Bahaya Main Kontra Dalam Saham — Ramai Tak Sedar Broker Sebenarnya “Menang Besar Setiap Kali Anda Active Trade”
<p>Ramai tak sedar, bahaya main kontra dalam saham datang daripada kos tersembunyi dan tekanan masa. Nampak mudah: beli hari ini, jual sebelum T+2 atau T+3. Tapi apa yang berlaku bila…</p>

Ramai tak sedar, bahaya main kontra dalam saham datang daripada kos tersembunyi dan tekanan masa. Nampak mudah: beli hari ini, jual sebelum T+2 atau T+3. Tapi apa yang berlaku bila harga tak bergerak ikut rancangan? Broker tetap kutip fi dan caj, sedangkan trader menanggung risiko modal, emosi, dan margin call.
💣 kontra trading bukan direka untuk bantu pelabur, tapi untuk bantu broker jana lebih banyak keuntungan.
Jom saya terangkan dari awal 👇
💡 Apa Itu Kontra Dalam Saham?
Kontra bermaksud anda beli saham tanpa bayar penuh, dan anda mesti jual semula dalam masa 3 hari bekerja (T+3) sebelum kena bayar penuh harga saham tu.
Kalau harga saham naik dalam tempoh masa tu — anda boleh jual cepat dan ambil untung tanpa keluar modal besar.
Tapi kalau harga jatuh — anda tetap kena tanggung rugi guna duit sendiri.
🏦 Apa Itu Contra Facility di Bursa Malaysia?
Dalam Bursa Malaysia, contra facility ialah kemudahan kredit jangka pendek yang disediakan oleh broker untuk pelabur aktif.
Ia membolehkan anda buat lebih banyak transaksi tanpa perlu sediakan modal penuh setiap kali beli saham.
Kebiasanya:
Kalau tak sempat jual → broker akan force sell saham tu.
Akaun mesti aktif dan layak guna margin kredit.
Had kredit ditetapkan oleh broker (contoh RM5,000 – RM100,000).
Semua transaksi perlu diselesaikan dalam T+3 hari bekerja.
⚙️ Cara Kontra Trading Berfungsi:
1️⃣ Anda beli saham guna kredit broker.
2️⃣ Pegang posisi maksimum 3 hari.
3️⃣ Kalau naik → jual cepat, ambil untung,dapat lah contra gain
4️⃣ Kalau tak naik → broker force sell sebelum atau pada T+3.
5️⃣ Kalau rugi → anda kena bayar balik kerugian tu kepada broker..bayar lah kau contra loss
💣 Apa Jadi Kalau Gagal BayarContra LossesKepada Broker?
Ramai ingat rugi tu sekadar “hangus modal”. Tapi dalam kontra, anda sebenarnya berhutang dengan broker.
Bila harga saham jatuh dan force sell dibuat:
- Hasil jualan saham dikira semula.
- Kalau jumlah tu tak cukup untuk cover harga beli → wujud defisit (negative balance).
- Broker akan keluarkan contra statement dan minta anda bayar baki tu segera.
Kalau masih tak bayar:
- Akaun trading akan disekat.
- Duit dalam akaun akan ditolak terus untuk tampung rugi. Atau “paid shares akan dijual paksa” untuk settle kan losses
- Anda boleh disenarai hitam oleh sistem dalaman broker.
- Dalam worse case, broker boleh ambil tindakan undang-undang untuk kutip balik hutang tu.
Kesan jangka panjang:
Nama boleh disenarai hitam kan, akaun CDS digantung, dan susah nak buka akaun dengan mana-mana broker lain lepas ni.
💰 Kenapa Broker Suka SangatContra Player?
Ni bahagian yang ramai tak tahu — dan jarang broker akan cerita terang-terang 👇
1️⃣ Setiap transaksi = brokerage fee.
Lagi banyak anda beli & jual dalam masa singkat, lagi banyak caj broker dapat (biasanya 0.1% – 0.6% setiap kali trade).
2️⃣ Contra players ni jenis aktif — beli pagi, jual petang, beli balik esok.
Dalam sebulan, boleh jadi berpuluh-puluh transaksi, malah ada yang nak “revenge trade tu” melibatkan ratusan transaksi.
Untuk broker, ini “anak kesayangan” “pelanggan emas kami” sebab volume tinggi = Brokerage pun tinggi.
3️⃣ Bila anda rugi pun, broker tetap menang.Mereka tetap dapat brokerage dari transaksi buy & sell tu.Broker tak tanggung kerugian pasaran — dia hanya kutip caj transaksi dan faedah kredit kalau ada tunggakan.
4️⃣ Sistem contra juga bantu broker tingkatkan turnover harian Bursa, yang penting untuk imej syarikat broker di mata pelabur besar.
Kesimpulannya:
Trader kontra ialah sumber duit paling konsisten untuk broker — walaupun trader tu sendiri rugi. Bukan dalam saham sahaja,sapa dah familiar dalam trading Fx yang paling untung adalah introducer Broker tu.
💀 7 Sebab Kenapa Main Kontra Sangat-sangat Berbahaya
1️⃣ Risiko Tinggi Tanpa Pegangan Sebenar
Anda tak benar-benar miliki saham tu — cuma “pinjam” untuk trade.
Bila harga jatuh, broker boleh force sell bila-bila masa tanpa kebenaran anda.
2️⃣ Anda Berlumba dengan Masa (T+3)
Hanya ada 3 hari bekerja untuk saham naik.Kalau market sendu,jangan haraplah,lagi parah.
Kalau tak menjadi, terpaksa lah jual rugi.
Ini bukan pelaburan — ini perlumbaan dengan masa dan emosi.
3️⃣ Emosi Jadi Tak Stabil
Anda tak boleh fikir dengan tenang sebab masa sangat terhad.
Setiap saat rasa nak tengok price. Akhirnya keputusan dibuat bukan ikut strategi, tapi berlandaskan emosi takut dan tamak.
4️⃣ Force Sell Automatik
Kalau tak sempat jual, sistem broker akan jual paksa saham anda pada harga pasaran — memang parah lah masa tu harga tengah jatuh.
Anda rugi dua kali: dah lah kena jual paksa pada harga rendah,losses dan duit tambang pergi balik tetap kena bayar.
5️⃣ Risiko Berhutang Dengan Broker
Kalau rugi terlalu besar, hasil jualan “paid share”tak cukup nak cover losses tu broker akan tuntut baki, dan kalau tak bayar — akaun disekat, disenarai hitam atau disaman.
Kontra ni bukan “main suka-suka” — ia kredit sebenar.
6️⃣ Tak Sesuai Untuk Pasaran Malaysia
Pasaran Malaysia bergerak perlahan, tak macam pasaran US.
Volatiliti tersangat rendah,volume tak yah cerita lah → susah nak dapat pergerakan besar dalam masa 3 hari.
Kebanyakan contra player akhirnya terperangkap dalam rugi kecil berulang kali.
7️⃣ Tak membina Ilmu & Kemahiran Sejati
Main kontra cuma jadikan anda jadi cepat menggelabah, bukan jadi pelabur bijak.
Tak belajar baca chart, tak faham fundamental, tak melatih diri dengan kesabaran.
Akhirnya develop tabiat buruk — “kalut nak kejar harga, sehingga melupakan risiko”.
🧠Jangan Perjudikan Modal Pelaburan Anda
Main kontra memang nampak senang,nak beli memang senang tuan-tuan,nak menjual tu nanti yang susah — tak perlu modal besar, cepat dapat hasil.
Tapi realitinya, ia produk yang buat broker untung walau client rugi.
Kalau nak bina kekayaan sebenar melalui saham:
Fahami dulu analisis teknikal & fundamental, bukan shortcut kredit jangka pendek.
Dalam saham, ilmu yang lambat hasil nya — itulah yang paling mahal nilainya.
Di Mahersaham,kami tidak menggalakan anda trading contra,lagipun akaun Islamic cash upfront tidak membenarkan.Kami latih newbie,dan bukan newbie sahaja,trader dan pelabur yang berpengalaman juga dari Zero sampai Hero ikut teknik yang betul serta risiko yang terkawal.
Semua ini,kami sediakan dalam Pakej Gold Mahersaham. Pakej lengkap untuk newbie,bukan sahaja ada module pembelajaran peringkat asas malah hingga ke teknik advanced.
Sertai Pakej Gold Mahersaham Disini: /pakejgold>
