IPO Adnex Group Berhad:Kontraktor Interior Fitting ke Pasaran Ace

By Mahersaham Team10 min bacaan
IPO Adnex Group Berhad:Kontraktor Interior Fitting ke Pasaran Ace
A

IPO Adnex Group Berhad akan disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad di Pasaran ACE pada 17 Mac 2026 dengan harga IPO RM0.20 sesaham. Saham syarikat ini telah diklasifikasikan sebagai patuh Syariah oleh Shariah Advisory Council, Securities Commission Malaysia.

Syarikat merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan interior fit-out komersial yang menjalankan perniagaan melalui dua segmen utama, iaitu Interior Fit-Out Works dan Turnkey Fit-Out Services, yang meliputi kerja pemasangan dalaman sehingga perkhidmatan reka bentuk dan pembinaan dalaman lengkap untuk hartanah komersial dan perindustrian.

Operasi kumpulan merangkumi projek pejabat korporat, outlet F&B, galeri jualan, co-working space dan kemudahan hotel, dengan kehadiran operasi di Lembah Klang sebagai hab utama serta rancangan pengembangan ke Pulau Pinang, Johor dan Sabah.

Syarikat berdaftar sebagai kontraktor CIDB Gred G7 tanpa had nilai kontrak, dan telah mendapat pensijilan antarabangsa ISO 9001:2015, ISO 14001:2015 serta ISO 45001:2018, dengan empat projek siap bertaraf LEED Certified.

Penyenaraian ini bertujuan untuk menyokong strategi pengembangan operasi tempatan, memperkukuh keupayaan performance bond bagi memenangi tender projek besar, membiayai pembukaan cawangan baharu di luar Lembah Klang, memasuki pasaran antarabangsa di Filipina dan Indonesia, serta mengukuhkan kedudukan kewangan kumpulan secara keseluruhan.

Butiran Utama IPO (Principal Details)

Maklumat Asas IPO

PERKARA

BUTIRAN

Nama Syarikat

Adnex Group Berhad (202501003741)

Pasaran Listing

ACE Market, Bursa Malaysia

Tarikh Listing

17 Mac 2026

Harga IPO

RM0.20 sesaham

Jumlah Saham IPO

130,000,000 saham (90.5 juta terbitan baharu + 39.5 juta saham jualan)

Modal Pasaran Semasa Listing

RM100 juta (berdasarkan 500 juta jumlah saham)

Kutipan Kasar (Terbitan Baharu)

RM18.1 juta

Hasil Saham Jualan

RM7.9 juta (terus kepada Pemegang Saham Penjual — BUKAN masuk syarikat)

Pecahan Tawaran Saham

KATEGORI PELABUR

JUMLAH SAHAM

%

Pelabur Awam Malaysia (Balloting)

25,000,000

5.0%

Eligible Persons — Pink Form

15,000,000

3.0%

Private Placement

27,500,000

5.5%

Bumiputera (MITI) — Terbitan Baharu

23,000,000

4.6%

Bumiputera (MITI) — Saham Jualan

39,500,000

7.9%

JUMLAH IPO

130,000,000

26.0%

Dipegang promoter selepas IPO

370,000,000

74.0%

Anda Perlu tahu: RM7.9 juta daripada saham jualan terus masuk poket promoter, bukan ke dalam syarikat. Ini normal dalam IPO, tapi pelabur kena faham perbezaannya.

IPO Indicative Timetable

AKTIVITI

TARIKH & MASA

Buka permohonan

10:00 pagi, 26 Februari 2026

Tutup permohonan

5:00 petang, 5 Mac 2026

Tarikh Balloting (cabutan undi)

9 Mac 2026

Allotment / Pindahan saham

16 Mac 2026

TARIKH LISTING DI BURSA

17 Mac 2026

Penggunaan Dana IPO (Use of Proceeds)

Jumlah kutipan kasar terbitan baharu: RM18.1 juta. Dana akan digunakan seperti berikut:

TUJUAN PENGGUNAAN

RM JUTA

%

TEMPOH

Pengembangan perniagaan (jumlah)

6.40

35.36%

36 bulan

— Pejabat korporat baharu & kakitangan (Shah Alam)

4.00

36 bulan

— Cawangan baharu (Penang, Johor, Sabah)

0.80

36 bulan

— Infrastruktur digital

0.80

36 bulan

— Pasaran antarabangsa (Filipina & Indonesia)

0.80

36 bulan

Performance bonds & jaminan bank

3.00

16.57%

24 bulan

Bayaran pinjaman bank

1.20

6.63%

12 bulan

Modal kerja am

3.90

21.55%

24 bulan

Kos listing & perbelanjaan berkaitan

3.60

19.89%

3 bulan

JUMLAH

18.10

100%

📌 Nota: Hasil RM7.9 juta daripada saham jualan (39.5 juta saham) terus kepada Pemegang Saham Penjual iaitu Kan Wai Chun dan Kan Wai Peng. Dana ini TIDAK masuk ke dalam syarikat.

Perihal Perniagaan (Our Business)

Profil Syarikat

ASPEK PERNIAGAAN

MAKLUMAT

Aktiviti Utama

Penyedia perkhidmatan interior fit-out untuk hartanah komersial dan perindustrian

Pengalaman Industri

21 tahun (sejak 2004)

Jumlah Projek Siap

253 projek bernilai RM223.74 juta (FYE2022 hingga LPD)

Pendaftaran Kontraktor

CIDB G7 — Tiada had nilai kontrak untuk tender

Pensijilan Kualiti

ISO 9001:2015, ISO 14001:2015, ISO 45001:2018

Pensijilan Bangunan Hijau

4 projek telah capai LEED Certification

Jenis Perkhidmatan

PERKHIDMATAN

PENERANGAN

% HASIL (FPE2025)

Interior Fit-Out Works

Kerja fit-out berdasarkan reka bentuk & spesifikasi yang diberikan oleh pelanggan

77.65%

Turnkey Fit-Out Services

Perkhidmatan lengkap 'satu bumbung': dari reka bentuk konsep, perolehan bahan hingga siap sepenuhnya

22.35%

Profil Pelanggan

KATEGORI

MAKLUMAT

Pejabat Korporat

89.03% daripada jumlah hasil (FPE2025)

Lain-lain (F&B, Galeri, Hotel, dll.)

Outlet F&B, Galeri Jualan, Co-working Space, Salon, Kemudahan Kesihatan, Hotel

Pemilik / Penyewa Hartanah

90% hasil FPE2025

Perunding Interior & Pengurusan Projek

10% hasil FPE2025

Pelanggan MNC

62.95% hasil FPE2025 (naik dari 43.77% FYE2022) — 28 pelanggan MNC, 16 daripadanya berulang

5 Pelanggan Teratas (FPE2025)

PELANGGAN

NILAI (RM JUTA)

% HASIL

CATATAN

OCBC E2 Power

17.54

26.13%

Kewangan / MNC

Richfield Builder

13.34

19.87%

Customer E

7.34

10.93%

Customer C Group

5.89

8.78%

Customer A

3.37

5.02%

JUMLAH TOP 5

47.48

70.73%

Kekuatan Kompetitif (Competitive Strengths)

NO.

KEKUATAN

HURAIAN

1

Kepakaran & Kualiti 21 Tahun

Berdiri sejak 2004, CIDB G7 (tiada had nilai tender), 253 projek siap bernilai RM223.74 juta. Tiada tuntutan Liquidated Ascertained Damages (LAD) semasa Defect Liability Period.

2

Rekod Terbukti dengan MNC

28 pelanggan MNC pada FPE2025 (naik dari 13 pada FYE2022), dengan 16 pelanggan MNC berulang. MNC menjalankan due diligence ketat sebelum menganugerahkan kontrak.

3

Kepelbagaian Industri Pelanggan

Melayani pelbagai sektor: kewangan, pembuatan, profesional, F&B, farmaseutikal. Strategi kembang ke penjagaan kesihatan dan pendidikan swasta mengurangkan risiko tumpuan industri.

4

Pasukan Pengurusan Berpengalaman

Kan Wai Chun (MD, 26 tahun pengalaman) & Kan Wai Peng (ED, 35 tahun pengalaman). Pasukan pengurusan kanan kukuh dengan kepakaran industri mendalam.

5

Keupayaan Mampan & Hijau

Sijil ISO 14001:2015, sumber bahan mesra alam, peralatan jimat tenaga. 4 projek telah mendapat LEED Certification yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Strategi & Rancangan Masa Depan (Business Strategy)

STRATEGI

TINDAKAN / PELAN

PERUNTUKAN

A: Pengembangan Operasi Tempatan

Sewa pejabat korporat baharu 3,000–4,000 kaki persegi di Shah Alam, kerja fit-out pejabat, tambah 11 kakitangan

RM5.20 juta

Cawangan Baharu

Penang (RM0.28j), Johor (RM0.25j), Sabah (RM0.27j) — setiap cawangan 3 kakitangan, sewa co-working space

RM0.80 juta

B: Naik Taraf Digital

Peralatan audio visual (digital screen, mobile touch display, room scheduling), hardware & software baharu, cloud storage untuk dokumen projek

RM0.80 juta

C: Pengembangan Antarabangsa

Filipina: Pejabat di Manila, 2 kakitangan (RM0.41j) | Indonesia: Pejabat di Jakarta, 2 kakitangan (RM0.39j) — sasaran pelanggan sedia ada yang berkembang ke pasaran ini

RM0.80 juta

D: Performance Bonds

Perkuat keupayaan menang tender projek besar dengan menyediakan performance bonds dan jaminan bank

RM3.00 juta

Promoter & Pemegang Saham Utama

Struktur Pemilikan

NAMA

JAWATAN

SEBELUM IPO

SELEPAS IPO

Kan Wai Chun

Promoter & Managing Director

307.1 juta (75.0%)

52.5j langsung (10.5%) + 300j tidak langsung (60%) melalui Kan8 Holding

Kan Wai Peng

Promoter & Executive Director

102.4 juta (25.0%)

17.5j langsung (3.5%) + 300j tidak langsung (60%) melalui Kan8 Holding

Kan8 Holding Sdn Bhd

Pemegang Saham Substantif

300 juta saham (60.0%)

Moratorium Saham Promoter

TEMPOH

SAHAM TERKENA MORATORIUM

% SAHAM

Tahun 1 selepas listing

370,000,000 saham

74.0%

Tahun 2 selepas listing

225,000,000 saham

45.0%

Tahun 3 selepas listing

150,000,000 saham

30.0%

Tahun 4 selepas listing

75,000,000 saham

15.0%

Ahli Lembaga Pengarah

NAMA

JAWATAN

Dato' Sr Mohd Zaid Bin Zakaria

Independent Non-Executive Chairman

Kan Wai Chun

Non-Independent Executive Director / Managing Director

Kan Wai Peng

Non-Independent Executive Director

Cheong Woon Chee

Independent Non-Executive Director

Yeo Jie Yin

Independent Non-Executive Director

Dr. Soon Fong Piew

Independent Non-Executive Director

Sorotan Kewangan & Operasi (Financial & Operational Highlights)

Analisis Kuasa Pendapatan & Trend (Earning Power)

ITEM (RM'000)

FYE2022

FYE2023

FYE2024

FPE2025*

Hasil (Revenue)

30,912

46,629

50,226

67,121

Kos Jualan

(24,151)

(36,166)

(34,876)

(50,629)

Untung Kasar (GP)

6,761

10,463

15,350

16,492

Margin Kasar (GP%)

21.87%

22.44%

30.56%

24.57%

Perbelanjaan Pentadbiran

(2,355)

(3,625)

(6,591)

(6,866)

PBT (Untung Sebelum Cukai)

4,521

6,677

8,833

8,970

Margin PBT

14.63%

14.32%

17.59%

13.36%

PAT (Untung Bersih)

3,422

5,029

6,391

6,476

Margin PAT

11.07%

10.79%

12.72%

9.65%

EBITDA

4,786

6,929

9,326

9,731

EPS (sen)

0.68

1.01

1.28

1.30

Pertumbuhan Hasil YoY

+50.86%

+7.72%

+175.53%**

FPE2025 = 12 bulan berakhir 30 September 2025 *Perbandingan vs 12 bulan berakhir 30 Sep 2024 (tidak setara tahun penuh)

CAGR Hasil (FYE2022–FPE2025): 29.5% | Order Book semasa (LPD): RM50.42 juta (15 projek aktif)

Kekuatan Kunci Kira-Kira (Balance Sheet Strength)

ITEM (RM'000)

31 Dis 2022

31 Dis 2023

31 Dis 2024

30 Sep 2025

Jumlah Aset

17,568

21,118

30,422

46,430

Aset Semasa

16,688

19,903

28,724

44,603

— Penghutang Perdagangan

4,527

4,069

7,564

9,502

— Aset Kontrak (WIP)

7,417

12,494

17,105

23,849

— Tunai & Bank

3,321

1,910

2,975

8,718

Liabiliti Semasa

10,879

12,643

19,547

28,428

— Pemiutang Perdagangan

4,970

5,792

14,358

17,346

— Pinjaman Bank

1,568

1,184

3,452

7,521

Ekuiti Pemegang Saham

5,924

7,703

8,194

14,671

Analisis Nisbah Kewangan Utama

NISBAH

FYE2022

FYE2023

FYE2024

FPE2025

Current Ratio (x)

1.53x

1.57x

1.47x

1.57x

Gearing Ratio (x)

0.40x

0.27x

0.66x

0.71x

ROE

57.8%

65.3%

78.0%

44.1%

Penghutang Turnover

45 hari

34 hari

43 hari

35 hari

Pemiutang Turnover

59 hari

53 hari

103 hari

84 hari

⚠️ Peringatan: Pemiutang turnover 84–103 hari melebihi terma kredit lazim (30–60 hari) — bermakna syarikat bergantung banyak kepada kredit pembekal untuk tampung modal kerja. Ini perlu dipantau rapi oleh pelabur.

Analisis SWOT

Strength

Weakness

Opportunity

Threat

Pengalaman 21 tahun sejak 2004

Bergantung pada projek baharu untuk isi order book

Industri fit-out Malaysia berkembang: RM1.52b (2022) → RM2.70b (2027), CAGR 8.3%

Persaingan sengit dalam industri

CIDB G7 — tiada had nilai tender

78% kos jualan = kos subkontraktor (risiko kualiti & kawalan kos)

Pelaburan asing Malaysia 2024: RM170.4 bilion

Risiko kenaikan kos bahan & subkontraktor

28 pelanggan MNC, 16 pelanggan berulang

Tiada kehadiran fizikal luar negara

Pertumbuhan sektor kewangan, pembuatan & farmaseutikal

Bergantung kepada industri pembangunan hartanah

Sijil ISO 9001, 14001, 45001

Pemiutang turnover tinggi (84–103 hari)

Kembang ke sektor penjagaan kesihatan & pendidikan swasta

Risiko kemelesetan ekonomi & perubahan dasar

4 projek LEED-certified

Gearing ratio meningkat (0.27x → 0.71x)

Pasaran antarabangsa: Filipina & Indonesia

Risiko cost overrun projek

CAGR hasil 29.5% (FYE2022–FPE2025)

Margin PAT menurun FPE2025 (12.72% → 9.65%)

Permintaan bangunan hijau/mampan meningkat

Kehilangan pengurusan utama (key-man risk)

Kepelbagaian industri pelanggan

Saiz syarikat kecil berbanding pesaing besar

Trend kerja hibrid → restacking pejabat

Promoter kawal 74% — risiko konflik kepentingan

Pengurusan berpengalaman (26–35 tahun)

Penilaian IPO & Perbandingan Rakan Sebaya

Metrik Penilaian IPO

METRIK

NILAI / KIRAAN

Harga IPO

RM0.20 sesaham

EPS (FPE2025)

1.30 sen

PE Ratio (berdasarkan FPE2025 EPS)

15.4x

NA Sesaham (Pro Forma selepas IPO)

RM0.06

P/BV Ratio

3.33x

Dilution (Harga IPO vs NA Pro Forma)

Lebih 70% — pelabur bayar premium besar ke atas aset bersih

Modal Pasaran Semasa Listing

RM100 juta

Peer Review (Interior Fit-Out Industry)

SYARIKAT

FYE

HASIL (RM JUTA)

GP MARGIN

PAT MARGIN

STATUS

Signature Alliance

Dis 2024

386.0

21.2%

10.5%

Listed (ACE)

Sunray Construction

Jun 2024

226.5

10.6%

6.2%

Swasta

Jalex

Dis 2024

202.7

19.5%

5.7%

Swasta

Eco Interiors

Mac 2025

151.3

15.7%

5.0%

Swasta

Inspace Creation

Nov 2024

57.7

27.7%

12.2%

Listed (ACE)

ADNEX GROUP (IPO)

Sep 2025

67.1

24.57%

9.65%

IPO (ACE)

📊 Kedudukan Adnex: GP margin kedua tertinggi (24.57%) selepas Inspace (27.7%). PAT margin kedua tertinggi (9.65%) dalam industri. PE 15.4x adalah munasabah untuk syarikat pertumbuhan di ACE Market.

Dasar Dividen (Dividend Policy)

PERKARA

MAKLUMAT

Dasar Formal

TIADA dasar dividen formal yang ditetapkan

Keputusan Bergantung Pada

Prestasi kewangan, keperluan perbelanjaan modal, keperluan modal kerja, dan budi bicara Lembaga Pengarah

Jaminan

TIADA jaminan dividen masa depan akan dibayar atau pada kadar yang sama

Cukai Dividen

2% cukai dividen untuk individu yang menerima dividen melebihi RM100,000 setahun (berkuat kuasa 2025)

Sejarah Pembayaran Dividen

TAHUN

DIISYTIHAR (RM'000)

DIBAYAR (RM'000)

PAT (RM'000)

PAYOUT RATIO

FYE2022

3,422

FYE2023

3,250

750

5,029

64.63%

FYE2024

5,900

8,400

6,391

92.32%

FPE2025

6,476

📌 Nota: Payout ratio tinggi (92.32%) pada FYE2024 menunjukkan dividen dibayar dari keuntungan terkumpul. Ini adalah amalan biasa sebelum IPO untuk 'membersihkan' aliran tunai kepada pemegang saham sedia ada.

Faktor Risiko Utama (Key Risk Factors)

NO.

RISIKO

PENERANGAN

TAHAP

1

Bergantung pada Projek Baharu

Perniagaan berasaskan projek — tiada jaminan menang tender berterusan. Kegagalan isi order book boleh jejas hasil & keuntungan

🔴 TINGGI

2

Pergantungan Subkontraktor (78% kos jualan)

Risiko kualiti buruk, kelewatan, atau subkontraktor tidak mampu selesai kerja. Boleh sebabkan tuntutan pelanggan & kos tambahan

🔴 TINGGI

3

Risiko Cost Overrun

Kenaikan kos bahan & subkontraktor yang tidak dijangka tidak boleh dipass kepada pelanggan tanpa persetujuan. Margin terjejas

🔴 TINGGI

4

Bergantung pada Pendaftaran CIDB G7

Kegagalan perbaharui lesen CIDB G7 akan hadkan keupayaan tender projek besar. Pelanggaran boleh kena denda atau penggantungan

🟡 SEDERHANA

5

Risiko HSE & Kemalangan

Kemalangan di tapak kerja boleh sebabkan penggantungan operasi, tindakan undang-undang & denda besar. Reputasi terjejas

🟡 SEDERHANA

6

Persaingan Sengit

Industri interior fit-out mempunyai ramai pemain. Pesaing mungkin mempunyai lebih sumber kewangan dan operasi

🟡 SEDERHANA

7

Promoter Kawal 74% Saham

Promoter berkuasa membuat keputusan utama syarikat. Kepentingan mereka mungkin berbeza dengan pemegang saham minoriti

🟡 SEDERHANA

8

Risiko Ekonomi & Hartanah

Kemelesetan ekonomi, perubahan dasar kerajaan, atau kemerosotan industri hartanah boleh kurangkan permintaan secara mendadak

🟡 SEDERHANA

9

Tiada Jaminan Dividen

Tiada dasar dividen formal. Dividen masa depan bergantung pada keuntungan, keperluan modal, dan keputusan lembaga

🟢 RENDAH

FAQ — Soalan Lazim IPO Adnex Group Berhad

S1: Apakah perniagaan utama Adnex Group Berhad?

  • Adnex Group Berhad adalah penyedia perkhidmatan interior fit-out untuk hartanah komersial dan perindustrian di Malaysia.

  • Syarikat menawarkan dua perkhidmatan utama: (1) Interior fit-out works berdasarkan reka bentuk pelanggan, dan (2) Turnkey fit-out services yang merangkumi keseluruhan proses dari reka bentuk konsep hingga siap.

  • Adnex khusus dalam projek pejabat korporat (89% hasil), dan mempunyai 21 tahun pengalaman sejak 2004 dengan pendaftaran kontraktor CIDB G7 (tiada had nilai).


S2: Berapa harga IPO Adnex dan bila tarikh listing?

  • Harga IPO Adnex Group Berhad ialah RM0.20 sesaham dengan tarikh listing pada 17 Mac 2026 di ACE Market Bursa Malaysia.

  • Permohonan dibuka 26 Februari 2026 (10 pagi) dan ditutup 5 Mac 2026 (5 petang).

  • Syarikat menawarkan 130 juta saham IPO (90.5 juta terbitan baharu + 39.5 juta saham jualan) dengan modal pasaran RM100 juta.

  • Kutipan kasar RM18.1 juta akan digunakan untuk pengembangan perniagaan (35%), performance bonds (17%), bayaran pinjaman (7%), modal kerja (22%), dan kos listing (20%).


S3: Bagaimana prestasi kewangan Adnex Group?

  • Adnex mencatatkan pertumbuhan kukuh dengan hasil meningkat dari RM30.9 juta (FYE2022) kepada RM67.1 juta (FPE2025), CAGR 29.5%.

  • Untung bersih meningkat dari RM3.4 juta kepada RM6.5 juta dalam tempoh sama. Margin kasar bertambah baik dari 21.87% (FYE2022) ke 30.56% (FYE2024) sebelum turun ke 24.57% (FPE2025) disebabkan peningkatan kos operasi.

  • Syarikat mempunyai order book RM50.4 juta (LPD) dengan 15 projek aktif. EPS FPE2025 ialah 1.30 sen, memberikan PE ratio 15.4x pada harga IPO RM0.20.


S4: Siapakah pemegang saham utama Adnex selepas IPO?

Selepas IPO dan share transfer, Kan Wai Chun (Managing Director, 26 tahun pengalaman) dan Kan Wai Peng (Executive Director, 35 tahun pengalaman) akan mengawal 74% saham melalui Kan8 Holding Sdn Bhd (60% atau 300 juta saham) dan pegangan langsung masing-masing (10.5% dan 3.5%). Moratorium dikenakan secara berperingkat: Tahun 1 (74%), Tahun 2 (45%), Tahun 3 (30%), Tahun 4 (15%). Mereka juga menjual 39.5 juta saham (RM7.9 juta) kepada pelabur Bumiputera MITI.


S5: Apakah risiko utama melabur dalam IPO Adnex Group Berhad?

Risiko utama termasuk:

  • (1) Perniagaan berasaskan projek — tiada jaminan menang tender,

  • (2) 78% kos jualan bergantung pada subkontraktor — risiko kualiti dan kelewatan,

  • (3) Risiko cost overrun jika kenaikan kos tidak boleh dipass kepada pelanggan,

  • (4) Persaingan sengit dalam industri interior fit-out,

  • (5) Bergantung pada industri hartanah yang boleh terjejas ekonomi,

  • (6) Pemiutang turnover tinggi 84–103 hari menunjukkan risiko aliran tunai,

  • (7) Promoter kawal 74% saham, (8) Tiada dasar dividen formal. Pelabur perlu membaca Seksyen 9 Prospektus bertarikh 26 Februari 2026 dengan teliti.


⚠️ PENAFIAN PENTING: Analisis ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan semata-mata, berdasarkan Prospektus Adnex Group Berhad bertarikh 26 Februari 2026.

Ia BUKAN nasihat pelaburan.

Pelabur dinasihatkan membaca prospektus penuh dan mendapatkan nasihat kewangan bebas sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Pelaburan dalam saham IPO melibatkan risiko termasuk kemungkinan kehilangan modal.

Kongsi: