5 TOP SAHAM SEPANJANG PKP

Loading...

PKP:Seperti yang sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan pkp bermula 18 Mac yang lepas sehingga lah pkpb pada hari ini.
Melihat pada situasi ini, begitu banyak perniagaan dan bisnes yang terjejas kerana terpaksa hadkan premis perniagaan disebabkan isu Covid ini.
Rentetan itu, kerajaan telah menyediakan banyak bantuan ransangan bagi membantu masyarakat yang terjejas.
Tidak cukup dengan itu, bank negara turut melaksanakan Moratorium supaya rakyat dapat bernafas dan menyusun strategi bagi kewangan di waktu genting sebegini.
Tidak dinafikan pasaran saham terjejas teruk akibat Covid ini.
Pada pertengahan Mac 2020 yang lalu kita boleh imbas kembali keadaan pasaran begitu mengejutkan seperti ‘market crash’ yang pernah berlaku semasa tahun 1982-1983, 1990-1991, 1998-2000 dan 2008-2010 iaitu setiap 10 tahun.
Walaupun begitu, saham hari ini membuat ‘come back’ dengan kenaikan yang tidak dijangka.
Untung betul siapa yang mengambil peluang awal belajar saham sejak PKP tempoh hari.
Nak tahu saham apa yang naik gila-gila sepanjang pkp ini?
Top Glove adalah syarikat pengeluar sarung tangan getah yang berpusat di Malaysia. Ia beroperasi melalui 5 segment lain termasuklah Thailand, China, Britain dan lain-lain.
Syarikat ini telah mencatatkan ROE sebanyak 11.645% dengan jumlah pendapatan syarikat meningkat kepada RM1,229.78 juta.
Seperti sedia maklum, permintaan sarung tangan untuk perubatan sangat tinggi sepanjang Covid ini. Mana tidaknya, semua institusi perubatan dan makmal amat memerlukan sarung tangan sewaktu operasi pemeriksaan kesihatan, pembedahan dan lain-lain.
Malah dalam sehari berapa helai sarung tangan pembedahan diperlukan oleh semua frontliner yang terlibat.
Jadi sudah pasti syarikat Top Glove ini turut terkesan dengan kenaikan yang mendadak sehingga ke hari ini (28 Mei 2020), mencatatkan 132.02% peningkatan sahamnya.
Datasonic Group Berhad adalah syarikat yang menyediakan sistem perisian untuk keselamatan ID dan pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ianya terlibat dalam sektor teknologi, software dan IT.
Gross Profit syarikat ini adalah 54% dengan mencatatkan ROE 20.95%
Kebanyakan kita hari ini ramai yang bekerja dirumah dan terpaksa mengubah gaya bekerja kepada ‘mode’ alam maya.
Ini menunjukkan penggunaan teknologi sangat penting dalam kehidupan seharian sebagai medium komunikasi antara majikan dengan pekerja.
Bukan itu sahaja, bahkan pagi raya juga ramai terpaksa bergantung pada teknologi video call bagi yang berjauhan. Ini menunjukkan teknologi sentiasa akan berkembang dan tak akan pernah lenyap.
Dufu Technology Corp. Berhad adalah syarikat yang terlibat dalam pembuatan komponen komputer, produk pemesinan dan logam. Syarikat ini termasuk dalam sektor industrial produk dan servis.
Syarikat ini mempunyai ROE 26% dan PE 23. ROE yang lebih tinggi daripada PE menunjukkan tanda-tanda positif kepada saham Dufu.

Selain itu, jumlah pendapatan syarikat menunjukkan peningkatan setiap tahun dari 2015 hingga 2019.

Sumber: Bursa Marketplace
Kossan Rubber Industries Bhd merupakan syarikat penjualan produk getah seperti sarung tangan, dan produk cleanroom. Ianya terlibat dalam sektor barangan penjagaan kesihatan.
Jika lihat pada crata di atas, kenaikan saham Kossan telah mencapai hingga 90.3% kenaikan bermula dari 18 Mac hingga hari ini.
Berdasarkan carta juga, kita dapat lihat harga semasa Kossan hari ini adalah RM8.93 dengan jumlah keuntungan sebanyak RM611.47 juta pada Q1 2020


Telekom Malaysia Berhad adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan komunikasi. Ianya merangkumi penubuhan, penyelenggaraan, penyediaan telekomunikasi dan perkhidmatan yang berkaitan.
Seperti yang kita ketahui, perkhidmatan internet sangat tinggi penggunaannya bukan sahaja sepanjang pkp. Malah setiap hari rangkaian internet amat diperlukan untuk pekerjaan seharian kita.
Jika dilihat daripada chart diatas, walaupun musim PKP saham TM tetap meningkat sehingga 33%.
Dan yang menariknya, saham TM ini turut di miliki oleh institusi kewangan terbesar seperti Khazanah Berhad, PNB, KWSP dan lain-lain.


Antara salah satu tips untuk melabur jangka masa panjang, selain melihat pada fundamental analisa, anda sebenarnya boleh tengok juga senarai pemegang saham tersebut.
Institusi kewangan seperti PNB dan KWSP ini diklasifikasikan sebagai jerung baik yang mana kita boleh ikut untuk melabur dalam saham tersebut untuk jangka masa panjang (long term).
Untuk pengetahuan, sektor telekomunikasi seperti TM juga saling berkait rapat dengan sektor teknologi dimana setiap kali peningkatan pada teknologi maka ada hubung kaitnya dengan rangkaian internet selaras dengan servis yang dijalankan oleh syarikat TM.
Walaupun PKP berpanjangan dan menyebabkan banyak perniagaan terjejas, namun jika belajar saham dari bawah dan aplikasikan ilmu yang Mahersaham ajarkan tidak mustahil anda akan dapat bezakan saham mana yang berkualiti dan tidak.
Anda juga akan mampu mencari saham yang berpotensi dengan kajian anda sendiri tanpa perlu buy call orang lain lagi.
Dan yang penting sekali pastikan anda sudah pun mempunyai akaun cds.
Sektor teknologi, telekomunikasi, sarung tangan, dan e-commerce antara sektor yang mencatatkan kenaikan ketara semasa tempoh PKP.
Tidak semestinya. Prestasi saham bergantung pada asas syarikat dan keadaan pasaran semasa, bukan hanya faktor PKP.
Fokus pada syarikat dengan fundamental kukuh, aliran tunai positif, dan perniagaan yang mendapat manfaat daripada perubahan gaya hidup semasa krisis.
Kehadiran institusi besar seperti PNB dan KWSP sebagai pemegang saham menunjukkan keyakinan terhadap prospek jangka panjang syarikat tersebut.
Untuk mengenal pasti saham berpotensi seperti di atas, anda perlu mempunyai akaun CDS dan ilmu asas pelaburan saham yang kukuh.
Jom buka akaun CDS bersama Mahersaham untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: