Boleh ke Cari Makan hanya Dengan Menjadi “Day Trader” Sepenuh Masa?
<p>Kami selalu terima soalan ini daripada orang ramai — “Boleh ke hidup hanya dengan hasil trading?” atau “Betul ke ada orang di Malaysia yang cari makan sepenuh masa dalam pasaran…</p>

Kami selalu terima soalan ini daripada orang ramai — “Boleh ke hidup hanya dengan hasil trading?” atau “Betul ke ada orang di Malaysia yang cari makan sepenuh masa dalam pasaran saham atau FCPO?”
Soalan ini nampak mudah, tapi jawapan nya tiada hitam putih.
Ya, memang ada trader yang hidup sepenuhnya daripada hasil dagangan, tetapi jumlahnya kecil dan perjalanan mereka jauh lebih mencabar daripada yang ramai bayangkan.
Realiti Sebenar Di Sebalik Impian “Trading for a Living”
Ramai yang bermimpi mahu jadi day trader sepenuh masa — bekerja dari rumah, bebas masa, dan tidak perlu lagi bergantung kepada gaji tetap. Tetapi hakikatnya, dunia trading bukan tempat untuk bermimpi di siang hari. Ia bukan jalan nak cepat kaya, sebaliknya satu bidang yang menuntut disiplin, kawalan emosi, dan kemampuan menghadapi risiko yang tinggi.
Memang ada individu yang hidup sepenuhnya daripada hasil trading, tapi mereka bukan orang biasa — mereka ialah mereka yang berilmu, sabar, berstrategi, dan sanggup lalui proses jatuh bangun bertahun-tahun.
Apa Itu Day Trading Sebenarnya?
Day trading bermaksud membeli dan menjual aset kewangan seperti saham, FCPO (Futures Crude Palm Oil), atau kontrak niaga hadapan lain dalam hari yang sama. Tujuannya ialah mendapatkan keuntungan daripada pergerakan harga jangka pendek.
Day trader biasanya membuat beberapa transaksi sehari — masuk dan keluar posisi dengan pantas berdasarkan analisis teknikal, momentum harga, dan trend pasaran.
Namun untuk berjaya, anda perlu lebih daripada sekadar tahu baca chart — anda perlu faham struktur pasaran tempatan dan cabaran uniknya.
Risiko dan Cabaran Dalam Pasaran Saham Malaysia
Berdagang di pasaran Malaysia mempunyai kelebihan tersendiri, tetapi juga datang dengan risiko yang ramai tak sedar.
1.Volume Dagangan Rendah
Berbanding pasaran seperti AS atau Jepun, Bursa Malaysia mempunyai jumlah dagangan harian yang jauh lebih rendah. Ini bermakna pergerakan harga boleh menjadi perlahan, sukar untuk “scalp” atau keluar masuk posisi pantas tanpa slippage.
2.Volatiliti Terhad
Saham Malaysia secara umum kurang volatile berbanding saham US seperti Tesla, Nvidia atau AMD. Bila volatility rendah, peluang keuntungan jangka pendek juga berkurang. Kadang-kadang harga hanya bergerak 1–2 sen sepanjang hari — cukup untuk memerangkap trader yang tak kurang sabar
3.Spread Lebar dan kecairan (Liquidity) Tidak Sekata
Banyak kaunter kecil (especially penny stocks) mempunyai spread besar, menyebabkan sukar untuk keluar dari posisi tanpa kerugian tambahan. Saham-saham berharga bawah RM1 sering kali active hanya pada waktu tertentu.
4.Kecenderungan Terhadap “Operator Play”
Dalam pasaran kecil, harga kadang-kadang boleh dimanipulasi oleh pemain besar atau “operator”, yang menyebabkan pergerakan harga tidak mencerminkan nilai sebenar syarikat. Ini menjadikan analisis teknikal semata-mata tidak mencukupi.
5.Kos Transaksi dan Cukai
Kos brokerage, duti setem, dan caj kliring masih agak tinggi berbanding pasaran luar. Untuk trader harian, kos ini boleh menekan margin keuntungan kecil.
Ringkasnya, pasaran saham Malaysia memerlukan kesabaran dan strategi khusus. Ia bukan tempat untuk trader yang hanya mahu kejar pergerakan pantas setiap hari.
Kenapa FCPO Lebih Diminati Trader Aktif
Disebabkan kekangan pasaran saham Malaysia yang kurang aktif, ramai day trader beralih ke FCPO (Futures Crude Palm Oil) — kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives.
Kelebihan FCPO:
Volatiliti tinggi: Pergerakan harga 50–100 mata sehari bukan luar biasa.
Volume konsisten: Salah satu produk derivatif paling aktif di Asia Tenggara.
Transaksi dua hala: Boleh untung sama ada pasaran naik atau turun.
Mudah dianalisis secara teknikal kerana sifatnya yang trend-based dan dipengaruhi oleh faktor global seperti harga minyak mentah dan data eksport sawit.
Namun, FCPO juga memerlukan margin besar (sekitar RM5,000–RM8,000 per kontrak) dan tahap risiko tinggi — satu pergerakan kecil boleh menghasilkan untung besar, atau kerugian besar.
Persediaan Asas Sebelum Jadi Day Trader
Peralatan dan Internet Stabil
Anda perlukan komputer berprestasi tinggi, sambungan internet laju, dan platform dagangan dengan data masa nyata. Dalam FCPO, perbezaan beberapa saat boleh jadi penentu.
Broker Yang Sesuai
Pilih broker yang menawarkan akses ke Bursa Malaysia Derivatives (BMD), dengan pelaksanaan pantas dan struktur komisen jelas.
Modal dan Pengurusan Risiko
Walaupun margin minima sekitar RM5,000, modal kerja yang realistik ialah RM30,000 ke atas untuk menampung turun naik dan pengurusan risiko.
Strategi Jelas dan Konsisten
Trader berjaya tidak meneka — mereka mempunyai pelan yang diuji: bila masuk, bila keluar, dan bila berhenti.
Kawalan Emosi
Pasaran boleh naik atau jatuh tanpa amaran. Trader yang tak boleh kawal tamak atau takut akan cepat hilang arah.
Kenapa Ramai Trader Gagal
Sebahagian besar trader gagal bukan sebab pasaran kejam, tapi sebab mereka tidak ada pelan dan kawalan risiko.
Mereka masuk pasaran dengan emosi, bukan strategi. Tiada stop loss, tiada trading journal, dan tiada kesabaran untuk belajar.
Yang bertahan lama bukan yang paling pandai baca chart dan penuh dengan teknik — tapi yang tahu melindungi modal dan belajar dari kerugian kecil.
Bolehkah Hidup Dengan Hasil Day Trading?
Ya..Fokus kepada FCPO dan belajar serta fahami Realiti Pasaran Saham Malaysia
Jawapan jujur: boleh, tetapi sangat mencabar.
Hanya sebilangan kecil day trader yang mampu menjana pendapatan konsisten dari pasaran Malaysia.
Mereka yang berjaya ialah mereka yang:
Menguasai pengurusan risiko sepenuhnya,
Faham struktur pasaran dan limitasinya,
Dan menyesuaikan strategi dengan realiti volume dan volatiliti tempatan.
Day trading boleh dijadikan kerjaya, tapi ia memerlukan ilmu, modal, disiplin, dan kesabaran bertahun-tahun.
Apa yang dapat kita simpulkan disini
Menjadi day trader sepenuh masa bukan sekadar soal pandai baca chart — ia soal memahami pasaran tempatan dan diri sendiri.
Pasaran saham Malaysia mungkin perlahan dan kurang volatile berbanding AS, tapi dengan strategi betul, ia tetap boleh membuka peluang keemasan.
Namun jika anda mahukan pergerakan harga yang lebih aktif dan peluang mencipta keuntungan dalam dua hala, FCPO adalah pilihan yang lebih logik — asalkan anda bersedia menanggung risikonya.
Dalam dunia trading, yang bertahan lama bukan yang paling bijak, tapi yang paling berdisiplin dan sabar untuk develop setup yang betul.
💡 Ramai Tanya — Boleh Ke Hidup Dengan Jadi Trader Sepenuh Masa?
Jawapannya: boleh, tapi bukan dengan nasib atau “follow signal orang”.
Dalam pasaran Malaysia yang volume-nya tak serancak Wall Street, anda perlukan ilmu, strategi, dan disiplin sebenar untuk bertahan.
Ramai yang terbakar bukan sebab market kejam — tapi sebab mereka tak tahu apa yang mereka buat.
Di sinilah Pakej Gold Mahersaham dicipta untuk bantu anda:
✅ Modul lengkap dari asas ke advanced teknik
✅ Latihan analisis saham & FCPO
(BONUS) yang praktikal dan langkah demi langkah
✅ Webinar dan workshop percuma bersama trainer berlesen & berpengalaman
✅ Pembukaan akaun CDS percuma
untuk anda mula trade dengan betul
Kami tak jual mimpi — kami ajar cara fikir macam trader sebenar.
Kalau anda serius nak bina kerjaya sebagai full-time trader, ini tempatnya untuk mula dengan ilmu yang betul.
📈 Daftar Pakej Gold Mahersaham hari ini dan mulakan perjalanan anda dari newbie ke trader profesional.: /pakejgold>
