Cara Transfer Duit dalam Akaun CDS

Loading...

Bagi newbie, pasti tertanya-tanya macam mana cara nak transfer duit dalam akaun CDS ni.
Selepas anda berjaya buka akaun CDS dan terima emel daripada broker untuk pengaktifan, masukkan duit ke dalam akaun CDS tersebut untuk beli saham.
Yela, kalau tak macam mana nak beli saham kan.
Oleh itu, untuk pengetahuan anda, jika anda buka akaun CDS dengan Mahersaham, kami akan buka bawah broker M+ .
Akaun M+ menawarkan brokerage fee yang paling murah antara broker-broker yang lain.
Selain itu, buka akaun CDS dengan Mahersaham juga sangat mudah, sekarang ni hanya dengan online sahaja.
Saya ulang ya, online sahaja.
Jadi, kalau anda tidak percaya boleh tanya pada Team kami sendiri.
Dalam artikel ini pun saya akan terangkan cara transfer menggunakan platform M+.
Anda akan ada 2 pilihan sama ada secara Manual Transfer atau Direct Transfer.
Tapi saya lagi prefer Direct Transfer sebab lagi cepat dan mudah. Tak perlu pening-pening kepala nak upload resit.
Ramai di luar sana ada Online Banking, jadi kenapa nak pilih yang susah kalau dah ada yang senang.
Pertama: Login ke platform M+
Kedua: Klik Payment > Deposit
Ketiga: Pilih FPX Dirext Transfer > Submit
Keempat: Masukkan amount RM (minimum 1K maximum 30K)
Kelima: Bahagian Remark masukkan perkataan(Contoh: Trade/Saham/Trust) asalkan jangan biarkan kosong. Kalau tak, jangan klik submit.
Keenam: Kemudian pilih online banking bank anda (Contoh: maybank2u, Bank Islam, CIMB Clicks dan lain-lain)
Ketujuh: Klik Request for TAC dan masukkan TAC number yang dihantar melalui SMS > Klik Confirm
Kelapan: Klik Return to FPX
Kesembilan: Deposit has been updated successfully > OK
Sekarang, anda telah berjaya transfer sejumlah nilai dalam Trading akaun anda.
Anda dah boleh beli saham apa yang anda minat.
Jika anda ragu-ragu sama ada amount tadi dah dimasukkan ke dalam Trading akaun anda atau belum, anda boleh semak semula.
Pertama: Klik Payment > Status
Kedua: pilih Client Code > Transaction Type: Deposit > Submit
Kemudian keluarlah segala status transaksi yang pernah anda buat.
Deposit melalui FPX Direct Transfer biasanya masuk dalam masa beberapa minit sahaja. Anda boleh semak status deposit melalui bahagian Payment > Status dalam platform trading. Pastikan anda menyimpan bukti transaksi untuk rujukan.
Melalui FPX Direct Transfer, jumlah minimum deposit biasanya RM1,000 dan maksimum RM30,000 setiap transaksi. Jika anda ingin mendepositkan jumlah yang lebih besar, anda boleh membuat beberapa transaksi berasingan atau menggunakan kaedah bank transfer manual.
Ya, FPX menyokong kebanyakan bank utama di Malaysia termasuk Maybank, CIMB, Bank Islam, RHB, Public Bank, dan lain-lain. Pilih bank anda semasa proses deposit dan anda akan diarahkan ke laman online banking bank tersebut untuk pengesahan.
Semak status transaksi melalui Payment > Status dalam platform trading anda. Jika wang telah ditolak dari akaun bank tetapi tidak muncul dalam akaun trading, hubungi khidmat pelanggan broker anda dengan menyertakan bukti transaksi bank untuk penyelesaian segera.
Proses deposit ke akaun CDS adalah mudah dan pantas — setelah berjaya, anda boleh terus mula membeli saham pilihan anda di Bursa Malaysia.
Belum ada akaun CDS? Buka akaun CDS sekarang untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk fahami proses lengkap jual beli saham sebelum mula berdagang.
Bacaan lanjut: