Harga Emas Cecah $5,000 (2026): Ini Cara Pelabur Malaysia Boleh Untung Secara Patuh Syariah

Harga emas dunia telah melonjak ke paras rekod baharu melebihi $5,000+ seauns pada Isnin, meneruskan kenaikan bersejarah yang menyaksikan nilai logam kuning ini bertambah sebanyak 64% sepanjang tahun 2025.
Baca Artikel kami yang terdahulu:Harga Emas Pecah Paras US$4,000 — Isyarat Pelabur Sedang beralih arah ke Aset Selamat

Kenaikan mendadak ini didorong oleh (Perfect Storm) ekonomi: ketegangan geopolitik, jangkaan pemotongan kadar faedah A.S., dan tindakan agresif bank pusat dunia memborong emas untuk mengurangkan kebergantungan kepada Dolar A.S.
Bagi pelabur di Malaysia, persoalan utamanya bukan lagi "Kenapa harga naik?", tetapi "Bagaimana cara nak melabur dengan selamat dan patuh shariah?".
Berbeza dengan pasaran barat yang banyak menggunakan instrumen derivatif (yang tidak patuh Syariah), Bursa Malaysia dan institusi kewangan tempatan menawarkan alternatif yang telus, disandarkan emas fizikal, dan disahkan halal. Kami kongsikan 4 cara terbaik untuk anda mula melabur:
1. Bursa Gold Dinar (BGD) – Cara Paling Mudah & Moden

Kebanyakan Pelabur lebih mengenali "Spot Market" di London,namun di Malaysia kita ada alternatif yang jauh lebih mudah dan patuh Syariah iaitu Bursa Gold Dinar.
Apa itu: Aplikasi pelaburan emas digital rasmi daripada Bursa Malaysia.
Kelebihan Syariah: Setiap gram emas yang anda beli disandarkan sepenuhnya (backed) oleh emas fizikal dan disimpan di peti simpanan selamat. Tiada unsur Riba atau spekulasi kosong.
Cara Melabur: Anda boleh mula serendah RM10 melalui aplikasi. Paling menarik, jika simpanan cukup (setiap 4.25g), anda boleh tebus (redeem) menjadi syiling dinar emas fizikal yang dihantar terus ke rumah anda.
Boleh Rujuk Website Bursa Gold Dinar
2. ETF Emas (TradePlus Shariah Gold Tracker)
Pasaran hadapan (Futures) seperti COMEX di New York mungkin terlalu berisiko dan rumit. Alternatif terbaik di Bursa Malaysia adalah melalui Exchange Traded Fund (ETF).
Kod Saham: 0828EA (TradePlus Shariah Gold Tracker).
Cara Ia Berfungsi: Ini adalah satu-satunya ETF emas patuh Syariah di Malaysia. Apabila anda membeli unit saham ini, anda sebenarnya membeli pegangan dalam emas fizikal sebenar. Prestasi harganya bergerak selari dengan harga emas dunia (LBMA).
Kenapa Pilih Ini: Sesuai untuk pelabur yang sudah ada akaun CDS (saham). Kos pengurusan (spread) selalunya lebih rendah berbanding membeli emas fizikal di kedai biasa, dan ia sangat mudah dicairkan (boleh jual beli masa pasaran saham buka).
Anda memerlukan CDS Akaun untuk membeli Instrumen pelaburan Emas ini,Jika Belum ada jom buka satu dengan kami: FORM CDS MPLUS
3. Akaun Pelaburan Emas Bank (Patuh Syariah)
Banyak bank di Malaysia kini menawarkan akaun emas yang mematuhi struktur Commodity Murabahah.
Contoh: Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i), CIMB e-Gold Investment Account-i, atau Bank Muamalat Gold-i.
Perbezaan: Berbeza dengan akaun konvensional lama, akaun-akaun ini membolehkan pemilikan fizikal. Anda boleh membeli dalam gram serendah RM10, dan harga dikemaskini secara real-time mengikut pasaran antarabangsa.
4. Emas Fizikal (Jongkong & Syiling)
Bagi pelabur konservatif, tiada yang dapat menandingi kepuasan memegang emas di tangan sendiri.
Pilihan Popular: Kijang Emas (keluaran Bank Negara Malaysia), syiling Public Gold, atau barang kemas (emas 916). Rujuk Disini:Kijang Emas Gold Bullion Coin
Tip: Untuk tujuan pelaburan (investment grade), pastikan anda membeli emas ketulenan 999.9 kerana susut nilainya (spread) lebih rendah berbanding barang kemas hiasan.

Apa Sebenarnya Yang Memacu Harga Emas Sekarang? (Analisis Fundamental)
Kenapa harga emas boleh melonjak sampai $5,000 (RM20,000+) seauns? Adakah ini sekadar "panic buying" atau ada sebab yang kukuh?
Sebagai pelabur bijak, kita perlu faham bahawa harga emas tidak bergerak sesuka hati. Ia digerakkan oleh 4 enjin utama. Bayangkan pasaran emas seperti sebuah kereta, dan 4 perkara ini yang menekan pedal minyak:
1. Fear Factor Geopolitik
Dalam bahasa mudah: Bila dunia menjadi huru-hara, emas menjadi semakin mahal.
Laporan Reuters menyebut tentang ketegangan antara kuasa besar dunia (seperti tarif perdagangan A.S. dan isu politik global).
Logiknya: Institutional investor(seperti bank antarabangsa) sangat takut rugi. Bila mereka nampak ada risiko perang atau pertikaian politik, mereka akan menjual saham (yang berisiko jatuh) dan membeli emas.
Kenapa: Emas dianggap sebagai "Wealth insurance". Tidak kira negara mana yang bankrap atau mata wang mana yang jatuh, emas tetap bernilai. Jadi, selagi berita dunia penuh dengan konflik, harga emas susah nak turun.
2. Kadar Faedah Bank A.S. (Lawan kepada Simpanan Tetap)
Ini adalah faktor paling penting. Bank Pusat Amerika (The Fed) dijangka akan menurunkan kadar faedah.
Logiknya: Bayangkan anda ada duit lebih. Kalau bank bagi faedah (dividen) tinggi, anda akan simpan duit dalam bank, betul tak? Tapi kalau bank turunkan faedah jadi sangat rendah, simpan duit dalam bank jadi "tak berbaloi".
Kesan: Pelabur akan keluarkan duit dari bank dan beli emas. Walaupun emas tak bagi dividen bulanan, potensi kenaikan harganya jauh lebih tinggi berbanding faedah bank yang rendah tadi. Inilah yang kita panggil konsep "Kos Melepas" (Opportunity Cost) yang semakin rendah.
3. "Big Whales" Sedang Memborong (Bank Pusat)
Pemain utama sekarang bukan lagi pelabur runcit macam kita, tetapi "Ikan Paus" iaitu Bank Pusat negara-negara besar seperti China, India, dan Poland.
Logiknya: Negara-negara ini sedang berlumba-lumba mengumpul emas sebab mereka nak kurangkan pergantungan kepada Dolar A.S. (trend De-dollarization).
Kesan: Bila "jerung-jerung" besar ini membeli tanpa henti untuk simpanan rizab negara, bekalan emas dalam pasaran menjadi kurang(supply & demand). Bila penawaran barang kurang tapi permintaan orang nak beli ramai, harga automatik akan melonjak. Ini mencipta satu "floor price" yang kukuh.
4. Faktor Mata Wang (Ringgit vs USD)
Untuk kita di Malaysia, harga emas ada "kuasa turbo" tambahan.
Logiknya: Harga emas dunia didagangkan dalam Dolar A.S. (USD).
Kesan: Sebagai rakyat Malaysia, kita untung dua kali ganda bila melabur emas sekarang:
Pertama, harga emas dunia sendiri memang tengah naik.
Kedua, emas bertindak sebagai Pelindung Nilai (Hedge). Jika nilai duit kertas (Fiat) dimakan inflasi, emas mengekalkan kuasa beli anda.
Pasaran sekarang bukan digerakkan oleh spekulasi kosong. Ia digerakkan oleh perubahan struktur ekonomi dunia. Pelabur besar sedang beralih arah daripada memegang "wang kertas" kepada memegang "aset fizikal".
Bagi pelabur baharu di Malaysia, mesejnya tersangatlah jelas: Emas sekarang bukan sekadar perhiasan, ia adalah alat pertahanan kewangan yang wajib ada dalam portfolio pelaburan anda, walaupun sedikit.
Geopolitik & Kesan ke Atas Saham: Peluang atau Risiko?
Ketegangan geopolitik seperti perang, sekatan ekonomi, atau konflik perdagangan boleh mengubah landskap pelaburan dengan pantas.
Baca Artikel Kami : Geopolitik Sebagai Pemangkin Dalam Dagangan Saham: Satu Kupasan
Harga minyak, mata wang, dan sentimen pelabur mudah terkesan, memberi impak kepada saham global dan tempatan.
Bagaimana nak manfaatkan peluang ini?
Ilmu adalah kunci! Dapatkan pendrive penuh ilmu tentang saham dari Mahersaham – panduan lengkap untuk memahami pasaran, menganalisis saham, dan membuat keputusan bijak.
Jangan biarkan ketidaktentuan geopolitik menghalang kejayaan pelaburan anda.
Dapatkan sekarang!

Ikuti Perkembangan Pasaran
Berita terkini memberi gambaran aktiviti pasaran. Pelabur yang mengikuti perkembangan ini lebih bersedia.
📈 Mula Melabur:
Untuk melabur di Bursa Malaysia, buka akaun CDS sekarang.
📖 Fahami Asas:
Dapatkan ebook percuma kami untuk panduan lengkap.