Cara Memohon IPO melalui Online Banking CIMB

By Lukman Hakim
Cara Memohon IPO melalui Online Banking CIMB
A

7 Langkah Mudah Memohon IPO Guna CIMB

Initial Public Offering merupakan saham yg pre-list di papan Bursa Malaysia atau lebih dikenali dengan PRIMARY MARKET.

IPO ini boleh di mohon melalui online banking seperti Maybank2u , CIMB Clicks dan lain-lain lagi.

Duit tolak terus dari akaun simpanan anda.

Jadi, panduan ini akan menerangkan dengan ringkas cara membeli saham IPO dengan mudah menggunakan CIMB Clicks.

  1. Layari laman web cimb clicks  – https://www.cimbclicks.com.my/
    2. Login menggunakan id dan password anda, kemudian pergi Myinvestment dan cari eIPO. Klik eIPO dan akan keluar seperti di bawah ini
    3. Tekan tanda sebelah nama IPO tersebut dan kemudian klik apply.
    4. Akan keluar declaration dan pertanyaan kita setuju dengan syarat di tetapkan. Klik yes dan kemudian klik “AGREE & APPLY”.
    5. Masukkan jumlah unit yang ingin dipohon kemudian check jumlah yang perlu di bayar.
  2. 6. Baca notes dan klik submit.
    7. Selepas itu akan keluar detail semua transaksi kita dan jika confirm klik request tac dan masukkan no tac , akhir sekali submit.

Duit akan ditolak terlebih dahulu mengikut unit yang kita pohon. Keputusan dapat tahu pada balloting date ataupun listing date. Jika tidak berjaya pihak bank akan refund kembali ke acc bank kita 3-7 hari bekerja.

Caj Untuk Memohon IPO

Perlu diingat, terdapat caj yang dikenakan ketika memohon IPO melalui online banking. Berikut disertakan jadual caj yang berbeza mengikut bank :

NoBankFee*Remarks
1Affin Bank BerhadFreeAccount Holders Only
2CIMB Bank BerhadRM2.00CIMB CDS Account Holders
RM2.50Other CDS Account Holders
3CIMB Investment Bank BerhadRM2.00Payment via CIMB/MBB
4Malayan Banking BerhadRM1.00
5Public Bank BerhadRM2.00
6RHB Bank BerhadRM2.50
*Fees may be subject to GST

Belajar IPO Dari A Sampai Z

Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel yang ditulis di Mahersaham berkaitan IPO. Untuk senarai penuh artikel, boleh rujuk Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.

Soalan Lazim (FAQ)

Bagaimana cara memohon IPO melalui CIMB Clicks?

Log masuk ke CIMB Clicks, pilih menu Investment, kemudian pilih IPO Application. Masukkan nombor akaun CDS anda, pilih IPO yang tersedia, tentukan jumlah lot yang ingin dipohon, dan sahkan permohonan.

Berapa caj permohonan IPO melalui online banking?

Caj berbeza mengikut bank — CIMB mengenakan RM2.00 untuk pemegang akaun CDS CIMB dan RM2.50 untuk pemegang akaun CDS lain. Maybank mengenakan RM1.00 manakala Affin Bank adalah percuma.

Adakah saya memerlukan akaun CDS untuk memohon IPO?

Ya, akaun CDS (Central Depository System) adalah wajib untuk memohon IPO dan membeli saham di Bursa Malaysia. Ia berfungsi sebagai akaun penyimpanan saham elektronik anda.

Bolehkah saya memohon IPO melalui lebih dari satu bank?

Tidak, anda hanya boleh memohon satu kali untuk setiap IPO. Permohonan berganda akan menyebabkan semua permohonan anda ditolak. Pilih satu platform sahaja untuk memohon.


Untuk layak memohon IPO dan mula melabur dalam saham, anda perlu membuka akaun CDS terlebih dahulu.

Buka akaun CDS secara online dan mula memohon IPO serta melabur di Bursa Malaysia — Daftar akaun CDS sekarang.

Dapatkan ebook asas pelaburan saham secara percuma untuk fahami proses IPO dan pelaburan saham — Muat turun ebook percuma di sini.

Bacaan lanjut: