Market Review 16 Mei 2018

Market review untuk Bursa Malaysia 16 Mei 2018
Dalam video ini kita mulakan review dengan melihat kepada indeks global dan faktor-faktor luaran yang kita percaya memberikan kesan kepada pasaran saham Bursa Malaysia.
Sebagai contoh, kebiasaannya jika indeks DJI atau Dow Jones, naik, indeks FBM KLCI juga akan terkesan untuk naik. Begitu juga yang terjadi sebaliknya.
Apabila pemerhatian kita mendapati perkara ini biasa terjadi, maka boleh dikatakan indeks FBM KLCI adalah ‘positively correlated’ dengan indeks DJI.
Correlation adalah perhubungan antara dua elemen. Dahulu sewaktu di bangku sekolah, kita pasti selalu belajar tentang pemboleh ubah A berkadar langsung dengan pemboleh ubah B. Hubungkait antara pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah dimalarkan. Hakikatnya, konsep itu juga kita gunakan dalam proses kita hendak menganalisa pasaran saham Bursa Malaysia.
Pertukaran Matawang USD dan Ringgit Malaysia (USD/MYR)
Pada bahagian di atas kita melihat kepada indeks, pada bahagian ini pula kita melihat kepada prestasi Ringgit Malaysia berbanding US Dollar. Chart yang biasa kita akan tengok adalah chart USD/MYR. Ini bermaksud, nilai yang akan ditunjukkan pada chart adalah nilai Ringgit Malaysia berbanding 1 USD,
Semakin tinggi nilai USD/MYR, bererti nilai matawang ringgit Malaysia merosot. Lebih banyak RM diperlukan untuk ditukarkan kepada 1 USD. Merosotnya matawang akan menyebabkan kuasa beli kita berkurang. Untuk jangka masa pendek, kita tidak berapa rasa terkesan sebab kita tidak berurusan dalam USD. Namun yang biasa berurusan dengan USD, jika matawang merosot begitu teruk, maka dia akan lebih merasa kesannya. Kos berurusan dalam USD akan meningkat.
Kesimpulan
Ringkasnya, menganalisa pasaran saham memerlukan kita menganalisa dari pelbagai sudut. Tidak kiralah trader atau investor, skil untuk menganalisa pasaran itu perlu sebab apabila seseorang itu membeli satu unit saham, dia berhasrat untuk untung dalam pelaburan saham yang dibeli. Selain itu, untuk membuat sesuatu pelaburan anda perlu ada ilmu terlebih dahulu agar tidak tersilap langkah.
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu market review mingguan?
Market review mingguan ialah analisa ringkas prestasi pasaran saham dalam seminggu, merangkumi pergerakan indeks, saham-saham aktif, dan berita korporat yang mempengaruhi sentimen pelabur.
Kenapa perlu pantau pergerakan indeks Bursa Malaysia?
Pergerakan indeks menunjukkan sentimen keseluruhan pasaran. Apabila indeks naik, ia menandakan keyakinan pelabur meningkat, manakala penurunan boleh menandakan risiko atau ketidaktentuan ekonomi.
Bagaimana berita korporat mempengaruhi harga saham?
Berita seperti laporan kewangan, pengumuman dividen, penggabungan syarikat, atau perubahan pengurusan boleh menyebabkan harga saham naik atau turun secara mendadak bergantung kepada sentimen pelabur.
Di mana boleh dapatkan market review Bursa Malaysia terkini?
Anda boleh ikuti market review di laman Mahersaham, theedgemarkets.com, investing.com, dan juga melalui channel Telegram dan YouTube Mahersaham untuk update mingguan.
Memahami pasaran saham bermula dengan ilmu asas yang betul dan akaun pelaburan yang sesuai.
Jika anda belum mempunyai akaun pelaburan, buka akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Baru bermula? Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk fahami asas pelaburan saham.
Bacaan lanjut: