Farm Fresh, Syarikat Tenusu Malaysia Bakal IPO

Loading...

Syarikat tenusu terkenal Malaysia, Farm Fresh nak ke IPO, telah menarik perhatian ramai pelabur runcit. IPO ini dijangka menjadi antara tawaran awam paling besar dalam sektor pengguna. Bursa Malaysia.
Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Operasi mereka iaitu Encik Azmi Zainal.
Beliau berkata, pihaknya masih dalam proses permohonan bagi penyenaraian di Bursa Malaysia dan bakal menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO).
Farm Fresh dijangka akan menerbitkan IPO pada November 2020 dan kini masih dalam proses melengkapkan IPO.
Jenama Farm Fresh begitu sinonim dengan kesegaran semulajadi bagi produk tenusunya.
Tenusu yang dihasilkan dan diminum oleh pengguna dalam keadaan yang paling segar dan semulajadi.
Produk mereka tiada bahan pengawet, pewarna atau mana-mana bahang asing lain ditambah ke dalam produk tersebut.
Dari saat susu lembu dikeluarkan sehinggalah diproses menjadi produk tenusu kemudian di pasarkan di pasar raya, kesemuanya hanya dalam tempoh 48 jam.
Kini, syarikat menghasilkan susu segar yang paling mendapat sambutan di Malaysia, manakala produk minuman yogurt dan yogurtnya menjadi kegemaran orang ramai kerana rasanya yang lazat berkrim.
Syarikat Farm Fresh diasaskan oleh Loi Tuan Ee dimana beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pertanian dan alam sekitar.
Impian pengasas ini ialah menghasilkan tenusu yang segar dan asli secara semula jadi kerana kebanyakan produk tenusu yang terdapat di pasaran dihasilkan semula atau dari tepung.
Perniagaan beliau semakin berkembang dan berjaya membina sebuah legasi dengan pantas.
Loi telah mendapatkan bantuan rakan lamanya iaitu Azmi Zainal sebagai rakan kongsi bagi membantu mengembangkan operasi syarikat beliau.
Loi Tuan Ee mengambil keputusan untuk membeli sebidang tanah di Johor dan mengimport 60 ekor lembu Holstein Jersey dari Australia.
Kemudian beliau menubuhkan The Holstein Milk Company.
Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dan luar biasa, Loi telah mengembangkan operasi perniagaannya dengan berpindah ke plot tanah yang lebih besar di Mawai, Johor.
Beliau juga menubuhkan sebuah ladang yang kedua di Muadzam Shah, Pahang.
Kini, Farm Fresh memiliki lembu sebanyak 3500 ekor bermula dengan hanya 60 ekor lembu sahaja.
Dan terkini, sebuah ladang moden di Universiti Putra Malaysia, Serdang telah diusahakan oleh syarikat Farm Fresh.
Yang menariknya syarikat ini permulaannya kecil sahaja namun siapa sangka Kerajaan Malaysia melalui Khazanah Nasional yang mana melabur dalam syarikat ini.
Sebanyak 30% pegangan iaitu sebanyak RM 85 juta membeli ladang dan kilang tenusu di Melbourne, Australia.
Kejayaan ini berjaya menjadi pemangkin buat Farm Fresh untuk lebih maju kehadapan.
Menurut Azmi Zainal, permulaannya susu dihantar ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta Kancil.
Cabaran tempat yang jauh dan kereta yang agak lama, Azmi menjadikan ini sebagai satu cabaran dalam perniagaan.
Namun cabaran yang paling hebat buat Farm Fresh apabila Farm Fresh menjadi viral ketika hangat isu BMF.
Farm Fresh ketika itu berdepan dengan ugutan dan boikot oleh rakyat Malaysia.
Namun, perkara itu kembali tenang dan reda apabila Farm Fresh tampil memberikan penjelasan sekaligus menafikan salah faham yang timbul.
Adat berniaga pasti ada naik turun dan cabarannya.
Apa kaitan Farm Fresh dan saham?
Farm Fresh ialah sebuah syarikat private limited yang ingin menjadi public limited company bakal IPO di Bursa Malaysia.
Apa itu IPO?
Nak tahu apa itu IPO? Jadi kami mahu beri hadiah percuma buat anda.
Farm Fresh Berhad ialah syarikat tenusu Malaysia yang menghasilkan susu segar dan produk tenusu — syarikat ini telah berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia melalui IPO sebagai salah satu syarikat tenusu pertama negara.
Farm Fresh diasaskan oleh Azmi Zainal yang bermula dengan menghantar susu ke Kuala Lumpur menggunakan kereta Kancil sebelum berjaya membina empayar tenusu yang kini bernilai ratusan juta ringgit.
Ya, Khazanah Nasional telah melabur dalam Farm Fresh dengan pegangan 30% bernilai RM85 juta, termasuk pembelian ladang dan kilang tenusu di Melbourne, Australia.
IPO (Initial Public Offering) ialah tawaran awam awal saham syarikat di bursa — pelabur boleh memohon melalui perbankan dalam talian dengan syarat mempunyai akaun CDS yang aktif.
Berminat untuk memohon IPO dan melabur dalam saham syarikat Malaysia — langkah pertama ialah membuka akaun CDS.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dan memohon IPO di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: