iShareFans Application! NGO gesa polis siasat.

Loading...

Hai dan salam sejahtera! haaa..Tuan-Tuan dan Puan-Puan, tahukah anda bahawa sejak bertahun-tahun dulu telah banyak individu yang telah tertipu dengan skim yang menjanjikan pulangan wang yang lumayan. Senang kata skim cepat kaya…Hari ini saya akan share dengan korang semua mengenai satu aplikasi yang dinamakan sebagai iShareFans!
Baru-baru ini telah tersebar isu semasa mengenai skim ini yang dikatakan telah menipu ramai pihak.
Telah keluar berita di Metro pada 27 Nov, terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gagasan Baru Harapan Malaysia telah membuat laporan polis.
Mereka mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan segera terhadap penularan satu promosi skim dikenali sebagai iShareFans yang didakwa telah menipu ramai pihak.
Presiden NGO itu Mohd Zulfitri Mohd Basir berkata, laporan itu dibuat kerana skim yang menggunakan sistem permainan wang (money game) itu didapati telah menggunakan sistem pengoperasian yang meragukan.

“Selain itu, kami telah mengesan satu ciapan yang dimuatnaik di Facebook rasmi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertajuk “Tipu scam boleh buat duit? Money Game System Ponzi” di mana dalam hantaran tersebut meletakkan gambar yang dipercayai merupakan sebuah sistem dikenali sebagai iShareFans
Berkatanya lagi..
Selepas diselidik, didapati skim ini menggunakan sistem yang meragukan. Sehubungan itu, pihak mereka tampil membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa segera siasat skim tersebut yang kini telah menjadi tular di laman sosial bagi mengelakkan ia digunakan sebagai platform penipuan.
Telah difahamkan bahawa skim iShareFans tersebut menawarkan pulangan berbentuk wang yang banyak dengan mudah di mana ahlinya akan diberi tugas untuk memberi tanda suka (likes) dan kongsi (share) beberapa akaun laman sosial bagi mendapatkan ganjaran.
Setiap ahli juga perlu melaburkan wang ringgit mengikut pakej-pakej yang disediakan bagi mendapatkan semula pulangan modal yang dikeluarkan.
Semudah itu kan?
Haaa..pernah tak korang mengalami situasi diitpu oleh scammer sepert iShareFans nie?
Bahaya tauu.. korang perlu lebih berhati-hati dalam melaburkan duit. Ada beberapa ciri pelaburan yang korang boleh tahu scammer ataupun tidak.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan, untuk memastikan anda melabur dalam platform pelaburan yang betul, anda perlulah merujuk website SE (Security Commission). Di mana website tersebut anda boleh lihat adakah sesuatu syarikat pelaburan itu mempunyai lesen yang berdaftar dengan sah atau tidak untuk membuat pelaburan.

Anda boleh search website tersebut di Goggle seperti gambar diatas. Kemudian, pergi kepada button Regulation dan cari Licensed and Registered Persons.

Kesimpulannya, walaupun perkara ini telah banyak kali terjadi tapi tetap masih ada individu yang akan tertipu dengan scammer ini. Hal ini merupakan driving factor untuk Mahersaham educate lebih ramai orang di luar sana.
Anda haruslah melabur dalam pelaburan yang betul dan melabur dengan syarikat yang telah berdaftar supaya anda tidak ditipu oleh scammer seperti iShareFans ini.
Haa.. Tuan-tuan dan Puan-puan, jom belajar melabur dengan Mahersaham dan menggunakan kaedah serta platform yang betul di Mahersaham!
iShareFans ialah satu aplikasi yang didakwa menawarkan pulangan wang lumayan kepada pengguna. Ia disiasat kerana mempunyai ciri-ciri skim pelaburan haram yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). NGO telah menggesa polis untuk menyiasat operasi aplikasi ini.
Skim pelaburan haram biasanya menjanjikan pulangan yang tidak realistik, tidak berdaftar dengan SC atau Bank Negara Malaysia, serta menggunakan teknik tekanan untuk menarik pelabur baru. Sentiasa semak senarai amaran pelabur di laman web Suruhanjaya Sekuriti sebelum melabur.
Mangsa scam pelaburan perlu segera membuat laporan polis dan mengadu kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Simpan semua bukti transaksi dan komunikasi sebagai bahan siasatan. Anda juga boleh menghubungi NSRC (National Scam Response Centre) untuk bantuan segera.
Anda boleh menyemak kesahihan syarikat pelaburan melalui laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (sc.com.my) di bahagian Investor Alert List. Bank Negara Malaysia juga menyediakan senarai entiti kewangan yang tidak dibenarkan beroperasi di Malaysia.
Nak mula melabur dengan cara yang betul? Buka akaun CDS anda melalui panduan pembukaan akaun CDS Mahersaham dan mula melabur di platform yang sah.
Muat turun ebook asas saham percuma daripada Mahersaham untuk belajar melabur dengan selamat!
Bacaan lanjut: