Ambil tahu ‘Game Plan’ Dalam ASBF

Loading...

ASB Financing sebenarnya boleh jadi ‘game plan’ sebagai pengurusan kewangan terutamanya untuk anak muda.
Kenapa saya tekankan kepada anak muda?
Sebab kalau tak mula dari usia muda sekarang, takkan dah umur 30 atau 40 tahun nanti baru nak ambil tahu.
Asb Financing adalah pembiayaan ASB menggunakan pembiayaan Islamik. Ianya berbeza dengan Pinjaman Loan yang lain.
Bank yang menawarkan adalah seperti Hong Leong Islamik Bank dan CIMB Islamik Bank Berhad.
Apabila anda membuat pembiayaan dengan pihak bank, bank akan beli sijil ASB daripada ASNB.
Kemudian sijil tersebut akan dipegang oleh bank sebagai cagaran kepada financing yang dibuat.
Jika terminate pula, bank akan jual semula sijil tersebut dan bank akan pulangkan balik principal kepada anda.
Mungkin ramai yang tahu dan mungkin juga ramai yang baru tahu.
Jadi apa perkara yang anda patut tahu berkaitan ASBF.
Kalau anda hadam betul-betul ASBF ni, banyak sebenarnya Game Plan yang selalunya di guide oleh agent mengikut kesesuaian klien mereka.
Ada orang guna ASBF untuk menyimpan. Namun, ada juga yang buat ASBF untuk melabur.
Itu terpulanglah.
Yang penting, sendiri perlu tahu kenapa pilih ASBF sebagai medium pelaburan anda.
Apply ASBF RM50K setahun awal sebelum tempoh bayaran kepada ptptn.
Maka bulanan RM250. Kemudian cukup setahun, dapat dividen RM3,500 [0.07 x 50K].
Lepas setahun berlalu dan macam mana nak bayar pada pihak ptptn?
Gunakan dividen tadi untuk bayar lump sum setahun kepada ptptn.
Sebagai contoh guna RM3,000 (jumlah bayaran ansuran setahun = RM250 x 12) kepada ptptn.
Kemudian, teruskan bayar bulanan RM250 kepada ASBF.
Ulang step ini sampai habis hutang ptptn.
Anggaran lebih kurang tahun ke-10 dah boleh settle hutang ptptn.
Lepastu, terminate la ASBF tu. Apabila terminate anda akan dapat Dividen + Principal + Surrender Value.
Kan best tu, hutang langsai, dividen dan pulangan pun dapat.
Game plan kedua ini daripada perkongsian Tuan Amir Syahir.
Apply ASBF RM 100K dengan ansuran RM505. Lihat contoh pengiraan ini:

Muat turun Aplikasi ‘Financial Calculator’ di Play Store
Selepas setahun katakan ASB umum dividen 7%, maka dividen diperoleh RM7,000.
Kemudian rolling dividen ini untuk bayaran ansuran tahun ke-2 iaitu RM 6060 [RM505 x 12] dan masih ada baki lagi sebanyak RM 904 [RM7000-(RM505 x 12)].
Pada tahun ke-2 itu juga, upgrade dengan mohon 1 lagi sijil ASBF RM100K dan kini jumlah ASBF anda sudah jadi RM 200K.
Jumlah bayaran ansuran anda akan tetap sama iaitu Rm505 bagi sijil ke-2 ini. Sementara sijil 1 tadi dah di cover daripada dividen rolling.
Kemudian masuk tahun 3, terminate kedua-dua sijil ASBF tersebut. Jumlah yang terkumpul:
= RM 18,238
Dalam 3 tahun dah boleh kumpul RM 18K. Siapa nak bagi ni?
Anda hanya bayar komitmen sejumlah RM 12,120 [RM 505 x 12 x 2].
Tetapi ROI anda peroleh 50.48% [(RM 18,238-RM 12,120) / (RM 12, 120)] dalam masa 3 tahun.
Secara ringkasnya:
Dengan RM 18K tersebut dah cukup kalau nak deposit untuk rumah pertama kos RM 170K.
Tapi kalau rumah impian anda RM 400K, usahalah lebih lagi dengan naikkan bayaran ansuran ASBF anda.
No pain, no gain.
Jika anda sanggup bersusah-susah hari ni, tak mustahil hasilnya anda akan dapat pada masa hadapan.
Apa pun semuanya terpulang pada kemampuan masing-masing.
Secara kesimpulannya, game plan ini hanya sekarang perkongsian bagi perancangan kewangan anda.
Jika rasa cara ini tak sesuai, boleh simpan dan melabur di tempat lain juga seperti tabung haji, hartanah, atau pasaran saham.
Belum ada akaun ASB lagi? Boleh buka akaun ASB Online.
Game plan ASBF adalah strategi menggunakan pembiayaan ASB sebagai alat force saving untuk mencapai matlamat kewangan tertentu — contohnya menabung deposit rumah. Anda membayar ansuran bulanan tetap, dan selepas beberapa tahun, terminate ASBF untuk mendapat dividen + principal + surrender value.
Bergantung pada matlamat kewangan anda. Ramai yang terminate selepas 2-5 tahun untuk mendapat pulangan yang mencukupi sebagai deposit rumah atau modal perniagaan. Semakin lama anda simpan, semakin besar kesan faedah kompaun pada dividen terkumpul — tetapi ia terpulang kepada keperluan anda.
Ya, ini adalah salah satu game plan yang popular. Contohnya, dengan bayaran ansuran RM505 sebulan selama 2 tahun (RM12,120), anda boleh mendapat pulangan sekitar RM18,000+ termasuk dividen. Jumlah ini mencukupi untuk deposit 10% rumah berharga RM170,000-180,000.
ASBF memberikan leverage — anda boleh melabur jumlah yang lebih besar daripada simpanan sebenar dan menikmati dividen atas jumlah penuh. Ia juga berfungsi sebagai force saving kerana bayaran ansuran wajib dibayar setiap bulan, melatih disiplin kewangan yang konsisten.
ASBF adalah strategi simpanan yang bijak untuk anak muda, tetapi jangan berhenti di situ — pelbagaikan pelaburan anda ke dalam saham untuk potensi pulangan yang lebih tinggi dan portfolio kewangan yang lebih kukuh.
Buka akaun CDS untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia sebagai langkah seterusnya selepas ASBF.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk belajar asas pelaburan saham dari kosong.
Bacaan lanjut: