Halal ke Saham ini?

Loading...

Bila sebut tentang pelaburan perkara pertama akan ditanya adalah Halal ke saham ini? SYARIAH ke?
Soalan ini bagus kerana masyarakat kita telah membuka mata untuk mencari rezeki dari sudut yang SYARIAH.
Mungkin dulu tidak dititik beratkan sangat namun sekarang sudah ada. Syabas! Kerana mencari yang halal itu FARDHU.
Selain itu bila buka cerita tentang pelaburan, masyarakat kita akan termimpi-mimpi skim skim pelaburan yang pernah mereka baca di dada dada akhbar.
Mereka menjadi fobia. Bagus juga kerana dengan sikap ini mereka tidak mudah terpengaruh.
Jadi kali ini, kita bercerita tentang SAHAM di BURSA MALAYSIA. Satu pelaburan yang memang di kawal selia dengan undang-undang yang ada di Malaysia.
Bursa Malaysia ni merupakan platform di mana jual beli saham dijalankan. Bursa Malaysia menjadi badan sah, berautoriti dan diiktiraf. Tak ada pelaburan yang untung atas angin je.
Jadi dalam BURSA MALAYSIA ini, badan yang menentukan sesebuah syarikat itu SYARIAH atau TIDAK adalah SC- SECURITY COMMISION .
Dirujuk dari laman web rasmi SC, gambar di bawah adalah AHLI MAJLIS PENASIHAT SC ( https://www.sc.com.my/my/members-of-the-scs-shariah-advisory-council/ )

Majlis penasihat ini akan berlangsung 2 kali setahun, iaitu MEI dan NOVEMBER. Keputusan akan di keluarkan untuk memberitahu KAUNTER YANG PATUH SYARIAH DAN TIDAK.
Dari sini bagi kita TRADER/INVESTOR yang islam hanya memilih kaunter-kaunter yang PATUH SYARIAH sahaja. Untuk info jugak MAHERSAHAM adalah dibawah BROKER Malacca Securities Sdn Bhd.
Salah satu produk MPLUS adalah ISLAMIC STOCKBROKING WINDOW dalam BAHASA mudah CDS ISLAMIC.
CDS ISLAMIC yang bestnya, jika kita tertekan BUY kaunter yang tidak SYARIAH, kita tidak akan dapat KAUNTER itu. Akan auto DECLINE.
Oleh itu, dari sudut HALAL itu memang sudah dititik beratkan. Bagi yang belum ada CDS ISLAMIC atau bersama MPLUS yang antara caj brokerage yang paling murah boleh klik link ini sekarang –> /blogs/daftar-akaun-cds-sekarang
Selain itu, untuk info, BROKER yang menawarkan perkhidmatan berkaitan saham yang islamik sehingga sekarang ada 14 BROKER seperti berikut :
1) Affin Hwang Investment Bank Berhad
2) AmInvestment Bank Berhad
3) BIMB Securities Sdn Bhd
4) CIMB Investment Bank Berhad
5) Hong Leong Investment Bank Berhad
6) Jupiter Securities Sdn Bhd
7) Kenanga Investment Bank Berhad
8) Malacca Securities Sdn Bhd
9) Maybank Investment Bank Berhad
10) RHB Investment Bank Berhad
11) INTER-PASIFIC Securities Sdn. Bhd.
12) MIDF Investment
13) Public Investment Bank
14) TA Securities
Disini kita boleh lihat yang SAHAM ini sangatlah selamat dan patuh syariah.
Hanya kita perlu mencari ilmu untuk menguasai bidang saham ini dari segi ilmu FUNDAMENTAL ANALYSIS dan juga TECHNICAL ANALYSIS.
Untuk mencari ilmu, MAHERSAHAM ada menganjurkan kelas-kelas untuk anda. Anda boleh check di bahagian ini –>https://mahersaham.com/events/
Semoga bermanfaat perkongsian kali ini.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan Senarai Sekuriti Patuh Syariah dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan November. Anda boleh semak senarai ini di laman web rasmi SC untuk mengetahui sama ada sesuatu saham itu patuh syariah atau tidak.
SC menggunakan dua peringkat saringan iaitu saringan kuantitatif (peratusan pendapatan daripada aktiviti tidak patuh syariah) dan saringan kewangan (nisbah hutang dan pelaburan konvensional). Saham yang lulus kedua-dua saringan akan dikategorikan sebagai patuh syariah.
Ya, kebanyakan broker utama di Malaysia menyediakan perkhidmatan yang patuh syariah. Antaranya termasuk Affin Hwang, BIMB Securities, CIMB, Maybank, RHB dan banyak lagi. Pelabur boleh memilih broker yang sesuai dan memastikan transaksi mereka mematuhi prinsip syariah.
Ya, status patuh syariah boleh berubah setiap kali SC mengeluarkan senarai baharu. Saham yang sebelumnya patuh syariah boleh dikeluarkan daripada senarai jika aktiviti perniagaan atau kedudukan kewangan syarikat tidak lagi memenuhi kriteria. Pelabur perlu sentiasa menyemak senarai terkini.
Pelaburan saham patuh syariah di Bursa Malaysia adalah selamat dan dikawal selia — memahami cara menyemak status syariah memastikan pelaburan anda selari dengan prinsip Islam.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham patuh syariah di Bursa Malaysia.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk memahami asas pelaburan saham termasuk panduan saham patuh syariah.
Bacaan lanjut: