Perkara Wajib Anda Perlu Tahu Tentang IPO MR DIY

MR DIY
Korang pernah pergi x kedai MR DIY? Saya yakin semua pernah dengar nama kedai ini. Kat mall mesti ada.
Kadang-kadang tak ada nak beli apa-apa pun termasuk juga dalam kedai ini. Macam hantu memanggil pulak.
Kalau dah masuk ‘confirm’ terbeli juga. Daripada tak ada niat nak membeli terus terbeli. Dah tu beli banyak pulak.
Dan akhirnya keluar dari kedai dengan satu beg plastic sekurang-kurangnya. Memang ‘berhantu’.

SEJARAH SYARIKAT
Syarikat diperbadankan di Malaysia di bawah akta syarikat 1965 pada 12 Oktober 2010 dengan MR DIY ENTERPRISE SDN BHD. Kemudian pada 1 jun 2016 ditukar kepada MR DIY Group (M) Sdn Bhd.
Pada 4 jun 2019 dari PRIVATE LIMITED COMPANY ditukar menjadi PUBLIC LIMITED COMPANY dengan nama MR DIY GROUP (M) Berhad.
Aktiviti utama syarikat seperti kita tahu adalah sebagai satu entiti yang mengabungkan HARDWARE dan barang keperluan di Malaysia serta Brunei. Terdapat 566 buah kedai di Malaysia dan 4 buah kedai di Brunei.
AKAN LISTING DI MARKET MARKET BURSA MALAYSIA
Bakal disenaraikan dalam pasaran utama di Bursa Malaysia. Nak masuk main market syarat sesebuah syarikat tu memang tinggi contoh seperti perlu keuntungan 3 hingga ke 5 tahun dan juga keuntungan agregat atleast RM20 JUTA.
STATUS SYARIAH
MR DIY di klasifikasikan sebagai status syariah oleh SC

SEBANYAK 125,532,000 UNIT SAHAM DI BUKA KEPADA UMUM
779,958,000 unit akan ditawarkan kepada pelabur institusi
161,532,000 akan ditawarkan kepada pelabur runcit
MR DIY NAK BAGI DIVIDEN SEBANYAK 40%

MR DIY mensasarkan bayaran dividen kepada pemegang syarikat sebanyak 40% daripada keuntungan bersih.
LEBIH 500 BUAH KEDAI DI MALAYSIA DAN BRUNEI
Terdapat 556 buah kedai MR DIY di seluruh Malaysia dan 4 buah kedai di Brunei
MARKET SHARE YANG BESAR
Jika di lihat dalam chart ini MR DIY adalah leader kerana menguasai 69.6% menandingi ACE HARDWARE, DAISO, ONE STOP SUPERSTORE , MINISO dan lain- lain lagi

Itu sahaja 7 perkara yang anda wajib tahu tentang MR DIY. Bila akan IPO? Stay tuned, kami akan update di website ini.
Kesimpulan
Nak apply IPO MR DIY mesti ada akaun CDS dahulu.
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah IPO MR DIY?
IPO MR DIY ialah tawaran awam awal saham MR DIY Group (M) Berhad di Bursa Malaysia, membolehkan pelabur runcit memiliki saham rangkaian kedai perkakasan dan barangan rumah terbesar di Malaysia.
Berapakah dividen yang dijanjikan MR DIY?
MR DIY mensasarkan pembayaran dividen sebanyak 40% daripada keuntungan bersih kepada pemegang saham, menjadikannya pilihan menarik untuk pelabur yang mencari pendapatan dividen.
Berapa banyak kedai MR DIY di Malaysia?
MR DIY mempunyai lebih 500 buah kedai di seluruh Malaysia dan Brunei, menguasai 69.6% bahagian pasaran dalam segmen kedai perkakasan dan barangan rumah.
Bagaimana cara memohon IPO di Malaysia?
Untuk memohon IPO, anda perlu mempunyai akaun CDS terlebih dahulu dan boleh membuat permohonan melalui perbankan dalam talian seperti Maybank2u, CIMBClicks, atau Public Bank.
Berminat untuk memohon IPO dan melabur dalam saham di Bursa Malaysia — langkah pertama ialah membuka akaun CDS.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dan memohon IPO di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: