5 Sebab Pilih Unit Trust

5 Sebab Pilih Unit Trust
Jom semak 5 sebab pilih unit trust yang dikongsi oleh Unit Trust Consultant JMR.
Lepas ketahui sebab-sebabnya, instrumen pelaburan unit trust pasti jadi pilihan anda.
Selamat dan Sah
Unit Trust ataupun Unit Amanah merupakan salah satu instrumen pelaburan yang terdapat di Malaysia.
Ia adalah sah dan selamat sebagai medium pelaburan kerana Syarikat Unit Trust dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Banyak Syarikat-Syarikat Unit Trust yang anda boleh pilih.
Melalui Unit Trust ini, Syarikat Pengurusan Unit Amanah akan mengumpulkan duit orang ramai.
Hal ini supaya syarikat dapat melaburkan duit tersebut yang diuruskan oleh Fund Manager bagi mengembangkannya.
Risiko yang rendah
Unit Trust memberikan pulangan melalui Capital Gain dan Dividend.
Purata pulangannya pula sekitar 8% hingga 12% setahun.
Pemilihan dana yang sesuai dan berpotensi tinggi penting bagi memastikan pulangan yang diperoleh mengikut perancangan.
Dibawah ini adalah contoh laporan keuntungan Dana Unit Amanah bagi Syarikat PMB Investment Berhad:

Dana yang Patuh Syariah
Kebanyakan Dana Unit Trust adalah 100% patuh syariah kerana dipantau dan dinilai oleh Jawatankuasa Syariah.
Jadi keuntungan yang diperoleh nanti akan lebih berkat.
Boleh tanya pada Unit Trust Consultant (UTC) anda adakah duit anda dilaburkan pada dana yang patuh syariah.
Proses yang mudah dan cepat
Anda hanya perlu menghubungi mana-mana Unit Trust Consultant yang berlesen untuk buka akaun Unit Trust.
Kemudian dokumen yang diperlukan hanyalah salinan IC dan tandatangan pemohon sebagai tanda setuju serta faham prospektus dan setiap risiko sebelum melabur.
Tidak perlu skill yang tinggi dalam pelaburan
Disebabkan tidak ramai yang ada masa untuk belajar ilmu melabur Saham Bursa.
Maka menjadi salah satu faktor kenapa perlu memilih Unit Trust.
Melabur dalam Unit Trust tidak memerlukan kemahiran analisis Teknikal dan Fundamental yang tinggi seperti pelaburan di Bursa Saham.
Anda tidak perlu fikir Entry Price dan Take Profit kerana semuanya akan diuruskan oleh Fund Manager.
Malah pelabur hanya perlu sentiasa berbincang dan dapatkan input terkini mengenai pelaburan anda.
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah perbezaan utama antara unit trust dan saham?
Unit trust diuruskan oleh fund manager profesional — pelabur hanya perlu menyimpan dan biarkan pakar uruskan portfolio. Saham pula memerlukan pelabur membuat keputusan sendiri tentang bila beli dan jual. Unit trust sesuai untuk pelabur pasif, manakala saham sesuai untuk pelabur yang mahu kawalan penuh.
Berapa minimum pelaburan untuk mula melabur dalam unit trust?
Kebanyakan unit trust di Malaysia membenarkan pelaburan permulaan serendah RM100 hingga RM1,000 bergantung pada jenis dana. Selepas itu, pelabur boleh menambah pelaburan secara berkala dengan jumlah yang lebih kecil melalui pelan simpanan tetap (Regular Savings Plan).
Adakah unit trust menjamin keuntungan kepada pelabur?
Tidak. Unit trust tertakluk kepada risiko pasaran dan nilai pelaburan boleh naik atau turun. Namun, risiko dipelbagaikan kerana dana dilaburkan dalam pelbagai instrumen. Untuk jangka panjang (5-10 tahun), kebanyakan dana unit trust menunjukkan pulangan positif — tetapi prestasi lepas bukan jaminan masa hadapan.
Bolehkah pelabur unit trust juga melabur dalam saham secara langsung?
Ya, ramai pelabur menggunakan kedua-dua instrumen secara serentak. Unit trust untuk pelaburan pasif jangka panjang, dan saham untuk pelaburan aktif dengan potensi pulangan lebih tinggi. Gabungan kedua-duanya membantu mempelbagaikan portfolio dan mengimbangi risiko.
Unit trust adalah pilihan baik untuk mula melabur secara pasif, tetapi jika anda ingin pulangan yang lebih tinggi dan kawalan penuh ke atas portfolio, pelaburan saham secara langsung di Bursa Malaysia adalah langkah seterusnya.
Buka akaun CDS untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia dan kawal pelaburan anda sendiri.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk belajar asas pelaburan saham dari kosong.
Bacaan lanjut: