Perbezaan Main Market dan Ace Market

Main Market dan Ace Market
Main Market dan Ace market adalah jenis pasaran yang ada dalam Bursa Malaysia.
Dalam Bursa Malaysia, main market adalah pasaran utama di mana syarikat yang telah listing dalam main market adalah syarikat-syarikat yang telah kukuh.
Manakala Ace market pula adalah pasaran Ace dalam Bursa Malaysia di mana syarikat-syarikat tersebut mempunyai prospek pertumbuhan.

Kalau kita rujuk Platform Mplus (M+) seperti gambar di atas, yang berwarna turqoise/biru muda adalah main market manakala yang berwarna ungu adalah ace market.
Bursa malaysia
Bursa Malaysia atau nama lamanya bursa saham BSKL diibaratkan seperti ‘pasar’ yang menjadi tempat jual beli antara orang awam (pelabur) dan syarikat (pemilik perniagaan).
Pasaran Saham merupakan satu tempat di mana syarikat boleh menaikkan modal supaya sesuatu perniagaan boleh dimajukan.
Dalam Bursa Malaysia, ada 3 pasaran yang kita sedia maklum. Pasaran tersebut adalah pasaran utama (main market), pasaran Ace (Ace Market) dan pasaran Leap (Leap Market).
Artikel kali ini tidak akan kupas lebih lanjut mengenai Leap market kerana tidak semua orang boleh menjual beli dalam pasaran leap. Fokus kali ini adalah main market dan ace market.
Macam mana nak bezakan antara dua market ni? Apa kriteria yang ada pada setiap market?
Kriteria Main Market dan ACE Market
Ada beberapa kriteria yang akan membezakan jenis-jenis market di Bursa Malaysia.
Untuk mengetahui kriteria tersebut, anda kena search Bursa Malaysia di mana-mana search engine yang ada.

Anda akan redirect pada home page, klik Listing –> Get Listed –> Listing Criteria, seperti gambar di bawah.

Setelah klik listing kriteria, paparan akan keluar seperti di bawah ini.


Gambar di atas menunjukkan ringkasan antara 3 pasaran yang ada dalam bursa malaysia.
Untuk lebih details anda boleh rujuk pada quantitative criteria dan qualitative criteria.
Quantitative Criteria


Qualitative criteria



Harapnya korang dah tahulah perbezaan antara Main Market dan ACE Market berdasarkan beberapa aspek yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.
Semoga artikel kali ini memberi manfaat kepada korang semua.
Soalan Lazim (FAQ)
Apa perbezaan utama antara Main Market dan ACE Market?
Main Market adalah untuk syarikat besar yang sudah mempunyai rekod prestasi kewangan yang kukuh dan memenuhi syarat keuntungan minimum. ACE Market pula adalah untuk syarikat yang lebih kecil atau baru berkembang yang disokong oleh sponsor dan tidak perlu memenuhi syarat keuntungan yang ketat.
Adakah saham ACE Market lebih berisiko daripada Main Market?
Secara umumnya, ya. Saham ACE Market cenderung lebih berisiko kerana syarikat yang tersenarai biasanya lebih kecil dan masih dalam fasa pertumbuhan. Namun, ia juga boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi jika syarikat berjaya berkembang. Pelabur perlu membuat kajian yang teliti sebelum melabur.
Bolehkah syarikat berpindah dari ACE Market ke Main Market?
Ya, syarikat boleh memohon untuk berpindah dari ACE Market ke Main Market sekiranya ia memenuhi semua syarat penyenaraian Main Market. Proses ini dipanggil transfer listing dan memerlukan kelulusan Bursa Malaysia.
Berapa minimum lot untuk membeli saham di Main Market dan ACE Market?
Kedua-dua pasaran menggunakan lot minimum yang sama iaitu 100 unit (1 lot). Perbezaan utama adalah dari segi harga saham — saham Main Market biasanya berharga lebih tinggi manakala saham ACE Market selalunya berharga lebih rendah per unit.
Sama ada anda berminat dengan saham Main Market atau ACE Market, langkah pertama ialah membuka akaun CDS — buka akaun CDS anda di sini untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Baru nak mula belajar tentang pelaburan saham? Dapatkan ebook asas saham percuma untuk fahami konsep asas pelaburan dari awal.
Bacaan lanjut: