerja secara pintar, tetapi di Amazon.com anda tidak boleh memilih dua daripada tiga”). Kita berusaha untuk membina sesuatu yang penting, sesuatu yang penting kepada pelanggan-pelanggan, sesuatu yang boleh kita beritahu pada cucu-cucu kita nanti.”
Budaya dalam syarikat (company culture) itu penting. Ada yang kata, 5 pekerja anda yang pertama akan menentukan hala tuju atau bentuk bisnes anda pada masa hadapan.
Jadi kita kalau boleh nak mencari pekerja yang boleh menjadi sebahagian dari pasukan kita, komitment terhadap syarikat adalah tinggi. Bekerja dan mengusahakan bisnes seperti mengusahakan bisnes sendiri.
Percaya kepada impian dan visi syarikat, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai visi tersebut.
Banyak syarikat-syarikat, bersungguh-sungguh cuba elakkan kesilapan.
Jadinya mereka selalu memilih jalan yang paling selamat.
Namun, jalan yang paling selamat selalunya bukanlah jalan inovasi.
Syarikat atau bisnes akan kekal dengan cara yang lama, rigid dan jika zaman berubah, mereka pun akan hilang ditelan zaman.
Saya suka satu petikan ini, “kekalahan adalah peluang untuk bermula semula dengan lebih bijak”.
Kekalahan atau kesilapan sebenarnya membuatkan kita lebih hampir kepada kejayaan, sebab kita ada kemajuan ada progres. Sekurang-kurangnya kita tahu apa benda yang tak berhasil.
Walaupun Amazon tidak tersenarai di Bursa Malaysia, pelabur boleh melabur dalam syarikat tempatan yang mempunyai ciri-ciri serupa seperti fokus kepada pelanggan, inovasi, dan pertumbuhan jangka panjang.
Customer obsession bermaksud meletakkan keperluan dan pengalaman pelanggan sebagai keutamaan nombor satu dalam setiap keputusan perniagaan. Amazon terkenal dengan prinsip ini yang menjadi asas kejayaan mereka.
Syarikat yang sentiasa berinovasi mampu kekal relevan, menawan pasaran baru, dan meningkatkan pendapatan. Pelabur perlu menilai budaya inovasi sesebuah syarikat sebelum melabur untuk jangka panjang.
Pelabur boleh menilai pertumbuhan syarikat melalui kadar pertumbuhan pendapatan, keuntungan bersih, market share, dan rancangan pengembangan perniagaan yang dinyatakan dalam laporan tahunan syarikat.
Memahami ciri-ciri syarikat berjaya seperti Amazon membantu pelabur mengenal pasti saham berpotensi tinggi di Bursa Malaysia.
Sila daftar akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Dapatkan Ebook Asas Saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dan cara menilai syarikat.
Bacaan lanjut: