BERHENTI jadikan emosi sebagai penasihat kewangan anda,Kenali Analisis Teknikal Sekarang
<p>Di saat orang lain panik jual dan tamak membeli, penganut Analisis Teknikal tersenyum riang sambil buat untung konsisten. Rahsia mereka? Mereka trade apa yang mereka NAMPAK, bukan apa yang mereka…</p>

Di saat orang lain panik jual dan tamak membeli, penganut Analisis Teknikal tersenyum riang sambil buat untung konsisten. Rahsia mereka? Mereka trade apa yang mereka NAMPAK, bukan apa yang mereka RASA! Dengan menggunakan Panduan Asas Analisis Teknikal, mereka mampu membuat keputusan yang lebih bijak.
Jom Faham Analisis Teknikal: Panduan Asas Untuk Newbie
Dah penat tengok portfolio naik turun tak tentu hala? Atau mungkin anda terfikir, ada tak cara yang lebih bijak untuk melabur selain dari hanya beli dan mengharap?
Ramai pelabur dan pedagang sekarang sudah mula beralih kepada kaedah yang lebih teratur, iaitu Analisis Teknikal.
Tapi sebenarnya, apa itu Analisis Teknikal? Adakah ia sekadar melukis garisan atas carta saham? Atau ada kaedah yang lebih saintifik di sebaliknya? Jom kita terokai konsep asas dan cara pemikiran yang menjadikan analisis teknikal satu pendekatan yang menarik dalam dunia pelaburan.
Konsep Asas Analisis Teknikal: Fokus Pada Harga dan Sentimen Pasaran
Pada dasarnya, analisis teknikal ialah kajian tentang price movement. Berbeza dengan analisis fundamental yang mengkaji secara detail prestasi syarikat seperti revenue, management, atau berita produk, penganalisis teknikal hanya fokus pada satu perkara: price chart.
Prinsip asasnya ialah harga sesuatu saham tu mencerminkan semua maklumat yang ada, termasuk emosi pelabur—sama ada mengharap, ketakutan, atau pengetahuan—setiap peserta pasaran.
Dengan menganalisis carta, anda sebenarnya sedang “membaca pemikiran” pasaran untuk menilai sama ada sentimennya:
✅Bullish (optimis, jangkaan harga akan naik)
✅Bearish (pesimis, jangkaan harga akan jatuh)
✅Sideways (tiada arah nak tuju, harga bergerak dalam range tertentu)
Tools untuk buat analisis ini dipanggil penunjuk (indicators)—iaitu pelbagai garisan dan pengiraan yang digunakan pada chart—untuk mengenal pasti pattern dan meramalkan pergerakan harga yang berpotensi.
Golden Rules dalam TA: “The Trend Is Your Friend” Jangan Melawan Arus
Mungkin pepatah paling terkenal dalam dunia dagangan ialah “trend is your friend” atau “bersahabat dengan arus”. Ini bukan sekadar kata-kata; ia adalah tunjang utama kaedah ini.
Trend bermaksud kecenderungan arah pergerakan harga yang boleh dilihat. Analisis teknikal dibina atas pemerhatian bahawa harga selalunya bergerak mengikut trend, dan setelah sesuatu trend terbentuk, ia lebih cenderung untuk berterusan daripada berbalik arah.
Matlamat utama anda adalah untuk mengenal pasti trend lebih awal dan membuat dagangan mengikut arahnya.
Mentaliti Seorang Traders Teknikal: “Trade lah dengan Apa Yang Kau Nampak, Bukan Apa Yang Kau Fikirkan”
Ini adalah pendekatan paling ketara berbanding pelabur tradisional. Seorang traders teknikal membiarkan chart yang akan menentukan keputusan “buy or sell” mereka.
Manakala pelabur yang berpegang kepada prinsip “Value Investing (Warren Buffet’s Style)” mungkin akan terus hold saham “berkualiti tinggi” walaupun harganya jatuh menjunam, kerana percaya kepada intrinsic value syarikat tersebut.
Pedagang Teknikal hanya akan menjual saham yang sama sebaik sahaja chart menunjukan sell signal, bagi melindungi modal mereka. Mereka sentiasa boleh membeli balik jika harga menunjukkan tanda-tanda recovery.
Mentaliti ini sangat pragmatik. Ia mengutamakan pemeliharaan modal dan tindakan berdisiplin berbanding mengikut cerita dan emosi.
Kenapa Strategi ‘Beli dan Simpan’ Sebenarnya Berisiko
Kita selalu dinasihatkan untuk “beli dan simpan” untuk jangka masa panjang. Tetapi analisis teknikal mendedahkan kelemahan utama dalam pendekatan ini: masa adalah segalanya.
Bayangkan: jika anda membeli saham di puncak sebelum kejatuhan pasaran 1997 (Asean Financial crisis), ia mengambil masa lebih 20 tahun hanya untuk mendapatkan kembali modal anda. Sejarah dipenuhi dengan pasaran bear yang meranapkan portfolio. Analisis teknikal menyediakan tools untuk membantu anda mengemudi kitaran ini, dengan matlamat untuk mengekalkan keuntungan dan mengehadkan kerugian melalui pengurusan aktif.
TA ni Sains ke? Ya, Tapi…
Analisis teknikal moden mengikut kaedah saintifik. Ia melibatkan:
✅Pemerhatian Sistematik:
Mengkaji price chart.
✅Membentuk Hipotesis: Menggunakan penunjuk untuk mengenal pasti potensi dagangan.
✅Ujian: Meletakkan dagangan dan menguruskan hasilnya.
Walau bagaimanapun, ia bukan lah sains tulen seperti fizik. Focusnya—kepada tingkah laku manusia dalam pasaran—adalah kompleks dan beremosi. Walaupun ia cenderung berulang dan boleh diramal, ia tidaklah sempurna. Ini membawa kita kepada kenyataan yang paling penting…
Kebenaran yang Pahit: Tiada Indicator Yang Sempurna
Inilah part yang paling dititik beratkan dalam analisis teknikal. Tiada teknik yang berhasil sepanjang masa. Pasaran sentiasa berubah, dan kejutan tidak terduga berlaku (seperti krisis geopolitik atau “flash crash”) boleh mengatasi sebarang trend atau pattern.
Maka, jika ia tidak sempurna, perlu ke nak belajar TA ni? Ilmu TA ini bukanlah pada mencari “Holy Grail”. Ilmu nya adalah dalam menggunakan kaedah yang, dari masa ke masa, membantu anda menjana lebih banyak wang daripada yang anda rugi. Kejayaan datang dari gabungan indicator berasaskan kebarangkalian dengan risk management yang berdisiplin.
Siapa Yang Selalu Gunakan Kaedah Ini?
Semua Traders—dari intraday traders hingga long term investor. Apa yang buat TA ini digemari kerana analisis terletak pada fleksibiliti nya. Prinsip yang sama boleh digunakan sama ada anda melihat chart satu minit atau monthly chart. Malah, Hedge fund gergasi juga menggunakan versi kompleks konsep teras ini yang didorong oleh algoritma untuk melaksanakan dagangan dalam milisaat.
💡Anda dah bersedia nak belajar lagi mendalam?
Analisis teknikal adalah satu jalan untuk anda mengawal keputusan “Buy /Sell dagangan anda sendiri. Ia adalah cara untuk memahami market dengan lebih jelas, mengurus risiko, dan membangunkan strategi yang berdisiplin dan bebas dari pengaruh emosi.
Di Mahersaham melalui PAKEJ GOLD,kami latih para newbie dengan segala ilmu pengetahuan dan Taktik terkini dalam Teknikal analisis ini.Pakej lengkap,cover semua dari Asas hingga Teknik Advanced (Elliot wave) berserta Jemputan +VVIP ke Webinar dan Workshop PERCUMA setiap bulan. Sertai Sekarang: /pakejgold>
PERCUMA juga pembukaan CDS,semua dalam Satu pakej lengkap dan padat
