IPO Hock Soon Capital Berhad: Pakar Penternakan Ayam Penelur Bersepadu dan Pelan Eksport Singapura

IPO Hock Soon Capital Berhad akan disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad di Pasaran Utama (Main Market) 13 Febuary 2026 ini pada harga RM0.60 sesaham.Saham ini diklasifikasikan sebagai patuh Syariah oleh Shariah Advisory Council, Securities Commission Malaysia.
Hock Soon Capital Berhad merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan yang melalui anak-anak syarikatnya terlibat terutamanya dalam aktiviti penternakan ayam penelur dan pengeluaran telur untuk pasaran domestik dan terpilih luar negara.
Operasi teras kumpulan ini berasaskan model perniagaan bersepadu (vertically integrated), merangkumi pengeluaran makanan ayam, penternakan, penggredan serta penjualan telur.
Produk utama kumpulan terdiri daripada telur biasa dan telur premium, termasuk produk di bawah jenama sendiri “QPlus” serta telur yang dipasarkan di bawah jenama pelanggan. Operasi utama kumpulan tertumpu di Bidor, Perak, dengan kapasiti pengeluaran yang besar dan automasi operasi yang tinggi.
Penyenaraian ini dilaksanakan bagi menyokong pelaksanaan strategi pertumbuhan jangka panjang kumpulan, termasuk pengukuhan struktur korporat sebagai syarikat tersenarai, peningkatan keupayaan operasi, serta memperkukuh kedudukan kewangan untuk menyokong kelangsungan dan pengembangan perniagaan teras kumpulan.

Fakta Utama Ringkasan IPO Hock Soon Capital
Kategori | Perkara | Penjelasan |
|---|---|---|
Profil Syarikat | Nama | Hock Soon Capital Berhad |
No. Pendaftaran | 202401049938 (1595782-M) | |
Tarikh Prospektus | 22 Januari 2026 | |
Pasaran | Main Market, Bursa Malaysia | |
Status Shariah | Diluluskan oleh Shariah Advisory Council, SC | |
Info IPO | Harga IPO | RM0.60 sesaham |
Jumlah Saham IPO | 150 juta saham, mewakili 30% daripada modal saham selepas IPO | |
Saham Selepas IPO | 500 juta saham | |
Anggaran Market Capitalisation | RM300 juta pada harga IPO | |
Tempoh Sah Prospektus | 6 bulan dari tarikh prospektus | |
Struktur Tawaran | Public Issue | 100 juta saham baharu, hasil terbitan masuk ke syarikat |
Malaysian Public | 25 juta saham (5.0%) | |
Pink Form | 12.5 juta saham (2.5%) untuk pengurusan dan individu yang menyumbang kepada kumpulan | |
Bumiputera (MITI-approved) | 62.5 juta saham (12.5%) melalui private placement | |
Offer for Sale | 50 juta saham (10.0%) melalui private placement kepada pelabur terpilih | |
Promoter & Pemegang Saham Utama | Nama Promoter | Ong Boon Leng, Lim Suk Gen, Ong Keat Qian, Ong Keat Hoe |
Holding Vehicle | Ong Legacy Sdn Bhd | |
Peranan | Promoter dan pemegang saham utama kumpulan | |
Moratorium Saham | Pihak Terlibat | Ong Legacy Sdn Bhd |
Skop | Keseluruhan pegangan Ong Legacy selepas IPO | |
Tempoh | 6 bulan dari tarikh penyenaraian | |
Undertaking Tambahan | Promoter bersetuju tidak menjual atau memindah pegangan dalam Ong Legacy sepanjang tempoh moratorium | |
Struktur Perniagaan | Sifat Syarikat | Syarikat pegangan pelaburan |
Aktiviti Teras | Penternakan ayam penelur dan pengeluaran telur | |
Anak Syarikat Utama | Hock Soon Poultry Farm Sdn Bhd (100%) | |
Anak Syarikat Sokongan | Hock Soon Resources Sdn Bhd (100%) | |
Subsidiari Jualan | Al-Kauthar Trading Sdn Bhd (70%) | |
Model Operasi | Model Perniagaan | Vertically integrated daripada pengeluaran makanan ayam hingga penggredan dan jualan telur |
Produk | Telur biasa dan telur premium, termasuk jenama sendiri QPlus dan jenama pelanggan | |
Lokasi Operasi | Bidor Integrated Farm, Perak | |
Kapasiti Pengeluaran | Kira-kira 1.63 juta biji telur sehari | |
Pihak Profesional IPO | Adviser / Underwriter / Placement Agent | M & A Securities Sdn Bhd |
Auditors & Reporting Accountants | KPMG PLT | |
Issuing House | Malaysian Issuing House Sdn Bhd | |
Solicitors | Tay & Helen Wong | |
Share Registrar | Boardroom Share Registrars Sdn Bhd | |
Independent Market Researcher | Smith Zander International Sdn Bhd |
Untuk Memahami Keseluruhan Artikel ini,anda perlu lah ada at least basic Fundamental Analisis
Kepada para Newbie yang masih tak berapa nak faham pasal saham IPO,Boleh Belajar Disini
Keseluruhan Analisis Ini Berdasarkan Info dan Data yang diperolehi dari Prospectus Hock Soon Capital Berhad,Boleh Rujuk Disini
Bagi newbie nak tahu lebih mendalam tentang prospektus boleh baca disini:[Pengenalan kepada Prospektus IPO: Panduan Lengkap untuk Pelabur Baharu]
IPO Hock Soon Capital Berhad dikategorikan sebagai saham patuh Syariah oleh SC,Rujuk Disini
Laman Web Hock Soon Capital Berhad anda Boleh Rujuk Disini
IPO Timetable Hock Soon Capital Berhad
Peristiwa | Tarikh |
|---|---|
Pengeluaran Prospektus & Pembukaan Permohonan | 22 Januari 2026 |
Penutupan Permohonan | 30 Januari 2026 |
Balloting Permohonan | 5 Februari 2026 |
Peruntukan Saham kepada Pelabur Berjaya | 11 Februari 2026 |
Tarikh Penyenaraian di Bursa Malaysia | 13 Februari 2026 |
Baca Artikel Kami berkaitan kenapa pemohon perlu ambil tahu tarikh IPO: [Tarikh Penting IPO Di Bursa Malaysia: Proses, Jadual & Case Study Lengkap]
Use Of Proceeds Hock Soon Capital Berhad
Syarikat menyasarkan untuk mengumpul dana kasar sebanyak RM60.0 juta melalui Terbitan Awam.Tempoh masa dikira bermula dari tarikh syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia
Kegunaan Dana | Jumlah (RM'000) | Peratusan (%) | Tempoh Masa Penggunaan* |
Pembinaan ladang ayam baharu di Teluk Intan | 53,450 | 89.1% | Dalam tempoh 60 bulan |
Anggaran perbelanjaan penyenaraian (Listing Expenses) | 6,550 | 10.9% | Dalam tempoh 1 bulan |
Jumlah Keseluruhan | 60,000 | 100.0% |
Fokus Utama untuk Kembangkan Bisnes (89.1%): Hampir semua duit yang dikumpul (RM53.45 juta) akan digunakan untuk membina ladang ayam baharu di Teluk Intan. Ini menunjukkan syarikat sangat serius nak besarkan kapasiti pengeluaran mereka. Buat masa ini, mereka sudah ada ladang di Bidor yang boleh mengeluarkan sekitar 1.63 juta biji telur sehari.
Kos "Masuk Pasaran" (10.9%): Baki RM6.55 juta pula digunakan untuk membayar kos-kos rasmi proses penyenaraian (IPO) seperti yuran penasihat, peguam, dan pihak berkuasa. Ini adalah perkara biasa bagi mana-mana syarikat yang ingin masuk ke pasaran saham.
Strategi Duit Simpanan: Sementara dana RM60 juta itu belum digunakan sepenuhnya, syarikat akan simpan duit tersebut dalam deposit jangka pendek di institusi kewangan. Menariknya, faedah atau keuntungan daripada simpanan itu nanti akan digunakan sebagai modal kerja harian syarikat.
Hock Soon Capital nampaknya mempunyai pelan yang sangat spesifik. Mereka bukan nak bayar hutang lama, tetapi lebih kepada pelaburan masa depan untuk membina ladang baharu bagi meningkatkan pengeluaran telur mereka.
Overview Syarikat & Perniagaan Hock Soon Capital Berhad
Kategori | Butiran dan Huraian Ringkas |
Latar Belakang Syarikat (Company Background) | • Nama Syarikat: Hock Soon Capital Berhad . • Tarikh Diperbadankan: 2024 di Malaysia . • Ibu Pejabat: Terletak di Bidor, Perak . • Status Syariah: Diklasifikasikan sebagai patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah SC. |
1. Struktur Kumpulan (Group Structure) | • Syarikat Induk: Hock Soon Capital Berhad . • Anak Syarikat Utama: 1. Hock Soon Poultry Farm Sdn Bhd: Entiti operasi utama . 2. Hock Soon Resources Sdn Bhd . 3. Al-Kauthar Trading Sdn Bhd. |
2. Model Bisnes & Operasi (Business Model & Operational Highlights) | • Fokus Perniagaan: Menjalankan aktiviti penternakan ayam penelur (layer poultry farming) . • Fasiliti Bersepadu: Beroperasi di Bidor Integrated Farm yang merangkumi: - Ibu pejabat kumpulan . - 28 reban ayam penelur matang dan 7 reban anak ayam (pullets) jenis tertutup (closed-house) . - Stesen penggredan dan penyisihan telur berpusat . - Kilang makanan ternakan (feed mill) untuk kegunaan sendiri. |
3. Kekuatan Kompetitif (Competitive Strengths) | • Operasi Bersepadu: Memiliki kilang makanan ternakan sendiri yang membantu mengawal kualiti nutrisi dan kos . • Teknologi Moden: Menggunakan sistem reban tertutup yang meningkatkan biosekuriti dan kecekapan pengeluaran . • Pengurusan Berpengalaman: Diterajui oleh pengarah dan pengurusan kanan yang mempunyai kepakaran dalam industri. |
4. Strategi Bisnes (Business Strategies) | • Peluasan Kapasiti: Merancang untuk membina ladang ayam penelur baharu yang terdiri daripada 25 reban tertutup (20 untuk ayam matang, 5 untuk anak ayam) . • Peningkatan Automasi: Melabur dalam peralatan moden termasuk sistem pemantauan dan kawalan automatik . • Penggunaan Dana IPO: Dana akan digunakan untuk pembinaan ladang baharu dan modal kerja bagi menyokong pertumbuhan. |
Promoter & Pemegang Saham Utama
(Corporate and Ownership Structure):Memahami struktur kumpulan dan pemegang saham utama adalah penting kerana ia memberi gambaran jelas tentang tadbir urus syarikat, kawalan keputusan, serta potensi risiko konflik kepentingan.
Nak tahu lebih detail baca Disini:[Pengenalan kepada Promoter IPO dan Major Shareholders: Definisi, Teknik Analisis, dan Impak Terhadap Harga Pasaran]
Jadual Perbandingan Pegangan Saham (Sebelum vs Selepas IPO)
Nama Pemegang Saham | Sebelum IPO (%) | Selepas IPO (%) | Perubahan / Status |
Ong Legacy (Syarikat Keluarga) | 0.0% | 70.0% | Entiti utama yang menggabungkan semua saham keluarga Ong. |
Ong Boon Leng (MD) | 63.9% | 0.0% (L) / 70% (TL) | Pindah pegangan ke Ong Legacy; kekal kuasa kawalan. |
Lim Suk Gen (ED) | 16.1% | 0.0% (L) / 70% (TL) | Isteri MD; pindah pegangan ke Ong Legacy. |
Ong Keat Qian (ED) | 10.0% | 0.0% (L) / 70% (TL) | Anak MD; pindah pegangan ke Ong Legacy. |
Ong Keat Hoe (ED) | 10.0% | 0.0% (L) / 70% (TL) | Anak MD; pindah pegangan ke Ong Legacy. |
Pengurusan Kanan & Pengarah | 0.0% | < 0.1% | Melalui skim Pink Form (saham peruntukan khas). |
Pelabur Awam (Public) | 0.0% | 30.0% | Saham yang boleh dibeli oleh orang ramai di Bursa Malaysia. |
(L) = Langsung (Direct); (TL) = Tidak Langsung (Deemed interested via Ong Legacy)
Kawalan Mutlak Keluarga Ong (70%): Walaupun syarikat sudah tersenarai, keluarga Ong masih memegang 70% saham. Ini adalah satu petanda positif (Skin in the Game) kerana pemilik asal masih mempunyai kepentingan yang sangat besar dalam memastikan syarikat berjaya. Mereka tidak "lari" atau menjual semua saham mereka.
Struktur "Ong Legacy": Sebelum IPO, setiap ahli keluarga memegang saham secara individu. Selepas IPO, mereka memindahkan saham tersebut ke dalam satu syarikat iaitu Ong Legacy. Ini biasanya dilakukan untuk memudahkan pengurusan legasi keluarga dan memastikan keputusan besar syarikat dibuat secara kolektif oleh keluarga tersebut.
Dilusi (Pencairan) Sebanyak 30%: Kemasukan pelabur awam menyebabkan pegangan pemilik asal berkurang daripada 100% kepada 70%. Walau bagaimanapun, 30% adalah jumlah yang cukup sihat untuk memastikan terdapat kecairan (liquidity) saham di pasaran terbuka.
Key Management Memiliki Saham: Beberapa individu penting seperti CFO (Choong Chyan Leong) dan Pengarah Bebas turut memegang saham melalui peruntukan Pink Form. Walaupun jumlahnya kecil (<0.1%), ia memberikan mereka rasa tanggungjawab (sense of ownership) untuk menjaga prestasi syarikat bagi pihak pemegang saham.
Modal Berbayar Meningkat: Melalui IPO ini, modal syarikat meningkat daripada 400 juta unit kepada 500 juta unit. Tambahan 100 juta unit baru ini digunakan untuk mengumpul dana (Public Issue) yang akan digunakan untuk membina reban ayam baru di Teluk Intan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran telur.
Syarikat ini adalah perniagaan keluarga yang kukuh. Pelabur awam kini menjadi "rakan kongsi" kepada keluarga Ong dengan pegangan 30%. Dengan pemilik asal masih memegang 70%, hala tuju syarikat masih tetap di bawah kepimpinan mereka yang berpengalaman luas dalam industri telur ayam.
Financial Highlights IPO Hock Soon Capital Berhad
Analisis prestasi kewangan lampau sangat penting untuk memahami hala tuju pertumbuhan, tahap keuntungan dan kecekapan operasi sesebuah syarikat sebelum penyenaraian awam.
Data ini memberi gambaran jelas tentang kekuatan asas model perniagaan Hock Soon Capital Berhad
Untuk mendalami topic ini anda boleh teruskan pembacaan di artikel kami: Apa itu Financial Statements Analysis: Ilmu Asas Untuk Pelabur Malaysia (2025)
1. Prestasi Hasil & Margin Untung Kasar (Revenue & GP Margin)
Trend menunjukkan peningkatan hasil yang stabil dari 2022 ke 2024, namun terdapat penurunan kecil pada 2025. Margin Untung Kasar (GP Margin) menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.
Komponen | FYE 2022 (RM'000) | FYE 2023 (RM'000) | FYE 2024 (RM'000) | FYE 2025 (RM'000) |
Hasil (Revenue) | 134,178 | 146,251 | 151,377 | 147,413 |
Untung Kasar (GP) | 23,373 | 41,126 | 58,828 | 60,205 |
GP Margin (%) | 17.4% | 28.1% | 38.9% | 40.8% |
Walaupun hasil sedikit menurun pada 2025, kecekapan keuntungan (GP Margin) meningkat dua kali ganda berbanding 2022. Ini disokong kuat oleh subsidi kerajaan yang diterima sepanjang tempoh tersebut.
2.Pecahan Hasil mengikut Aktiviti Perniagaan
Hock Soon sangat bergantung kepada penjualan telur meja (table eggs) sebagai nadi utama perniagaan
Aktiviti Perniagaan | FYE 2022 (%) | FYE 2023 (%) | FYE 2024 (%) | FYE 2025 (%) |
Telur Meja (Table Eggs) | 93.5% | 95.2% | 95.0% | 96.6% |
- Telur Biasa (Ordinary) | 93.5% | 89.2% | 90.9% | 93.3% |
- Telur Premium | - | 6.0% | 4.1% | 3.3% |
Lain-lain (Sampingan) | 6.5% | 4.8% | 5.0% | 3.4% |
Jumlah Hasil | 100.0% | 100.0% | 100.0% | 100.0% |
Penjualan telur biasa tanpa jenama (unbranded) adalah penyumbang terbesar. Syarikat mula mempelbagaikan produk dengan memperkenalkan telur premium (seperti QPlus) pada 2023.
3. Pecahan Hasil mengikut Lokasi Geografi
Pasaran domestik (Malaysia) adalah fokus utama syarikat, dengan Wilayah Tengah sebagai pasaran terpenting.
Lokasi Geografi | FYE 2022 (%) | FYE 2023 (%) | FYE 2024 (%) | FYE 2025 (%) |
Malaysia | 96.3% | 98.9% | 99.2% | 99.3% |
- Tengah (Selangor/KL) | 58.6% | 62.7% | 68.2% | 75.8% |
- Utara | 32.0% | 32.8% | 26.1% | 18.9% |
- Selatan & Timur | 5.7% | 3.4% | 4.9% | 4.6% |
Luar Negara (Hong Kong) | 3.7% | 1.1% | 0.8% | 0.7% |
Syarikat menunjukkan penguasaan yang semakin kuat di Wilayah Tengah (Central Region), meningkat dari 58.6% ke 75.8% dalam tempoh 4 tahun.
4. Keuntungan & Margin (Profit & Margin)
Keuntungan selepas cukai (PAT) menunjukkan trend menaik yang sangat impresif, namun pelabur perlu berhati-hati dengan impak subsidi.
Komponen | FYE 2022 (RM'000) | FYE 2023 (RM'000) | FYE 2024 (RM'000) | FYE 2025 (RM'000) |
Untung Bersih (PAT) | 14,545 | 34,243 | 40,743 | 41,962 |
PAT Margin (%) | 10.8% | 23.4% | 26.9% | 28.5% |
Adjusted PAT Margin* | 6.7% | 12.5% | 10.8% | 7.8% |
*Margin selepas melaraskan (mengeluarkan) kesan subsidi kerajaan.
Secara zahir nya, margin untung bersih sangat tinggi (28.5%). Namun, jika subsidi dikeluarkan, margin sebenar hanyalah sekitar 7.8% pada 2025. Ini menunjukkan keuntungan syarikat sangat sensitif terhadap polisi subsidi kerajaan.
5. Margin GP mengikut Aktiviti Perniagaan
Berdasarkan data segmen hasil, margin keuntungan kumpulan didominasi sepenuhnya oleh segmen ternakan ayam penelur.
Segmen Utama | Status Margin |
Telur Meja (Table Eggs) | Penyumbang margin utama. Harga purata telur premium (RM0.56-0.60) adalah jauh lebih tinggi berbanding telur biasa (RM0.32-0.38), yang secara teorinya memberikan margin lebih baik. |
Lain-lain (Sampingan) | Melibatkan jualan ayam pencen (spent chickens) dan baja tahi ayam yang mempunyai nilai margin lebih rendah berbanding telur. |
6. Kos Jualan mengikut Komponen Kos (Berdasarkan Pembelian)
Kos utama syarikat datang daripada bahan mentah makanan ayam (poultry feed).
Komponen Kos Utama | FYE 2025 (%) | Nota Utama |
Jagung (Maize) | 34.5% | Diimport dari Argentina/Brazil (Risiko mata wang & komoditi). |
Soya (Soybean Meal) | 24.7% | Komponen protein utama dalam dedak. |
Vaksin & Ubat-ubatan | 6.7% | Penting untuk biosekuriti farm. |
Anak Ayam (DOC) | 4.7% | Sumber utama pengeluaran masa hadapan. |
Lain-lain (Pembungkusan dll) | 29.4% | Termasuk sunflower meal dan bahan pembungkusan. |
Hampir 60% daripada kos pembelian adalah untuk Jagung dan Soya. Sebarang kenaikan harga komoditi dunia akan memberi impak langsung kepada kos operasi syarikat.
7. Nisbah Kewangan Utama (Key Financial Ratio)
Data diambil daripada pro forma penyata kedudukan kewangan setakat 30 September 2025.
Nisbah Kewangan | Sebelum IPO | Selepas IPO (Pro forma) |
Gearing Ratio (Kali) | 0.15 | 0.10 |
Aset Bersih (NA) per Saham | RM0.36 | RM0.40 |
EPS (Sen) | 10.5 | 8.4 (Diluted) |
Syarikat berada dalam kedudukan kewangan yang sangat kukuh dengan kadar hutang (gearing) yang rendah (0.10 kali). Ini memberikan ruang besar untuk syarikat membuat pinjaman bagi ekspansi masa depan.
8. Aliran Tunai (Cash Flows)
Walaupun penyata aliran tunai penuh tidak disertakan, terdapat petunjuk kuat tentang kekuatan tunai syarikat:
Aktiviti Tunai | Maklumat Analisis |
Dividen Dibayar | Syarikat telah membayar dividen sebanyak RM63.75 juta (2024) dan RM43.00 juta (2025). |
Sumber Dana | Dividen dibayar menggunakan dana dalaman (internally generated cash), menunjukkan operasi syarikat menjana aliran tunai yang sangat kuat. |
Kegunaan IPO | RM53.45 juta (89.1%) daripada dana IPO akan digunakan untuk membina ladang baru di Teluk Intan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran sebanyak 93.9%. |
Dapatan Strategik
Kekuatan (Strengths):
Penjanaan Tunai Tinggi: Mampu membayar dividen yang besar sebelum penyenaraian tanpa menjejaskan operasi.
Hutang Rendah: Kadar gearing 0.10x adalah sangat sihat bagi syarikat industri intensif modal.
Peluang Pertumbuhan: Kapasiti pengeluaran dijangka meningkat hampir dua kali ganda melalui projek Teluk Intan.
Risiko/Trend Perhatian:
Kebergantungan Subsidi: Pemansuhan subsidi telur oleh kerajaan (berkuat kuasa Ogos 2025) akan memberi tekanan kepada margin keuntungan jika harga pasaran tidak mampu menampung kos.
Kos Bahan Mentah: Risiko turun naik harga jagung dan soya global serta nilai mata wang USD memandangkan bahan mentah diimport.
IPO Valuation
Perkara | Maklumat | Nota Untuk Pelabur |
Harga IPO | RM 0.60 | Harga yang anda bayar untuk 1 unit saham. |
Jumlah Saham | 500,000,000 unit | Jumlah keseluruhan saham syarikat selepas disenaraikan. |
Nilai Syarikat (Market Cap) | RM 300.0 Juta | Nilai "tanda harga" syarikat di Bursa Malaysia. |
Nisbah P/E (P/E Ratio) | 7.1 kali | Berdasarkan keuntungan tahun 2025 (termasuk subsidi). |
Nilai Aset Bersih (NA) | RM 0.40 | Nilai harta bersih syarikat bagi setiap unit saham. |
Prestasi Kewangan (Track Record)
Hock Soon menunjukkan prestasi keuntungan yang meningkat, namun pelabur perlu memberi perhatian kepada elemen Subsidi Kerajaan.
Tahun Kewangan (FYE) | 2022 (RM'mil) | 2023 (RM'mil) | 2024 (RM'mil) | 2025 (Audited) |
Hasil (Revenue) | 134.2 | 146.3 | 151.4 | 147.4 |
Untung Bersih (PAT) | 14.5 | 34.2 | 40.7 | 42.0 |
Margin Untung Bersih | 10.8% | 23.4% | 26.9% | 28.5% |
Keuntungan RM42 juta pada tahun 2025 itu merangkumi RM40.1 juta subsidi kerajaan. Jika subsidi ini dikeluarkan, untung bersih "sebenar" syarikat adalah sekitar RM11.5 juta sahaja. Ini bermakna P/E Ratio tanpa subsidi adalah 26.1x (lebih mahal berbanding 7.1x).
So IPO ni Murah ke Mahal?
Dari Sudut Aset: Harga IPO RM0.60 adalah lebih tinggi daripada Nilai Aset (NA) RM0.40. Ini bermakna anda membayar premium sebanyak RM0.20 untuk potensi masa depan syarikat.
Dari Sudut Keuntungan (P/E):
7.1x (Termasuk Subsidi): Nampak sangat murah untuk syarikat makanan.
26.1x (Tanpa Subsidi): Agak tinggi (premium) kerana subsidi telur telah dikurangkan/dihapuskan oleh kerajaan bermula pertengahan 2025. Pelabur perlu yakin bahawa harga telur pasaran bebas dapat menampung ketiadaan subsidi tersebut.
SWOT Analisis
Bil | Kekuatan (Strengths) (Apa yang syarikat hebat?) | Kelemahan (Weaknesses) (Apa risiko dari dalam?) | Peluang (Opportunities) (Potensi buat duit lebih) | Ancaman (Threats) (Risiko luar tak boleh kawal) |
1 | Pengurusan "Otai": Pengarah Urusan ada pengalaman lebih 40 tahun bela ayam. Team mereka memang pakar selok-belok telur. | Terlalu Bergantung Subsidi: Sebahagian besar untung bersih (PAT) datang dari subsidi kerajaan. Kalau subsidi ditarik, untung boleh jatuh. | Buka Ladang Baru: Syarikat rancang nak bina ladang tambahan untuk tambah pengeluaran telur dan tingkatkan jualan. | Wabak Penyakit: Risiko serangan virus macam Selsema Burung (Avian Influenza) yang boleh buat ayam mati banyak. |
2 | Operasi Lengkap: Mereka urus sendiri dari bela ayam sampai jual telur (ladang bersepadu). Senang nak kawal kualiti dan kos. | Hanya Satu Lokasi: Ladang utama cuma ada di Bidor. Kalau ada masalah setempat (e.g. banjir/penyakit), seluruh bisnes terjejas. | Barang Keperluan: Telur adalah sumber protein paling murah. Walau ekonomi meleset, orang tetap akan beli dan makan telur. | Kos Dedak Mahal: Harga makanan ayam (jagung/soya) ikut harga dunia & USD. Kalau harga global naik, kos bela ayam jadi mahal. |
3 | Rekod Untung Cantik: Prestasi kewangan nampak stabil dan menaik dalam tempoh 3-4 tahun kebelakangan ini sebelum disenaraikan. | Sejarah Jangkitan: Pernah kena serangan virus H9N2 pada 2018 yang jejaskan produksi. Ini bukti bisnes ni sensitif pada biosekuriti. | Guna Teknologi Moden: Pelan untuk tambah mesin automatik (automasi) boleh kurangkan bergantung pada buruh asing & jimat kos. | Kawalan Harga: Kerajaan tetapkan harga siling telur. Syarikat tak boleh naikkan harga sesuka hati walaupun kos dedak dah naik. |
4 | Ada Doktor Sendiri: Syarikat ada doktor veterinar dalam team untuk jaga kesihatan ayam setiap hari secara teknikal. | Margin Nipis: Bisnes telur ni margin untungnya kecil. Kalau silap urus kos operasi, syarikat boleh rugi dengan cepat. | Teroka Pasaran Eksport: Ada potensi untuk jual telur ke luar negara (macam Singapura) jika kapasiti ladang baru sudah siap nanti. | Pesaing Besar: Banyak syarikat gergasi lain dalam industri telur di Malaysia yang ada modal lebih besar dan ekonomi bidangan. |
Hock Soon dilihat sebagai syarikat yang stabil kerana menjual barang keperluan asas (telur). Kekuatan utama adalah pada pengalaman pengurusan, manakala risiko terbesar adalah pergantungan kepada subsidi kerajaan dan kenaikan kos makanan ayam global.
Sebagai pelabur, anda perlu perhatikan sama ada ladang baru mereka berjaya siap mengikut jadual untuk memacu pertumbuhan masa depan.
Peer Comparison
Pemain Utama" Telur Malaysia
Hock Soon Capital Berhad adalah pemain yang sedang berkembang dengan profil keuntungan yang sihat (margin bersih 28.47%). Fokus mereka pada jenama QPlus memberikan kelebihan daya saing berbanding pemain komoditi biasa.

Ini adalah jadual perbandingan yang kami dah permudah cara untuk anda tengok siapa yang paling perform:
Nama Syarikat | Jenama Terkenal | Hasil (Revenue) (RM Juta) | Margin Untung Bersih (%) | PE Ratio (Kali) | Status Bursa Malaysia |
QL Resources | QL | 7,047.74 | 7.05 | 33.96 | Main Market |
Huat Lai | N/A | 4,256.96 | 6.19 | N/A | Delisted (Privat) |
Lay Hong | NutriPlus | 1,073.71 | 86.89* | 2.77 | Main Market |
Teo Seng | Happy Egg | 753.77 | 24.33 | 3.38 | Main Market |
Hock Soon | QPlus | 147.41 | 28.47 | 7.1 | Bakal List |
LTKM Berhad | LTK Omega Plus | 222.07 | 21.84 | 3.82 | Main Market |
FFM Farms | Seri Murni | 163.44 | (1.71) | N/A | Subsidiari |
Nota Penting: Margin Lay Hong (86.89%) kelihatan luar biasa tinggi dalam laporan ini, kemungkinan besar disebabkan oleh keuntungan luar jangka (one-off gain) atau pelarasan perakaunan pada tahun kewangan tersebut.
Hasil Pemerhatian
1. Kedudukan Hock Soon Group
Walaupun dari segi hasil (revenue) Hock Soon adalah pemain berskala kecil/sederhana (RM147.4 juta) berbanding gergasi seperti QL Resources, mereka mempunyai Margin Untung Kasar yang sangat tinggi (40.84%). Ini menunjukkan syarikat sangat cekap dalam mengawal kos pengeluaran atau mempunyai produk premium (seperti jenama QPlus).
2. Penilaian Harga (PE Ratio)
Hock Soon bakal disenaraikan dengan PE Ratio 7.1 kali.
Jika dibandingkan dengan QL Resources (33.96x), ia nampak sangat murah.
Namun, jika dibandingkan dengan Teo Seng (3.38x) atau Lay Hong (2.77x), Hock Soon diletakkan pada harga yang sedikit lebih premium.
3. Kepelbagaian Perniagaan
Kebanyakan syarikat besar (QL, Huat Lai, Lay Hong) bukan sahaja jual telur, tetapi terlibat dalam:
Pembuatan makanan ternakan (feedmill).
Kedai runcit (contoh: FamilyMart di bawah QL).
Ladang sawit dan baja. Ini membantu mereka "tahan lasak" jika harga telur turun naik.
4. Isu Subsidi Kerajaan
Laporan menyebut margin untung kasar boleh berubah-ubah (1.43% hingga 40.84%) disebabkan cara syarikat merekodkan Subsidi Telur daripada kerajaan. Sebagai pelabur, kita perlu berhati-hati kerana jika subsidi ini ditarik balik, keuntungan syarikat dalam sektor ini mungkin akan terkesan secara langsung.
Polisi Dividen (Dividend Policy)
Ini adalah bahagian yang paling disukai pelabur—iaitu bagaimana syarikat merancang untuk berkongsi keuntungan dengan pemegang saham.
Nak tahu apa best nya Dividen ni bagi pada pelabur macam kita baca lanjut Disini:[Panduan Mesra Pelaburan Saham Dividen: Perjalanan Menuju Kebebasan Kewangan Anda]
Perkara | Butiran Polisi |
Rekod Lepas | Syarikat mempunyai sejarah membayar dividen sebelum ini menggunakan tunai dalaman sendiri. |
Kesan kepada Syarikat | Bayaran dividen yang dibuat tidak menjejaskan rancangan pertumbuhan atau operasi syarikat di masa hadapan. |
Keputusan Dividen | Dividen bukan sesuatu yang wajib (guaranteed). Ia bergantung kepada keuntungan, aliran tunai, dan keputusan Lembaga Pengarah syarikat. |
Sumber Dana | Syarikat menggunakan wang tunai yang dijana sendiri (internal cash) untuk membayar dividen, bukannya melalui pinjaman. |
Risiko Perniagaan Hock Soon Capital Berhad
Pelabur perlu tahu apa "lubang" atau bahaya yang mungkin dihadapi oleh syarikat ini di masa depan
Kategori Risiko | Penerangan Mudah (Gaya Newbie) |
Risiko Operasi | Masalah teknikal seperti kerosakan mesin atau bencana alam yang boleh mengganggu pengeluaran. |
Risiko Pasaran | Bergantung kepada permintaan pelanggan. Jika pasaran kurang berminat dengan produk mereka, untung boleh jatuh. |
Risiko Keselamatan Siber | Oleh kerana urusan saham kini banyak melalui internet, terdapat risiko godaman (hackers), virus, atau kegagalan sistem data semasa permohonan saham. |
Risiko Kawal Selia | Perubahan undang-undang atau polisi kerajaan Malaysia boleh memberi kesan kepada cara syarikat beroperasi. |
Gangguan Perniagaan (Interruptions in Business)
Bahagian ini melihat sama ada syarikat pernah mengalami masalah besar yang menghentikan operasi mereka dalam tempoh 12 bulan ke belakang
Perkara | Maklumat & Analisis |
Status Gangguan | Tiada gangguan besar yang berlaku dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh prospektus ini dikeluarkan. |
Risiko Operasi | Syarikat terdedah kepada risiko seperti kebakaran, bencana alam, kerosakan mesin, wabak penyakit berjangkit, dan gangguan bekalan elektrik. |
Kesan Gangguan | Jika berlaku, ia boleh menjejaskan operasi harian dan prestasi kewangan syarikat secara negatif. |
Belajar Asas Pelaburan Saham Dengan Kami
Tingkatkan asas pelaburan anda dengan Pendrive Mahersaham — himpunan video kelas saham yang disusun khusus untuk membantu pelabur baharu memahami pasaran dengan jelas dan teratur.
Dalam pendrive ini, anda akan belajar konsep asas, teknik analisis, cara menilai syarikat, serta langkah membuat keputusan pelaburan yang lebih yakin. Semua disampaikan dalam bahasa yang mudah, praktikal, dan sesuai untuk mereka yang baru bermula.
Jika anda ingin mengelakkan kesilapan biasa pelabur baru, memperkukuh pemahaman sebelum melabur, atau membina asas yang kukuh sebelum ke tahap seterusnya — pendrive ini adalah permulaan terbaik.
Pelaburan yang bijak bermula dengan ilmu.
Dapatkan Pendrive Mahersaham dan mula bina keyakinan anda hari ini.

Bersedia Untuk IPO?
IPO menawarkan peluang pelaburan menarik. Pastikan anda sudah bersedia.
📈 Layak Mohon IPO:
Untuk menyertai IPO, buka akaun CDS sekarang.
📖 Fahami IPO:
Dapatkan ebook percuma kami untuk panduan lengkap.