9 Ciri Ringkas Aplikasi M+ Online Yang Mudah Untuk Anda Mula Trade Saham

Loading...

Selain dari trading platform yang boleh diakses melalui komputer, M+ turut memperkenalkan aplikasi telefon bimbit yang dikenali sebagai M+ Online.
Perlu diingatkan aplikasi ini hanya boleh diguna pakai jika anda mendaftar akaun CDS bersama M+ sahaja. Mplus Online Menawarkan Antara Brokerage Fee Terendah berbanding syarikat yang lain. Jika anda belum mendapatkannya, boleh download di Google Play Store atau Apple App Store.
Diingatkan bahawa kos untuk buka akaun CDS adalah RM11
Memiliki akaun CDS melalui saya, Muhammad Maherilham bin Alias – Remisier M+ Wangsa Maju adalah salah satu syarat WAJIB sekiranya kemudian tuan-tuan/puan-puan berhasrat untuk belajar saham dengan saya.
Paparan muka aplikasi M+ Online ini telah dirombak sejak 1 Oktober 2017 untuk memberikan kesegaran dan membuatkannya user-friendly. Ciri-ciri ringkas yang terdapat dalam aplikasi ini termasuklah:

Maklumat keseluruhan papan FBM KLCI utama iaitu Main Market, ACE Market dan LEAP Market akan dikemaskini secara real time basis sepanjang waktu pasaran dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Kini anda boleh membuat jual beli saham menggunakan aplikasi telefon sahaja. Cari kaunter yang anda kehendaki, buat pilihan sama ada buy atau sell kemudian masukkan harga pilihan, bilangan kuantiti saham yang ingin dibeli atau yang ingin dijual serta tempoh validity.

Dibahagian setting anda boleh membuat pilihan menu styles sama ada classic atau floating untuk kemudahan navigasi.

Sebarang berita semasa atau pengumuman berkaitan syarikat akan turut dikemaskini dalam app. Rujuk dibahagian ‘news’

Jika anda berada diluar dan tidak mempunyai komputer untuk melihat chart platform, aplikasi ini turut mempunyai kemudahan candlestick chart untuk anda melihat pergerakan harga saham dengan pilihan time frame 1m, 3m, 6m dan 12m.

Diruang portfolio, ia akan memaparkan pegangan saham semasa anda (jika ada). Melalui kemudahan ini, ia dapat memberitahu prestasi semasa saham sama untung atau rugi.


Kemudahan favourites memudahkan anda untuk menanda kaunter pilihan dalam senarai watchlist supaya anda dapat memantau harga saham dengan mudah. Pilih kaunter yang anda suka, tanda check dan kemudian add to favourites.

Top 30 Counters akan menunjukkan kesemua 30 kaunter teratas untuk hari tersebut dari sudut active, gainers, gainers%, losers dan losers %. Sebelum ini ia hanya memaparkan to 10 kaunter sahaja.

Akaun Summary akan menunjukkan maklumat mengenai jumlah modal wang ada dalam akaun trading anda dan berapa amaun maksima yang anda boleh gunakan untuk pembelian saham.
M+ Online ialah aplikasi telefon bimbit daripada Malacca Securities (Mplus) yang membolehkan anda membuat jual beli saham di Bursa Malaysia dengan mudah melalui telefon pintar.
Hanya mereka yang mendaftar akaun CDS bersama Mplus sahaja boleh menggunakan aplikasi M+ Online — anda perlu membuka akaun CDS terlebih dahulu sebelum boleh mengakses platform ini.
Antara ciri utama termasuk Favourites watchlist untuk pantau kaunter pilihan, Top 30 Counters untuk lihat kaunter teratas harian, dan Account Summary untuk semak baki modal dalam akaun trading anda.
Anda perlu membuka akaun CDS dengan Mplus terlebih dahulu, muat turun aplikasi M+ Online, deposit modal ke akaun trading, dan anda sudah boleh mula membuat jual beli saham.
Bersedia nak mula trade saham menggunakan M+ Online? Buka akaun CDS anda melalui panduan pembukaan akaun CDS di sini untuk memulakan, dan muat turun ebook asas saham percuma untuk fahami asas pelaburan sebelum mula trading.
Bacaan lanjut: