Gold ETF (0828EA): Cara Bijak Melabur Emas di Bursa Malaysia

ETF Emas (Exchange-Traded Fund) adalah instrumen pelaburan yang menjejaki harga emas dunia dan didagangkan di bursa saham, membolehkan pelabur memiliki nilai emas secara digital tanpa perlu menyimpan logam fizikal secara manual.
Gold ETF pertama di Malaysia dilancarkan pada 6 Disember 2017. Ianya dikenali sebagai TradePlus Shariah Gold Tracker (sekarang diuruskan oleh AHAM Asset Management, dahulunya Affin Hwang Asset Management).
Tujuan utama ia diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada pelabur di Malaysia memiliki emas tanpa perlu menyimpan emas fizikal secara tradisional, yang sering terdedah kepada risiko kecurian dan spread harga yang tinggi.
ETF Komoditi Pertama yang Patuh Syariah
Apa yang unik tentang asal-usul Gold ETF di Bursa Malaysia (0828EA) ialah ianya merupakan ETF komoditi patuh Syariah yang pertama di Malaysia.
Sebelum pelancarannya, pihak pengurusan dana bekerjasama rapat dengan penasihat Syariah untuk memastikan struktur kontraknya memenuhi syarat Itmam al-Qabd (penyerahan/pemilikan emas yang sah). Ini membuka pintu kepada pelabur Muslim untuk melabur dalam emas melalui pasaran saham secara sah.
Struktur "Physical Backed"
Sejak awal penubuhannya, Gold ETF di Malaysia menggunakan struktur "Physical Backed". Maksudnya:
Setiap unit ETF yang diterbitkan mewakili sebahagian daripada emas fizikal tulen (99.99% ketulenan).
Emas fizikal tersebut disimpan dalam peti besi (vault) yang dikawal selia (kebanyakannya di Singapura/London mengikut piawaian LBMA).
Ini membezakannya dengan "Paper Gold" atau akaun emas bank tertentu yang mungkin tidak mempunyai sandaran fizikal 1:1.
Kenapa Ia Diwujudkan?
Bursa Malaysia memperkenalkan instrumen ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk memodenkan pasaran modal Malaysia. Antara pendorong utamanya:
Meningkatkan aksesibiliti: Supaya pelabur kecil boleh beli emas serendah 100 unit (1 lot) pada harga pasaran semasa.
Ketelusan Harga: Harga ETF bergerak terus mengikut harga emas dunia (LBMA Gold Price AM), berbanding harga kedai emas tempatan yang mungkin berbeza-beza.
Efisiensi Kos: Menghapuskan keperluan insurans simpanan dan kos pengangkutan emas fizikal bagi pelabur besar.
Apa Itu TradePlus Shariah Gold Tracker (0828EA)?
Ini adalah ETF (Exchange Traded Fund) emas pertama yang patuh Syariah di Malaysia.
Simbol: GOLDETF
Kod: 0828EA
Sandaran: Emas fizikal tulen (LBMA Gold Price). Setiap unit yang anda beli disandarkan kepada emas fizikal yang disimpan dengan selamat di dalam peti besi (vault).
Kenapa Pilih Gold ETF Berbanding Emas Fizikal?
Sebagai pelabur yang bijak, kita kena tengok kos:
Spread Rendah: Emas fizikal biasanya mempunyai spread antara 5% hingga 15%. Gold ETF pula spreadnya sangat rendah (biasanya <1%), jadi anda lebih cepat "break even".
Tiada Kos Simpanan: Tak perlu sewa safe deposit box atau risau kena curi di rumah.
Kecairan Tinggi: Boleh jual bila-bila masa waktu market buka dan duit masuk ke akaun trust broker anda.
Cara Mula Melabur (Langkah-demi-Langkah)
Buka Akaun CDS: Anda perlukan akaun trading (contoh: Mplus). Jika anda belum ada akaun cds, sila daftar di Buka Akaun CDS Mplus
Carian Kod 0828EA: Cari "GOLDETF" atau "0828EA" di platform trading anda. Anda juga boleh rujuk Cara Beli Saham Bursa Malaysia (Aplikasi Mplus Global)
Analisis Harga: Lihat carta harga emas dunia (LBMA) kerana harga ETF ini bergerak seiring dengannya.
Klik Beli: Masukkan kuantiti (minimum 100 unit/1 lot) dan Match.
Kesimpulan
Gold ETF adalah cara paling efisien untuk "exposure" kepada harga emas dalam portfolio pelaburan anda. Ia sesuai untuk mereka yang nak swing trade harga emas atau buat simpanan jangka masa panjang dengan kos yang minima.