Dari Sukan ke AI: Rakyat Amerika Kini Dihantui ‘Ketagihan Berjudi’ — Dan Trump Di Tuduh Menyemarakkan lagi Budaya ni
<p>Amerika Dilanda “Demam Spekulasi” Ketagihan berjudi: Wartawan kewangan berpengalaman, Ye Weijie, menggambarkan bahawa Amerika Syarikat kini sedang terperangkap dalam gelombang spekulasi besar-besaran. Dari pertaruhan sukan hingga ke saham berasaskan AI,…</p>

Amerika Dilanda “Demam Spekulasi”
Ketagihan berjudi: Wartawan kewangan berpengalaman, Ye Weijie, menggambarkan bahawa Amerika Syarikat kini sedang terperangkap dalam gelombang spekulasi besar-besaran. Dari pertaruhan sukan hingga ke saham berasaskan AI, terdapat tanda-tanda jelas berlakunya gelembung ekonomi (bubble).
Menurut Ye, pentadbiran Trump memainkan peranan penting dalam mencetuskan fenomena ini. Ini berlaku apabila Rizab Persekutuan (Federal Reserve) memberi isyarat akan menurunkan kadar faedah. Akibatnya, pasaran bakal dibanjiri dengan aliran tunai murah, sementara pengawasan kewangan mula dilonggarkan.
Lebih mengejutkan, keluarga Trump sendiri dikatakan melabur dalam platform ramalan pasaran Polymarket. Ia membolehkan orang ramai membuat pertaruhan terhadap keputusan pilihan raya, sukan, dan pelbagai acara lain. Kesan daripada kombinasi dasar ini menyebabkan harga aset berisiko melambung tinggi, jauh melepasi nilai asas sebenar. Ini memaksa IMF memberi amaran tentang kestabilan kewangan global.
“Budaya Judi” yang Menular ke Dalam Ekonomi dan Politik
Dalam ulasan mendalam yang diterbitkan oleh The Wall Street Journal, Ye menyifatkan “ketagihan Berjudi” sedang berlaku bukan sekadar fenomena pasaran. Ia turut merangkumi perubahan budaya besar-besaran — satu mentaliti berjudi yang kini menular ke seluruh aspek kehidupan rakyat Amerika. Ini berlaku daripada ekonomi hingga ke politik.
Ye membandingkan “demam AI” ini dengan gelembung besar terdahulu. Antaranya pengambilalihan berleveraj (LBO) pada 1980-an dan gelembung internet (dot-com bubble) pada 1990-an. Namun katanya, kali ini keadaannya berbeza. Spekulasi bukan lagi tingkah laku segelintir pelabur, tetapi sudah menjadi norma masyarakat.
Beliau menegaskan, skala dan kedalaman fenomena ini tiada tandingan dalam sejarah moden. Lebih membimbangkan, Washington yang sepatutnya menekan brek kini seolah-olah menekan minyak sepenuhnya.
Dengan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Fed dan langkah pelonggaran kawal selia oleh kerajaan Trump, keadaan semakin rumit. Ditambah lagi penglibatan terus keluarga Trump dalam pelaburan berisiko, Ye menyifatkannya sebagai “resipi sempurna untuk letupan bubble yang besar.”
Peranan Washington Dipersoalkan
Ye turut mengkritik keras kerajaan AS, menyatakan bahawa “bukannya dia nak mengekang, malah Washington kini menggalakan lagi budaya spekulasi ini.”
Beliau highlight kan satu contoh jelas. Pelaburan sebanyak USD2 bilion oleh Intercontinental Exchange (ICE) dalam Polymarket, sebuah platform ramalan. Ini membolehkan pengguna bertaruh terhadap apa sahaja — dari sukan hingga pilihan raya.

Walaupun belum menjana pendapatan yang signifikan, nilai Polymarket telah melonjak ke USD8 bilion. Menurut Ye, ini bukan sekadar pelaburan teknologi, tetapi pertaruhan terhadap masa depan budaya spekulasi itu sendiri.
Lebih menarik, Donald Trump Jr., anak bekas presiden AS itu, turut menjadi pelabur dan penasihat dalam Polymarket. Ini adalah satu contoh jelas bagaimana politik, modal, dan spekulasi kini berpintal rapat dan saling memperkukuh antara satu sama lain.
“Gelembung” atau “Normal Baharu”?
Ye mengajukan soalan penting:
Adakah “ketagihan berjudi” ini satu normal baharu — di mana spekulasi menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat? Atau tanda-tanda akhir sebelum gelembung besar pecah?
Beliau memilih pandangan kedua. Katanya, apabila semua orang mabuk dengan keuntungan segera, detik kehancuran mungkin lebih menyakitkan daripada mana-mana krisis kewangan sebelumnya.
Pandangan ini turut disokong oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Dalam laporan kestabilan kewangannya baru-baru ini, ia memberi amaran bahawa harga aset berisiko kini jauh lebih tinggi daripada asas fundamental. Selain itu, nisbah PE S&P 500 mencecah tahap tertinggi sejak 1990.
Tanda-Tanda “Bubble” Makin Ketara
Ye turut menyenaraikan beberapa petanda klasik gelembung ekonomi:
- Syarikat kecil dan lemah berlumba-lumba untuk disenaraikan di bursa.
- Syarikat tradisional mula membeli kripto, lalu menjenamakan semula diri mereka sebagai “pengurus aset digital”.
- Fenomena pembiayaan berpusing (circular financing) antara gergasi teknologi — seperti Nvidia melabur dalam OpenAI. OpenAI pula membeli kuasa pengkomputeran daripada Oracle, dan Oracle pula membeli cip daripada Nvidia.
Beliau turut memetik kenyataan CEO Meta, Mark Zuckerberg. Dia sanggup “membakar ratusan bilion dolar” asalkan tidak ketinggalan dalam perlumbaan AI. Ini satu gambaran jelas bagaimana ketamakan kini mengatasi kewarasan.
Risiko Semakin Meningkat
Ye tidak meneka bila gelembung ini akan pecah. Namun dia memberi amaran bahawa apabila kerajaan sendiri menjadi sebahagian daripada “perjudian nasional” ini, seluruh sistem kewangan akan menjadi rapuh.
Beliau menyamakan “ketagihan berjudi” ini seumpama “kereta lumba tanpa brek yang sedang memecut ke arah tebing”
Ye menasihatkan pelabur dan penggubal dasar supaya lebih berhati-hati. Menurutnya, apabila pertaruhan sukan, pasaran ramalan politik, dan saham AI saling berhubung dan digerakkan oleh kredit murah dan pengawasan longgar, satu kegagalan kecil boleh mencetuskan kesan domino besar.
Amaran Terakhir
Menurut Ye, Amerika kini berada dalam kitaran spekulasi terbesar yang pernah dicatatkan, digerakkan oleh politik dan budaya cepat kaya.
Ini bukan sekadar isu ekonomi — tetapi krisis sosial dan politik yang mendalam.
Jika gelombang ini akhirnya hilang kawalan, kesannya mungkin jauh lebih dahsyat daripada apa yang boleh dibayangkan sesiapa pun.
Geopolitik & Kesan ke Atas Saham: Peluang atau Risiko?
Ketegangan geopolitik seperti perang, sekatan ekonomi, atau konflik perdagangan boleh mengubah landskap pelaburan dengan pantas.
Harga minyak, mata wang, dan sentimen pelabur mudah terkesan, memberi impak kepada saham global dan tempatan.
Bagaimana nak manfaatkan peluang ini?
Ilmu adalah kunci! Dapatkan pendrive penuh ilmu tentang saham dari Mahersaham – panduan lengkap untuk memahami pasaran, menganalisis saham, dan membuat keputusan bijak.
Jangan biarkan ketidaktentuan geopolitik menghalang kejayaan pelaburan anda.
Dapatkan sekarang!
Belum Ada CDS Akaun? Buka satu PERCUMA Dengan Kami
