CEO Bursa Saham Indonesia Umum Peletakan Jawatan,AS$84 Bilion Lesap Dari Pasaran

Dunia pelaburan Asia Tenggara dikejutkan dengan berita peletakan jawatan CEO Indonesia Stock Exchange (IDX), Iman Rachman, pada Jumaat (30 Januari 2026). Langkah drastik ini diambil sebagai tanda tanggungjawab beliau terhadap "recent market condition" yang menyaksikan kejatuhan mendadak indeks saham negara jiran tersebut.
Kronologi Pasaran Saham Indonesia "Panic Attack"
Hanya dalam tempoh dua hari, pasaran saham Indonesia dilaporkan telah hangus sebanyak $84 bilion. Mari kita selusuri prestasi Jakarta Composite minggu ini:
Rabu: Jatuh mendadak 7.35%.
Khamis: Terus merosot lagi 1.06%.
Jumaat: Menunjukkan tanda pemulihan (rally) dengan kenaikan 1.18%.
Peletakan jawatan Iman Rachman diumumkan sejurus selepas pasaran dibuka dalam zon hijau pada pagi Jumaat, dengan harapan keputusan tersebut dapat membawa perubahan positif dan memperbaiki semula sentimen pelabur.
Amaran MSCI: Punca Utama Ketidaktentuan
Punca utama "market rout" atau kejatuhan besar-besaran ini adalah kenyataan daripada penyedia indeks global, MSCI Inc. pada hari Selasa. MSCI memberi amaran tentang potensi penurunan status pasaran Indonesia daripada "Emerging Market" (Pasaran Membangun) kepada "Frontier Market" (Pasaran Perintisan).
Kenapa MSCI mahu downgrade Indonesia? Isu utamanya adalah "trading transparency" (ketelusan dagangan). Menurut MSCI, para pelabur menyuarakan kebimbangan mengenai:
Struktur pegangan saham yang kabur (opacity in shareholding structures).
Kebimbangan terhadap "coordinated trading behaviour" (corak dagangan terancang) yang mengganggu pembentukan harga pasaran yang adil (price formation).

Langkah Drastik: Naikkan "Free Float" kepada 15%
Sebelum meletak jawatan, Iman Rachman sempat memberitahu CNBC bahawa pihaknya telah berbincang dengan MSCI untuk meningkatkan ketelusan data.
Sebagai tindak balas segera, pengawal selia kewangan Indonesia telah mengumumkan untuk menggandakan syarat "free float" (saham yang dipegang oleh orang awam) bagi syarikat tersenarai kepada 15%. Ini adalah langkah berani untuk membuktikan komitmen Indonesia dalam meningkatkan kredibiliti pasaran modal mereka.
Kenyataan Pandu Sjahrir
Pandu Sjahrir, Ketua Pegawai Pelaburan di dana kekayaan berdaulat Danatara, menyifatkan situasi ini seperti "good cold plunge" atau mandi air ais yang mengejutkan. Walaupun pasaran sedikit panik, ia dianggap sebagai proses "pembersihan" untuk menjadikan pasaran lebih segar dan telus.
Beliau menambah bahawa Indonesia memerlukan "liquidity" (likuiditi) yang jauh lebih tinggi—sekitar 8 hingga 10 kali ganda daripada tahap sekarang—dan satu-satunya cara untuk mencapainya adalah dengan tidak bersikap defensif dan mendengar maklum balas pasaran.
Sumber:CNBC
Pelajari Dari Pasaran Serantau
Kejatuhan pasaran Indonesia adalah pengajaran penting. Pastikan anda faham risiko sebelum melabur di mana-mana pasaran.
📖 Kuasai Asas:
Dapatkan ebook percuma kami untuk fahami fundamental pelaburan.
📈 Melabur di Malaysia:
Pasaran Malaysia lebih stabil. Buka akaun CDS dan mula membina portfolio anda.