AmInvestment- Tingkat sektor pengangkutan dan logistik

By Najah Nasir2 min bacaan
AmInvestment- Tingkat sektor pengangkutan dan logistik
A

AmInvestment- Pemulihan secara beransur menyebabkan sektor pengangkutan dan logistik ditingkatkan menjadineutral

Pada masa kini, sektor pengangkutan dan logistik kini dilihat semakin mendapat perhatian dalam kalangan para pelabur. Permintaan terhadap sektor ini juga semakin tinggi.

Isu semasa kali ini saya ingin mengupas dengan lebih lanjut mengenai syarikat AmInvestment Bank Berhad yang telah mengambil langkah baru dalam usaha memberi fokus kepada sektor pengangkutan dan ekonomi di peringkat global

Sektor pengangkutan
Kredit Gambar: Goggle

AmInvestment Bank Bhd telah meningkatkan permintaannya untuk sektor perdagangan kontena, sektor pengangkutan dan logistik dari “kurang berat” menjadi neutral

Hal ini kerana ia percaya segmen pelabuhan ini mulai dilihat makin pucuk hijau, yang disokong oleh pembukaan semula ekonomi di peringkat global.

Jika dikemas kini sektor hari ini, dapat dilihat rumah penyelidikan juga mengatakan pemulihan segmen pelabuhan atau sektor pengangkutan ini telah disokong oleh Shanghai Containerized Freight Index

Ia adalah sebuah barometer untuk mengukur kesihatan dagangan global yang telah mencatat rekod tinggi, ini menunjukkan permintaan yang kuat untuk sektor pengangkutan kontena ini.

Dalam kenyataan baru ini AmInvestment berkata:

“Kami dapat melihat bahawa sektor pengangkutan dan  pelabuhan di dalam dan di rantau ini telah mencatatkan rekod yang terburuk, dan ia akan mengalami proses pemulihannya ketika ekonomi global dibuka kembali”

PertumbuhanOutput

UNCTAD meramalkan bahawa rantau Asia akan mengalami pertumbuhan output:

6.3% tahun ke tahun (yoy) pada tahun kewangan 2021 (FY21)

Berbanding pertumbuhan 4.1% yoy di peringkat global, diikuti pula oleh penguncupan yoy 0.9% di Asia berbanding 4.3% yoy secara global dalam unjuran FY20.

Mereka percaya perkara ini adalah yang utama kerana negara-negara membangun merupakan rumah bagi banyak pembekal di sektor yang berkembang pesat. Antaranya ialah:

i) peralatan komunikasi

ii) semikonduktor

iii) tekstil dan pakaian

Perkara ini sedikit sebanyak akan memberikan sumbangan positif terhadap pertumbuhan dalam sektor perdagangan kontena di pelabuhan rantau ini.

Sementara itu, pihaknya mengatakan segmen logistik terus mendapat keuntungan dari lonjakan permintaan e-dagang yang dipicu oleh wabak itu

Sementara sektor yang sesak secara tempatan terus dibebani oleh persaingan ketat, yang mengakibatkan penurunan margin yang teruk.

AmInvestment mengatakan pilihan utama dalam sektor ini adalah MMC Corp Bhd (“beli”; nilai saksama [FV]: RM1.56) dan Westports Holdings Bhd (“beli”; FV: RM4.45) kerana menjangkakan pemulihan dalam pengeluaran kontena dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.

Kesimpulan

Namun, ia percaya sektor pengangkutan atau perjalanan udara domestik dan serantau dapat pulih dengan kuat jika pandemik COVID-19 ini dapat dibendung dengan berkesan baik melalui penelusuran kontak atau ketersediaan vaksin.

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah sektor pengangkutan dan logistik di Malaysia?

Sektor pengangkutan dan logistik merangkumi syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran, pelabuhan kontena, penerbangan, dan perkhidmatan e-dagang. Di Malaysia, sektor ini termasuk syarikat seperti MMC Corp Bhd dan Westports Holdings Bhd yang beroperasi di pelabuhan utama negara.

Mengapa AmInvestment meningkatkan rating sektor pengangkutan dan logistik?

AmInvestment meningkatkan rating sektor ini kepada neutral kerana menjangkakan pemulihan secara beransur dalam perdagangan kontena di pelabuhan rantau ini. Pertumbuhan e-dagang yang melonjak semasa pandemik juga menyumbang kepada peningkatan permintaan dalam segmen logistik.

Apakah saham pilihan utama AmInvestment dalam sektor logistik?

AmInvestment memilih MMC Corp Bhd dengan nilai saksama RM1.56 dan Westports Holdings Bhd dengan nilai saksama RM4.45 sebagai pilihan utama. Kedua-dua saham ini diberi rating "beli" kerana dijangka mendapat manfaat daripada pemulihan pengeluaran kontena dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.

Bagaimana pandemik COVID-19 memberi kesan kepada sektor pengangkutan?

Pandemik COVID-19 telah menjejaskan sektor perjalanan udara domestik dan serantau secara ketara. Namun, segmen logistik pula mendapat keuntungan daripada lonjakan permintaan e-dagang. Pemulihan sektor ini bergantung kepada keberkesanan pembendungan pandemik melalui penelusuran kontak atau ketersediaan vaksin.


Berminat untuk melabur dalam sektor logistik? Buka akaun CDS anda hari ini untuk mula membeli saham di Bursa Malaysia.

Baru nak mula belajar saham? Dapatkan ebook asas saham percuma dari Mahersaham sekarang!

Bacaan lanjut:

Kongsi: