10 Kesilapan Pelabur Dividen Yang Selalu Buat: Elakkan “Dividend Trap” & Rugi Besar

Loading...

Saban Tahun Ramai Newbie terjun ke dunia saham sebab terpengaruh dengan ayat “goyang kaki dapat duit”. Bunyinya memang indah bro, tapi realitinya, pelaburan dividen bukan sekadar beli dan tunggu duit masuk. Tanpa ilmu, niat nak cari untung boleh bertukar jadi rugi besar sampai akaun “blown”.
Kalau anda seorang pelabur tegar atau baru saja nak berjinak-jinak, jom kita semak 10 “silly mistakes” dalam pelaburan dividen yang patut anda elakkan supaya modal anda tak hangus begitu saja.
Apa Tu Pelaburan Dividen? Baca Selanjutnya Disini [Panduan Mesra Pelaburan Saham Dividen: Perjalanan Menuju Kebebasan Kewangan Anda]
Kesilapan paling klasik adalah beli saham sebab nampak “tips panas” dalam group FB atau Telegram. Ingat, dalam dunia pelaburan dividen, duit itu adalah tanggungjawab anda sendiri. Jangan jadi mangsa “herd mentality”. Kalau kawan cakap saham A bagus, kaji dulu. Jangan sampai anda jadi orang terakhir yang beli sebelum harga jatuh menjunam.
Newbie ingat pelaburan saham ni macam main mega888. Sebenarnya, dividen yang syarikat bayar itu datangnya daripada keuntungan bersih syarikat. Kalau syarikat rugi atau hutang melambung, mana mungkin mereka mampu bayar dividen secara konsisten? Sebelum buat pelaburan dividen, pastikan anda faham model perniagaan syarikat tersebut dahulu.
Baca Artikel Kami Selanjutnya pasal Kajian Fundamental :
[Analisis Fundamental Dalam Saham]
[Apa itu Financial Statements Analysis: Ilmu Asas Untuk Pelabur Malaysia (2025)]
Ini strategi yang paling bahaya: Beli hari ini sebab esok Ex-Date, lusa nak jual balik. Masalahnya, biasanya selepas Ex-Date, harga saham akan jatuh (adjustment) selari dengan nilai dividen yang diberikan, malah kadangkala jatuh lebih teruk! Akhirnya, dividen dapat RM100, tapi modal susut RM200. Tak berbaloi, kan?
Siapa tak suka yield tinggi? Tapi dalam pelaburan dividen, yield yang terlalu tinggi (contohnya melebihi 10%) selalunya adalah “red flag”. Selalunya yield nampak tinggi sebab harga saham syarikat tengah jatuh merudum akibat masalah dalaman atau industri yang makin merosot. Jangan sampai “menangkap pisau yang sedang jatuh”
Syarikat yang bayar dividen besar tahun ini tak semestinya mampu buat bayaran dengan rate yang sama tahun depan. Anda kena kaji Dividend Payout Ratio (DPR). Kalau syarikat bayar dividen melebihi keuntungan yang mereka dapat, itu petanda bisnes mereka tak mampan (unsustainable) untuk jangka masa panjang.
Strategi Buy & Hold memang bagus untuk pelaburan dividen, tapi jangan sampai jadi Buy & Forget. Dunia perniagaan berubah pantas. Syarikat yang gah 10 tahun lepas mungkin dah ketinggalan zaman sekarang (macam kes Nokia atau Kodak). Anda kena sentiasa pantau prestasi syarikat sekurang-kurangnya setiap suku tahun (quarterly report).
Ada beza antara saham yang undervalued (murah sebab pasaran terlepas pandang) dengan saham yang memang “tak laku”. Jangan hanya tengok Price-to-Earnings (PE) Ratio rendah terus nak beli. Kaji kenapa harga dia rendah. Kalau fundamental hancur, harga “murah” itu sebenarnya perangkap.
Sayanglah nak jual, ni saham pertama saya beli.” Perasaan sentimental tak laku dalam pasaran saham. Kalau fundamental syarikat dah berubah dan bisnes semakin rugi, anda kena berani untuk cut loss. Simpan saham yang makin merudum hanya akan membazirkan opportunity cost anda untuk melabur dalam kaunter lain yang lebih berkualiti.
Ramai pelabur Malaysia mula berjinak dengan pasaran US. Tapi, jangan lupa pasal Withholding Tax sebanyak 30% ke atas dividen bagi pelabur asing. Kalau syarikat US bayar dividen RM100, anda hanya dapat RM70 bersih. Dalam pelaburan dividen tempatan (Bursa Malaysia), kebanyakan dividen adalah tax exempt, jadi buat pengiraan betul-betul sebelum melabur ke luar negara.
Berita yang anda baca di portal kewangan selalunya adalah “late news”. Maklumat tersebut selalunya sudah pun priced-in (tercermin dalam harga saham). Gunakan berita sebagai rujukan tambahan sahaja, bukannya penentu mutlak keputusan anda. Analisis sendiri tetap yang terbaik.
Kepada rakan-rakan newbie, ingatlah bahawa pelaburan dividen yang berjaya adalah sebuah marathon, bukannya larian pecut 100 meter. Fokuslah kepada kualiti syarikat yang mempunyai aliran tunai (cash flow) yang kuat dan mampu membayar dividen secara konsisten.
Jangan terburu-buru mengejar angka yield yang nampak tak masuk akal. Biar untung sikit tapi berterusan, daripada untung besar sekali tapi modal lebur kemudian hari.
Kesilapan paling biasa ialah membeli saham hanya berdasarkan tips di media sosial tanpa membuat kajian fundamental sendiri. Pelabur juga sering terperangkap mengejar dividend yield yang tinggi tanpa menyemak kestabilan kewangan syarikat.
Tidak semestinya. Yield yang terlalu tinggi boleh jadi petanda syarikat sedang bermasalah dan harga sahamnya jatuh. Pelabur perlu semak sama ada syarikat mampu mengekalkan pembayaran dividen secara konsisten.
Semak aliran tunai (cash flow) syarikat, rekod pembayaran dividen yang konsisten, nisbah payout yang munasabah, dan kekuatan model perniagaan. Syarikat yang mampu bayar dividen berterusan biasanya mempunyai pendapatan yang stabil.
Kebanyakan dividen di Bursa Malaysia adalah tax exempt untuk pelabur tempatan. Namun, dividen saham US dikenakan Withholding Tax sebanyak 30% kepada pelabur asing termasuk pelabur Malaysia.
Mengelakkan kesilapan dalam pelaburan dividen adalah kunci untuk membina portfolio yang menguntungkan secara konsisten.
Buka akaun CDS anda melalui Daftar Akaun CDS Mplus untuk mula membina portfolio dividen anda di Bursa Malaysia.
Baru nak mula belajar saham? Download Ebook Asas Saham Percuma untuk fahami asas pelaburan saham sebelum mula melabur.
Bacaan lanjut: