5 Pelaburan Terbesar Warren Buffett Yang Mengubah Dunia Pelaburan
<p>Dari Coca-Cola ke Apple, inilah 5 syarikat yang menjadikan Warren Buffett seorang legenda pelaburan. Pulangan mencecah berbilion dolar. 🧠 Siapa Sebenarnya Warren Buffett? Warren Buffett, digelar “Oracle of Omaha”, ialah…</p>

Dari Coca-Cola ke Apple, inilah 5 syarikat yang menjadikan Warren Buffett seorang legenda pelaburan. Pulangan mencecah berbilion dolar.
🧠 Siapa Sebenarnya Warren Buffett?
Warren Buffett, digelar “Oracle of Omaha”, ialah seorang pelabur tersohor dari Amerika Syarikat. Beliau membeli saham pertamanya pada usia 11 tahun dan kini menjadi antara individu paling kaya di dunia, hasil daripada strategi pelaburan jangka panjang yang disiplin.
Melalui syarikat induk beliau, Berkshire Hathaway, Buffett telah mencatat pulangan pelaburan luar biasa melebihi 5,502,284% sejak tahun 1965. Kejayaan ini mengukuhkan lagi status Warren Buffett sebagai seorang ikon dalam dunia kewangan.
🔍 Gaya Pelaburan Warren Buffett: Apa Rahsianya?
Buffett tidak kejar saham trending atau saham teknologi baharu. Sebaliknya, beliau fokus kepada:
- Syarikat undervalued dengan asas kukuh
- Aliran tunai konsisten
- Hutang rendah dan margin selamat
- Jenama kuat dan tahan ujian masa
- Pelaburan jangka panjang – “Tempoh pegangan saham kegemaran saya ialah selama-lamanya”
Setiap tahun, beliau habiskan berjam-jam membaca laporan tahunan, laporan kewangan, dan penulisan SEC. Pelaburan Warren Buffett ini sangat mengutamakan pemahaman mendalam tentang syarikat yang dilaburkan.
📈 5 Pelaburan Terbesar Warren Buffett Sepanjang Zaman
1. Coca-Cola (KO)
Dividen tahunan: US$816 juta (~RM3.8 bilion)
Pada 1988, selepas kejatuhan pasaran saham, Buffett membeli saham Coca-Cola bernilai US$1.3 bilion. Walaupun ketika itu Coke sedang bergelut dengan kegagalan produk “New Coke”, beliau percaya pada kekuatan jenama ini. Hari ini, Coca-Cola kekal sebagai tunjang dividen terbesar Berkshire Hathaway.
📌 Faktor utama kejayaan: Jenama global, kuasa menetapkan harga, dan produk kegemaran ramai.
2. Apple (AAPL)
Nilai semasa: Melebihi US$150 bilion
Walaupun dahulu skeptikal terhadap saham teknologi, Buffett mula membeli Apple pada tahun 2016 dengan pelaburan US$11.1 bilion. Hari ini, Apple adalah pelaburan tunggal paling besar dalam portfolio Berkshire Hathaway.
📌 Kenapa Apple?
Kerana Apple bukan hanya teknologi, tetapi ekosistem gaya hidup dengan produk, servis, dan program buyback saham yang agresif, menjadikannya tarikan besar bagi Warren Buffett.
3. American Express (AXP)
Pegangan sejak: 1964
Skandal “soybean oil fraud” menjatuhkan saham American Express hampir 50%. Ramai lari – Buffett masuk. Beliau melabur sekitar US$20 juta, dan menambah lagi US$300 juta pada 1991. Hari ini, nilai saham itu mencecah lebih US$50 bilion.
📌 Pelajaran penting: Bila pasaran panik, pelabur bijak melihat peluang. Ini sebahagian dari kebijaksanaan yang menjadikan Warren Buffett legenda.
4. GEICO
Pulangan: Dianggarkan >US$40 bilion
Buffett mula melabur dalam syarikat insurans GEICO pada tahun 1951. Walaupun GEICO hampir bankrap pada 1970-an, Berkshire menjadi penyelamat dan akhirnya membeli sepenuhnya pada 1996.
💡 GEICO menjadi mesin tunai melalui float – iaitu wang premium insurans yang boleh dilaburkan sebelum dituntut oleh pemegang polisi.
5. Bank of America (BAC)
Pelaburan krisis: Untung selepas 2008
Buffett membeli saham keutamaan Bank of America pada 2011, ketika bank itu ditekan oleh krisis kewangan. Beliau bukan hanya dapat dividen, tetapi juga keuntungan modal apabila harga saham melonjak. Sebahagian pegangan telah dijual pada 2024, tapi BAC masih kekal dalam 3 teratas portfolio beliau dan menjadi bahagian penting dalam strategi pelaburan Warren Buffett.
📌 Kunci kejayaan: Melabur ketika orang lain takut.
🔑 Prinsip Emas Warren Buffett
“Price is what you pay. Value is what you get.”
Buffett sentiasa cari nilai tersembunyi, bukan hanya harga murah. Beliau fokus kepada perniagaan sebenar, bukan spekulasi. Dan yang paling penting: sabar.
🌟Teknik Pelaburan Warren Buffett Tak Akan Lapuk
Warren Buffett akan bersara hujung tahun 2025, tetapi pelaburannya akan terus menjadi panduan utama dunia kewangan.
Jika anda ingin berjaya dalam pelaburan saham seperti beliau, pelajarilah prinsip asas ini yang menjadi panduan Warren Buffett:
Pegang dengan sabar
Fahami perniagaan
Nilai sebelum beli
Beli bila orang lain takut
Nak jadi pelabur berjaya macam Warren Buffet? Sebelum tu kena lah buka akaun CDS dulu