Institusi Zakat: Penerimaan Transaksi Bitcoin

Loading...

Hai semua, saya harapkan semua pembaca blog ini sihat sejahtera. Hari saya ingin kongsikan suatu perkongsian yang bermanfaat dan ini berkaitan dengan Bitcoin.
Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut, mari kita kenali Bitcoin.

Bitcoin adalah suatu urusniaga transaksi wang atas talian yang tidak melibatkan pihak bank dalam urusan transaksi. Ia juga dikenali sebagai Mata Wang Digital.
Disebabkan kemajuan teknologi dalam literasi kewangan yang semakin pesat, negara Malaysia juga perlu menyedari kewujudan transaksi ini.
Dan saya juga ingin menceritakan berkaitan istilah Blockchain yang mana pasti anda semua pernah dengar perkataan ini bukan. Sebelum saya berkongsi maklumat dengan lebih lanjut.

Blockchain merupakan suatu lejar awam secara digital dan berpusat yang mengandungi semua urus niaga mata wang Krypto. Terdapat beberapa jenis mata wang Krypto yang boleh kita kenali seperti Bictcoin, Digicas dan Cybercas.
Dan Blockchain sebenarnya mengandungi maklumat tentang penghantaran dan penerimaan dompet pengguna dan mengetahui amaun dalam dompet bitcoin.
Aktiviti perlombongan Bictoin dapat memberi kesan negatif kepada persekitaran. Hal ini demikian kerana aktiviti melombong Bitcoin boleh memakan jumlah modal yang besar bagi membeli komputer untuk dijadikan perkakas melombong Bitcoin.
Di tambah pula, hasil aktiviti melombong Bitcoin yang dilakukan akan memakan belanja dan membayar bil elektrik yang tinggi kerana komputer perlu dihidupkan secara berterusan untuk melombong Bitcoin.

Ada pandangan yang mengharuskan penggunaan transaksi Bitcoin untuk membayar zakat dengan penetapan syarat khusus.
Sebagai contoh, pandangan Mufti Muhammad Abu Bakar yang mengharuskan transaksi Bitcoin. Antara pandangan beliau terhadap Bitcoin adalah harus kerana Bitcoin harus untuk tujuan dijual beli dan digunakan sebagai mata wang untuk tujuan asal ia dicipta dan bukannya sebagai aset pelaburan.
Namun begitu, beliau juga menasihati untuk berhati-hati dengan skim penipuan yang cuba memperdaya pengguna.
Terdapat juga pandangan yang mengharamkan Bitcoin. Antaranya Majlis Fatwa Mesir dan Syeikh Ali Qaradaghi (Setiusaha Agung Kesatua Ulama Sedunia). Antara pandangan yang dinyatakan ialah Bitcoin tidak menepati syarat untuk diikitiraf sebagai mata wang, terdapat unsur jahalal, gharar dan manipulasi yang sukar untuk dikawal.
Bitcoin mempunyai risiko yang tinggi disebabkan atas beberapa faktor.
Faktornya ialah Bitcoin ini tidak mempunyai nilai sandaran dan tidak dikawal selia oleh mana-mana pihak berautoriti seperti pihak bank. Bitcoin juga sering menjadi saluran untuk kegiatan haram dan melanggar undang-undang seperti memberi dana untuk aktiviti pengganas, pengubahan wang haram (money laundering), penipuan, aktiviti pencurian dan mengelak untuk barang untuk di cukai.
Selain itu juga ketidakstabilan turun naik harga Bitcoin sering berlaku kerana harga Bitcoin boleh berubah secara mendadak, tidak sesuai untuk dijadikan alat penyimpan nilai dan kuasa beli Bitcoin adalah kurang.
Jika pengguna menyimpan dompet Bitcoin dalam komputer peribadi, ini berisiko untuk mengalami kes kecurian sekiranya tidak melindung komputer dengan perisian anti-virus.

Memandangkan Mata Wang Bitcoin ini baru bagi institusi Zakat. Pelbagai cabaran perlu dihadapi untuk mendepani kemajuan sektor kewangan ini.
Antara cabaran bagi institusi zakat ialah:
Untuk menerima transaksi Bitcoin dalam aktiviti pembayaran zakat, pihak berautoriti seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanya Sekuriti dan badan akademik perlu diperkasa secara bersama. Langkah ini penting bagi membina model dan modul untuk pihak pegawai dapat melaksanakan urusan dalam ketersediaan institusi zakat untuk menerima transaksi Bitcoin.
2. Ekonomi Pelaburan
Bitcoin perlu mendapat keuntungan agar mampu menjana pulangan yang lebih untuk membayar zakat disebabkan transaksi ini berisiko tinggi.
3. Teknologi
Bitcoin perlu menggunakan transaksi online mengikut perkembangan teknologi semasa. Kemahiran individu yang cekap dalam penggunaan teknologi diperlukan bagi menggunakan alat peranti yang menepati standard untuk transaksi Bitcoin.
Contohnya, komputer berkelajuan tinggi dan program yang khusus diperlukan untuk melakukan aktiviti melombong Bitcoin.
4. Keselamatan
Aspek keselamatan adalah cabaran terbesar untuk institusi zakat dalam urusan transaksi Bitcoin. Hal ini untuk mengelakkan kes penyalahgunaan, pengodaman, penipuan dan kecurian.
5. Penambahbaikan berterusan
Institusi zakat perlu melakukan perancangan yang teliti bagi membuat keputusan mengenai transaksi Bitcoin. Dan perlaksanaan penerimaan institusi zakat juga perlu berhati-hati kerana Bitcoin ini mudah terdedah kepada penipuan dan penggodaman.
Setakat ini, penerimaan transaksi Bitcoin oleh institusi zakat masih dalam peringkat perbincangan dan kajian. Institusi zakat perlu memastikan kesiapan dari aspek teknologi, perundangan, dan keselamatan sebelum menerima mata wang digital.
Menurut pandangan sebahagian ulama, Bitcoin yang dimiliki melebihi nisab dan haul perlu dikenakan zakat kerana ia dianggap sebagai harta yang mempunyai nilai. Namun, rujukan kepada pihak berkuasa agama tempatan adalah digalakkan.
Cabaran utama termasuk risiko penipuan dan penggodaman, ketidakstabilan nilai Bitcoin, keperluan infrastruktur teknologi blockchain, dan ketiadaan garis panduan perundangan yang jelas untuk transaksi zakat menggunakan mata wang digital.
Pelabur Muslim boleh merujuk senarai sekuriti patuh syariah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan mendapatkan nasihat daripada penasihat syariah yang bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.
Kesediaan dan persiapan institusi zakat untuk menerima transaksi Bitcoin perlu dipersiapkan secara menyeluruh bagi mendepani kemajuan teknologi kewangan digital.
Ingin mula melabur dalam saham patuh syariah? Buka akaun CDS dengan Mahersaham dan muat turun ebook percuma saham untuk panduan pelaburan yang lengkap.