Kadar Dasar Semalaman OPR Tidak Akan Dikurangkan

Loading...

Hai dan salam sejahtera! Tuan-tuan dan Puan-puan, jika sebelum ni saya ada share artikel mengenai Kadar Dasar Semalam dikekalkan dan hari nie sekali lagi saya akan share dengan korang semua mengenai satu berita tentang OPR juga.
Haaa..korang tahu tak OPR nie apa?
OPR ni adalah Overnight Policy Rate atau (Kadar Dasar Semalaman).Ia adalah kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.
Nak lebih faham lagi..
Ia adalah kadar yang dikenakan oleh bank yang berikan pinjaman dekat bank yang meminjam sejumlah dana(duit).

Pada tarikh 26 Nov 2020 iaitu semalam, telah keluar satu berita mengenai OPR ini juga.
Berdasarkan berita ini, ahli ekonomi melihat OPR akan maintain dan tidak akan dikurangkan yang mana meeting berkaitan monetary policy akan berlangsung pada Jan tahun hadapan
Jika dilihat pada masa sekarang, qurrent level OPR adalah 1.75% yang telah dipersetujui oleh CGS, MIDF dan UOB.
Yang mana mereka mengatakan bahawa mereka tidak melihat wujudnya satu keputusan untuk mengurangkan lagi kadar OPR yang sedia ada kepada kadar yang lebih rendah.
Apa kesan OPR ni pada kita semua???
Untuk pengetahuan korang, OPR ini akan memberi kesan kepada kadar pinjaman kita dan juga kadar pinjaman bank.
Korang kena faham…ketika OPR direndahkan atau dikurangkan ia membawa kepada pengaliran duit.
Jadi, kerajaan decide untuk mengalirkan duit lagi dalam pasaran dgn cara merendahkn kadar interest sekaligus mengalakkan pinjaman.
Akan tetapi, walaupun kadar itu rendah pihak bank tetap akan mengambil langkah berhati-hati dengan tidak sewenang-wenangnya memberi atau memudahkan dari segi pemberian pinjaman.
Apakah pula kelebihan OPR ini dikurangkan pada seseorang??
Mungkin kadar yang rendah ini memberi kesan yang baik pada sesetengah orang sahaja.
Dimana bila berlaku sesuatu konflik ekonomi atau krisis berlaku perpindahan kekayaan iaitu wealth transfer daripada satu golongan kepada golongan lain.
Orang yang mendapat peluang adalah orang yang sudah kukuh dari segi finance, dalam kata lain orang yang berduit.
Hal ini kerana, pada keadaan sekarang nie bank akan lebih nak memberi pinjaman kepada golongan ini.
Kesimpulannya, pengurangan OPR ini terdapat kelebihan dan kekurangannya terhadap sesetengah individu.
Selain itu, pengguna juga harus lebih berwaspada untuk tidak terlalu berbelanja sebagai langkah berhati-hati. Hal ini disebabkan oleh kedudukan kewangan dan ketidaktentuan pasaran ketika ini.
OPR atau Overnight Policy Rate ialah kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia sebagai penanda aras untuk kadar pinjaman antara bank. OPR mempengaruhi kadar faedah pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, dan kadar pulangan simpanan tetap di seluruh negara.
Apabila OPR dikurangkan, kadar faedah pinjaman turut menurun, menjadikan bayaran bulanan pinjaman seperti rumah dan kereta lebih murah. Sebaliknya, apabila OPR dinaikkan, kos pinjaman meningkat dan peminjam perlu membayar lebih setiap bulan.
Golongan yang paling mendapat manfaat ialah mereka yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh. Mereka boleh memanfaatkan kadar faedah rendah untuk mendapatkan pinjaman baru atau melabur. Peminjam sedia ada dengan pinjaman kadar terapung juga akan menikmati pengurangan bayaran bulanan.
OPR yang rendah biasanya positif untuk pasaran saham kerana kos pembiayaan syarikat lebih murah dan pelabur cenderung mencari pulangan lebih tinggi di pasaran ekuiti berbanding simpanan tetap. Namun, keputusan OPR juga mencerminkan keadaan ekonomi semasa yang perlu diambil kira pelabur.
Jom sertai komuniti pelabur Mahersaham dan buka akaun CDS anda sekarang untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Dapatkan ebook asas saham percuma kami sebagai panduan permulaan pelaburan anda.
Bacaan lanjut: