Beli 1 dapat 2 dengan Naelofar+Starbucks

Loading...

Koleksi Naelofar X Starbucks kini mencipta semangat baru peminat apabila koleksi keluaran terbaru ini digandingkan dengan jenama Starbucks Malaysia.
Wow!
Ada ke yang tak kenal Starbucks?
Peminat tegar kopi mesti tahu jenama kopi terulung ini.
Mana taknya, sekali minum dah memikat selera.
Kini hijabista pun boleh minum Starbuck dan dapatkan koleksi Nealofar sekali.
Neelofa mengumumkan ini merupakan kali kedua kerjasamanya antara Naelofar dan Starbucks Malaysia.
Koleksi Naelofar x Starbucks ialah dua gabungan yang dekat kerana ia menggabungkan dua kegemaran Neelofa.
Iaitu untuk selendangnya dan minuman starbucks Frappucino.
Neelofa berharap peminat dan pelanggan Starbucks akan gembira menikmati koleksi ini.
Idea penggambungan ini mendapat inspirasi daripada warna minuman Starbucks Frappucino perisa coklat, caramel dan teh hijau.
Warna selendang Naelofar juga menampilkan dengan 3 variasi warna yang menyerupai minuman tersebut iaitu warm brown, soft beige dan pastel green.
Tambahan pula, koleksi Naelofar+Starbucks ini berada di pasaran dengan harga RM75.
Peminat akan mendapat selendang dan tumbler starbuck, 2 dalam 1.
Selain itu, RM1 daripada setiap pembelian ini akan disalurkan pada badan amal pilihan Neelofa.
Jadi peminat juga dapat membeli sambil beramal.
Sekarang jum kita kaitkan apa yang berlaku ini dengan dunia perniagaan.
Penggabungan berlaku apabila Syarikat A bergabung dengan syarikat B dan membentuk syarikat AB.
Usahasama ini memberi manfaat kepada pemilik syarikat A dan B jika nilai syarikat gabungan menjadi lebih besar daripada operasi berasingan.
Nilai Syarikat AB, NAB > Nilai Syarikat A, NA + Nilai Syarikat B, NB
Nilai positif NAB – (NA+NB) mewakili kesan sinergi penggabungan.
Sinergi bermaksud penciptaan nilai tambah melalui penggabungan.
Konsep sinergi, penggabungan hanya berjaya jika terdapat penciptaan nilai.
Sinergi yang wujud dalam penggabungan adalah seperti:
Justeru, kebanyakan syarikat memilih untuk bergabung bagi mengurangkan kos dan memaksimakan keuntungan syarikat.
Mungkin selepas ini kita dapat lihat Nealofar berkembang dengan lebih meluas dan bakal bergabung dengan syarikat-syarikat ternama di serantau dunia pula.
Siapa tahu kan.
Kolaborasi Naelofar x Starbucks merupakan usahasama antara jenama fesyen hijab Naelofar dan rangkaian kopi Starbucks Malaysia untuk menghasilkan koleksi eksklusif yang menggabungkan dua jenama popular.
Sinergi bermaksud penciptaan nilai tambah melalui penggabungan dua syarikat, di mana nilai gabungan menjadi lebih besar daripada jumlah nilai kedua-dua syarikat secara berasingan.
Penggabungan boleh meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kos, dan mengembangkan pasaran — semua ini berpotensi meningkatkan nilai saham syarikat yang terlibat.
Faktor utama termasuk kesesuaian pasaran sasaran, kekuatan jenama masing-masing, strategi pemasaran yang kreatif, dan keupayaan mencipta nilai tambah kepada pelanggan.
Memahami strategi perniagaan seperti penggabungan dan kolaborasi jenama membantu anda membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak di Bursa Malaysia.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham syarikat yang aktif dalam strategi pertumbuhan di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk memahami cara menilai potensi syarikat sebelum membuat pelaburan.
Bacaan lanjut: