‘InvestHack’ tarik pelabur ke pasaran saham

‘InvestHack’: Reimagine Investing
Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama CGS-CIMB Securities Sdn Bhd akan menganjurkan acara hackathon secara maya kepada para pelabur iaitu ‘InvestHack’. Acara ini bermula 20 hingga 22 November
Jika sebelum ini saya ada share dengan anda semua mengenai 3 perkara penting yang anda perlu tahu yang sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada ringgit Malaysia. Manakala, artikel kali ini saya akan share mengenai acara ‘InvestHack’ untuk para pelabur di luar sana.
Seperti yang anda sedia maklum penglibatan pelabur runcit dalam pasaran Bursa Malaysia memberi kesan kepada sektor ekonomi negara. Acara ini juga bertujuan untuk membangunkan penyelesaian dan tawaran inovatif bagi meningkatkan lagi penyertaan pelabur runcit di pasaran.
Berkata Bursa Malaysia:
“Acara ini bertemakan ‘InvestHack: Reimagine Investing’ telah mendapat sokongan dari Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) yang akan turut serta sebagai rakan komuniti”

Mengekalkan penyertaan aktif para pelabur runcit adalah penting ke arah membangunkan pasaran sekuriti yang rancak dan hasrat bursa untuk menumpukan kepada penggunaan teknologi bagi membangunkan pasaran yang lebih bertenaga.
Akibat daripada pandemik COVID-19, penyertaan pasaran runcit di Bursa Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang ketara pada tahun 2020. Ia juga telah memberi sumbangan kepada pelbagai faktor.
Penyertaan runcit mencatatkan paras tertinggi dalam 10 tahun sebanyak 33.2% sehingga akhir September.
Nilai purata harian berjumlah RM1.327 bilion, peningkatan 231.4% berbanding tempoh sama pada 2019
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berharap inisiatif ini akan menggalakkan dan mengilhamkan idea kreatif untuk memberi nilai kepada pasaran.
Selain itu, dapat mewujudkan peluang baharu untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat pelabur.
CEO CGS-CIMB, Ruzi Ajith berkata:
“Platform ini membolehkan pelaburan untuk dilihat dalam perspektif yang berbeza. Kami menantikan idea baharu dan penyelesaian inovatif yang berupaya menambah baik pasaran runcit,” katanya.
Sebelum saya mengakhiri artikel ini, ada berita baik untuk anda semua!
Penyertaan InvestHack adalah PERCUMA & terdapat tawaran HADIAH wang tunai sebanyak RM35,000!
Jom sertai ramai-ramai!

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh dilayari di https://www.bursamarketplace.com/investhack-2020/
Moga bermanfaat untuk anda! Assalamualaikum.
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu InvestHack oleh Bursa Malaysia?
InvestHack ialah acara hackathon maya yang dianjurkan oleh Bursa Malaysia dengan kerjasama CGS-CIMB Securities. Ia bertujuan menarik lebih ramai pelabur muda dan baru ke pasaran saham melalui pendekatan inovatif dan teknologi.
Siapa yang boleh sertai InvestHack?
Acara ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat dalam pelaburan saham, terutamanya golongan muda dan pelabur baharu yang ingin meneroka peluang di Bursa Malaysia.
Apakah kelebihan menyertai hackathon pelaburan seperti InvestHack?
Peserta berpeluang mempelajari strategi pelaburan, berhubung dengan pakar industri, serta berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Ia juga memberi pendedahan praktikal tentang cara pasaran saham berfungsi.
Bagaimana cara mula melabur di Bursa Malaysia selepas InvestHack?
Langkah pertama ialah membuka akaun CDS (Central Depository System) melalui broker yang berdaftar. Selepas itu, anda boleh mula membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia.
Bersedia untuk mula melabur? Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan lengkap kami.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk belajar dari sifar sebelum mula melabur.
Bacaan lanjut: