Indicator Oscillator Stochastic & RSI Di Tradingview

Loading...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Semoga sihat sentiasa. Hari ni saya akan share satu lagi artikel mengenai cara penggunaan oscillator stochastic & RSI di tradingview
Jom sediakan buku nota dan pen untuk anda catat perkara penting.
Kepada yang belum membuka akaun tradingview anda boleh rujuk artikel cara mendaftar akaun tradingview untuk langkah-langkahnya.
Pertama sekali anda perlu tahu jenis indikator yang anda nak gunakan dalam kajian saham anda.
Fungsi indikator ini adalah kita nak lihat dan cari sama ada ianya overbought atau oversold
Yang kedua kita nak cari di mana divergence
Macam biasa, untuk menggunakan indikator ni anda boleh pergi pada bahagian indikator dan search relative strenght index (RSI)

Selepas anda dah pilih maka keluarlah satu oscillator yang dipanggil sebagai RSI seperti dalam gambar di atas.
Fungsi RSI ni anda boleh tentukan dekat mana keadaan overbought atau oversold.
Sangat simple!
Anda nampak tak dekat tradingview nie ada line 30 dekat bawah dan 70 dekat atas seperti dalam gambar di atas yang saya tunjukkan.
Jadi bila keadaan line RSI berada di atas 70 kita akan panggil ia sebagai overbought (banyak/terlebih pembelian)
Ini bermaksud ada potensi untuk ia sampai ke puncak
Jika line RSI berada di bawah 30 pula bermakna ianya oversold. Oversold ni maksudnya terlebih jualan dan kemungkinan ada potensi berada di lantai.
Anda boleh lihat seperti gambar di bawah

Untuk fungsi kedua pula kita nak cari ada tak divergence.
Divergence nie la yang membuatkan sesuatu indikator itu akan menjadi leading indicator

Okey cuba lihat gambar di atas, saya telah tandakan di mana harga telah membuat high yang baru tetapi indikator RSI pula membuat puncak yang rendah.
Kalau kita nampak situasi divergence nie kita boleh expect bahawa harga nak buat correction.
Jadi itu adalah fungsi kedua oscillator RSI untuk kita cari divergence.

Jom kita lihat fungsi stochastic pula!
Pilih stochastic dekat indikator dan ia akan keluar seperti dalam gambar di atas
Fungsi dan konsep dia lebih kurang sama je dengan RSI. Kalau RSI tinggi maka stochastic juga tinggi begitu juga sebaliknya.
Menggunakan stochastic juga kita nak cari oversold, overbought dan juga divergence
Apa perbezaan antara dua nie?
Stochastic: Lebih sensitif, lebih signal dan lebih false signal
RSI: Kurang sensitif, kurang signal dan kurang false signal.
Bila kurang false signal kita cenderung untuk buat decision yang tepat tetapi bila kurang signal boleh jadi kita tangkap sesuatu saham tu pada harga tinggi.
Kebiasaannya line stochastic akan menghasilkan banyak signal jadi akan berlaku banyak sangat overbought dan oversold berbanding dengan line RSI
Okey, kalau anda nak entry, suka saya ingatkan indicator oscillator stochastic dan RSI hanya sebagai pembantu sahaja dan bukan punca utama untuk anda entry.
Primary reason/decision entry: Sentiasa refer support & resistance dan juga entry sama ada buy on breakout, BOD atau buy on support.
Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.
Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
Kesimpulannya dengan menggunakan indikator RSI dan stochastic anda dapat mencari di mana oversold dan overbought.
Selain itu anda juga dapat mencari divergence. Divergence ini yang penting untuk kita tahu.
Moga artikel kali ni bermanfaat untuk anda semua. Untuk senarai penuh artikel berkaitan analisis teknikal, boleh ke Senarai Penuh Artikel Analisis Teknikal.
Stochastic RSI adalah indikator yang menggabungkan formula Stochastic Oscillator ke atas nilai RSI. Ia lebih sensitif berbanding RSI biasa dan memberi signal overbought/oversold yang lebih awal.
Nilai di atas 80 menunjukkan keadaan overbought manakala nilai di bawah 20 menunjukkan keadaan oversold. Crossover antara garisan K dan D juga memberi signal beli atau jual.
Divergence berlaku apabila pergerakan harga tidak selari dengan pergerakan RSI. Bullish divergence menunjukkan potensi kenaikan harga, manakala bearish divergence menunjukkan potensi penurunan. Ia penting untuk mengesan pembalikan trend.
Setting default 14 period biasanya sesuai untuk kebanyakan timeframe. Untuk day trading, sesetengah trader menggunakan period yang lebih pendek seperti 9 untuk signal yang lebih pantas.
Sudah bersedia untuk melabur? Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini dan mulakan perjalanan pelaburan anda. Dapatkan juga ebook percuma asas saham sebagai panduan permulaan.