DRB-Hicom Berhad Shares

Kenaikan saham DRB-Hicom dipacu oleh keuntungan yang diperolehi melalui jualan kereta pacuan empat roda, Proton SUV X70.
Ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi pendapatan syarikat tersebut.
Susulan daripada penghasilan model Proton yang lebih tinggi, saham ini juga dijangka akan terus mengekalkan momentum kenaikan harga untuk beberapa tahun akan datang.
Selain itu, model baharu Proton x50 turut menjadi pemangkin kepada industri automotif itu untuk maju ke hadapan dalam jangka masa yang panjang.
Fenomena saham di mana kejatuhan harga “shares fall” berlaku selepas aktiviti pengambilan untung “profit-taking” merupakan salah satu indikator yang positif.
Apa yang dapat disimpulkan, pelabur selalunya akan menjual saham-saham mereka selepas harga saham meningkat naik untuk mendapatkan keuntungan.
Situasi penjualan saham berlaku apabila terdapat suatu keadaan yang “trigger” atau membuatkan harga saham itu melonjak naik.
Selain itu, ia juga boleh terjadi apabila “trend” saham tersebut memang berada dalam keadaan “bullish”.
Oleh itu, pelabur yang berada pada posisi penjual ini pastinya akan mengaut keuntungan kerana melihat peluang dan potensi terhadap sesuatu saham itu lebih awal daripada pembeli saham.
Lantaran lonjakan volume penjual walaupun sedikit akan dapat mempengaruhi perwatakan pembeli-pembeli saham yang lain untuk turut membeli saham tersebut.
Isyarat “Profit-taking”
Ia boleh memberi isyarat buruk kepada pelabur lain yang membeli saham tersebut tanpa sedar “without notice”.
Perkara inilah yang akan merugikan diri mereka kerana mendapati bahawa saham ini sebenarnya tidak menguntungkan.
Selain itu, aktiviti pengambilan untung ini boleh mempengaruhi saham individu, sektor tertentu, atau pasaran kewangan secara keseluruhan.
Cara Mengenalpasti “Profit-taking” Sesuatu Saham
Terdapat kejatuhan harga yang tidak disangka-sangka tanpa ada sebarang berita “no news” atau apa-apa unsur lain yang menyokong penjualan saham “selloff stock”.
Hal yang semacam ini boleh dikaitkan dengan adanya aktiviti pengambilan untung oleh penjual-penjual saham.
Faktor-Faktor Pemangkin Saham “Stock-Specific Catalyst”
Ketika ada saham yang naik, semestinya di sana terdapat beberapa faktor yang akan mempengaruhi kenaikannya.
Ia boleh dipanggil sebagai pemangkin saham.
Selalunya, pihak kaji selidik akan membuat kajian lebih awal terhadap sesuatu saham supaya mereka dapat membuat analisa yang tepat untuk menjangkakan prestasi saham.
Setiap penilaian tersebut perlu disokong oleh antaranya pemangkin-pemangkin kepada perniagaan yang dijalankan oleh sesebuah syarikat dalam tempoh masa tertentu.
Soalan Lazim (FAQ)
Mengapa saham DRB-Hicom naik?
Saham DRB-Hicom naik dipacu oleh keuntungan daripada jualan kereta Proton SUV X70 yang mendapat sambutan tinggi, meningkatkan pendapatan dan keyakinan pelabur terhadap syarikat.
Apa itu pengambilan untung (profit-taking) dalam saham?
Pengambilan untung berlaku apabila pelabur menjual saham setelah mencapai keuntungan tertentu. Ia menyebabkan harga saham turun sementara tanpa ada berita negatif yang menyokong penjualan tersebut.
Bagaimana mengenal pasti aktiviti pengambilan untung?
Tanda utama ialah kejatuhan harga yang mendadak tanpa sebarang berita negatif (no news selloff). Jika tiada berita buruk tetapi harga turun, kemungkinan besar ia adalah aktiviti pengambilan untung.
Apakah pemangkin saham (stock-specific catalyst)?
Pemangkin saham adalah faktor yang mendorong kenaikan harga saham sesebuah syarikat, seperti pelancaran produk baharu, keputusan kewangan yang cemerlang, atau perkembangan positif dalam perniagaan.
Memahami faktor pemangkin saham dan aktiviti pengambilan untung membantu anda membuat keputusan dagangan yang lebih tepat di Bursa Malaysia.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham syarikat berpotensi di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk memahami cara mengenal pasti peluang pelaburan dan pemangkin saham.
Bacaan lanjut: