Perkara Wajib Tahu Mengenai Share Split

Apa Itu Share Split?
Share split merupakan salah satu daripada corporate exercise. Di mana corporate exercise ni ada dua kategori:
- 1.Mandatory corporate exercise -Semua terlibat, tak ada pengecualian.
- 2.Voluntary corporate exercise- Boleh pilih nak subscribe atau tidak.
Share split berlaku apabila sesebuah syarikat ingin menggandakan bilangan sahamnya.

Di mana saham kita akan bertambah mengikut nisbah yang telah ditetapkan oleh syarikat tersebut.
Sebagai contoh anda ada 200 unit saham, maka apabila berlakunya share split dengan nisbah (lama:baru) 1:2, unit saham korang telah menjadi 400 unit.
Wowwwwwwwww.
Tetapi ianya jarang-jarang berlaku, hanya syarikat yang tertentu mampu buat perkara ini.
Apa Akan Berlaku?
1. Menggandakan bilangan saham
Macam yang saya terangkan kat atas tadi, saham korang akan bertambah.
2. Menurunkan harga
Sebagai contoh korang mempunyai 100 unit saham yang berharga RM1 seunit.
Setelah berlaku share split dengan nisbah (lama:baru) 1:2, harga menjadi 50 sen dengan jumlah saham sebanyak 200 unit.
3. Tidak mengubah jumlah market capital
Market Capital = Jumlah Saham X Harga Saham
• Berbeza dengan share consolidate
Kenapa Syarikat Lakukan Share Split?
Tujuan share split ialah untuk merendahkan harga saham.
Mengajak lebih ramai pelabur terutama pelabur runcit macam kita untuk membeli saham syarikat tersebut.
- •Saham dalam market menjadi semakin banyak
- •Lebih cair (mudah untuk didagangkan)
- •Harga seunit saham akan semakin rendah.
Perkara Penting Dalam Share Split
- 1. Bila ex date?
- 2. Berapa conversion?
- 3. Bilangan saham?
- 4. Harga saham?
Bila ex date?
Apa makna ex date ni?

Ex date bermakna hari terakhir pengiraan saham sebelum dikenakan split share.
Contoh ex date adalah pada 1 Disember 2020.
Jadinya kalau korang membeli saham semasa dan selepas 1 Disember 2020 maka korang tak dikenakan split share.
Berapa conversion ratio?
Covertion ratio terpulang kepada sesebuah syarikat, kebiasasannya ratio (lama:baru) adalah 1:2 atau 1:3.
Bilangan saham?
Sekiranya pegangan saham korang sebanyak 100 unit dan ratio (lama:baru) yang ditentukan oleh syarikat tersebut sebanyak 1:2, maka bilangan saham terbaru korang sebanyak 200 unit.
Jika ratio (lama:baru) sebanyak 1:3 pula, maka bilangan saham terbaru korang adalah sebanyak 300 unit.
Harga saham?
Seperti yang saya terangkan tadi, harga saham akan turun.
Kesan Selepas Split Share
- •Bilangan saham akan bertambah
- •Harga saham akan berkurangan
- •Selepas kejatuhan ‘biasanya’ harga saham naik balik
Apabila harga sesuatu saham menjadi rendah, lebih ramai yang berpeluang untuk membeli saham tersebut kerana harga yang didagangkan masih mampu dimiliki oleh golongan rakyat marhaen seperti kita.
Semakin ramai yang beli saham tersebut maka harga saham pun akan meningkat.
Tapi apapun yang berlaku, paling penting adalah korang kena buat kajian sebelum membeli atau menjual saham.
Semoga bermanfaat!
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu share split dan bagaimana ia berfungsi?
Share split ialah pecahan saham di mana satu unit saham dipecahkan kepada beberapa unit saham baharu mengikut nisbah tertentu. Contohnya, share split 1:2 bermakna setiap 1 unit saham lama akan menjadi 2 unit saham baharu, manakala harga per unit akan dikurangkan separuh.
Adakah share split menguntungkan pelabur sedia ada?
Share split tidak mengubah nilai keseluruhan pegangan saham anda. Namun, ia boleh memberi kelebihan kerana harga saham yang lebih rendah per unit memudahkan lebih ramai pelabur runcit untuk membeli, sekali gus meningkatkan kecairan dan potensi permintaan terhadap saham tersebut.
Apa beza antara share split dan share consolidation?
Share split memecahkan saham kepada unit yang lebih kecil (harga turun, unit bertambah), manakala share consolidation menggabungkan saham menjadi unit yang lebih besar (harga naik, unit berkurang). Kedua-duanya tidak mengubah market capitalization syarikat.
Bilakah saham saya akan berubah selepas pengumuman share split?
Selepas syarikat mengumumkan share split, terdapat tarikh ex-date yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia. Pada tarikh tersebut, harga dan kuantiti saham dalam portfolio anda akan diselaraskan secara automatik oleh broker mengikut nisbah split yang diumumkan.
Nak mula melabur saham di Bursa Malaysia? Jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan dapatkan akses ke kelas eksklusif untuk klien kami.
Baru nak belajar tentang saham? Muat turun ebook asas saham percuma untuk memulakan langkah pertama anda.
Bacaan lanjut: