Maybank diiktiraf Paling Selamat Terbesar di Malaysia

Loading...

Maybank merupakan antara bank paling selamat di Malaysia selepas disenaraikan oleh majalah kewangan, Global Finance baru-baru ini.
Penyenaraian ini dipilih berdasarkan penilaian taraf mata wang asing jangka panjang serta jumlah aset daripada 1,000 bank terbesar di seluruh dunia.
Statistik bank-bank terbesar di Malaysia mengikut jumlah aset sejak Disember 2016 menunjukkan Maybank menduduki tangga pertama dengan jumlah aset bernilai kira-kira 736 billion ringgit Malaysia.
Manakala CIMB berada di tempat kedua dengan kira-kira 486 billion ringgit daripada jumlah aset.

Sumber: Statista
Maybank diasaskan pada 31 Mei 1960 oleh Khoo Teck Puat dan Oei Tjong Ie. Kemudian diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Amirsham Abdul Aziz dari tahun 2002 hingga 2008.
Sepanjang tahun 2008 hingga 2013, Dato’ Sri Abdul Wahid Omar dilantik sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank. Seterusnya pada 2 Ogos 2013, diterajui oleh Datuk Abdul Farid Alias.
Syarikat ini mempunyai rangkaian antarabangsa lebih 2,400 cawangan dan pejabat di 20 buah negara dengan seramai 45,000 pekerja.
Ia menawarkan pelbagai produk perkhidmatan perbankan dan kewangan termasuklah komersial, pelaburan, perbankan Islam, pajakan, insurans dan pengurusan aset kepada pelanggannya.
Sumber: Wikipedia
Maybank adalah syarikat bank tersenarai awam terbesar di Bursa Malaysia.
Saham ini ditutup dengan mencatatkan RM8.44 seunit pada jumaat lalu, 4 Oktober 2019.

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: FactSet
Ramalan PE Ratio syarikat gergasi Maybank sehingga 2021 menunjukkan rekod Positif.

Sumber: Educba
Ini adalah kerana dengan pendapatan syarikat (EPS) yang meningkat dari 2019-2021, menghasilkan nisbah PE yang rendah.
PE Ratio menggambarkan beberapa kesan harga saham pada masa hadapan.
Secara umumnya, nisbah PE merupakan pembolehubah yang dapat mengukur 5 perkara:
Ringkasnya, nisbah PE yang rendah menggambarkan kadar pertumbuhan pendapatan yang lebih tinggi dan prospek pasaran yang positif dengan tahap hutang syarikat yang rendah.
Semakin kurangnya hutang bermakna semakin kurang risiko kewangan.
Maka PE Ratio yang rendah bagi sesebuah syarikat adalah lebih baik.
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan sebelum membeli sesuatu saham pastikan saham itu Patuh Shariah.
Bagi saham Maybank Berhad adalah saham yang Bukan Shariah (non-compliant).
Kepada pelabur muslim, dengan membuka akaun CDS Islamik dapat mengelakkan daripada terbeli saham yang tidak Shariah.
Sistem hanya akan membenarkan pembelian saham shariah sahaja manakala order saham konvensional automatik akan ditolak. Mudah kan.
Selepas ini, tiada lagi alasan untuk tersalah beli atau terbeli saham non-compliant.
Maybank diiktiraf oleh majalah kewangan Global Finance berdasarkan penarafan kredit dan kedudukan kewangan yang kukuh, menjadikannya antara bank paling selamat di Malaysia dan rantau Asia.
Tidak, saham Maybank Berhad adalah bukan patuh syariah (non-compliant). Pelabur Muslim disarankan membuka akaun CDS Islamik untuk mengelakkan pembelian saham yang tidak patuh syariah secara tidak sengaja.
PE Ratio (Price-to-Earnings) mengukur hubungan antara harga saham dan pendapatan syarikat. PE yang rendah menggambarkan pertumbuhan pendapatan yang tinggi, hutang rendah, dan prospek pasaran yang positif.
Akaun CDS Islamik hanya membenarkan pembelian saham patuh syariah sahaja. Order saham konvensional akan ditolak secara automatik, memudahkan pelabur Muslim mengelak saham yang tidak halal.
Memahami perbezaan antara saham patuh syariah dan bukan syariah adalah penting untuk pelabur Muslim — pastikan anda mempunyai akaun yang betul.
Buka akaun CDS hari ini dan pilih akaun CDS Islamik untuk melabur dalam saham patuh syariah di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk memahami cara menilai saham bank dan sektor kewangan sebelum membuat pelaburan.
Bacaan lanjut: