PETRONAS bayar dividen RM34 bilion kepada kerajaan

Dividen RM34 bilion
PETRONAS akan membayar dividen sebanyak RM34 bilion. Dividen pastinya menjadi perkara penting kepada para pelabur. Dividen tinggi yang dibayar oleh sesebuah syarikat sedikit sebanyak akan memberikan gambaran yang positive terhadap syarikat yang dilabur.
Pelabur pastinya mencari syarikat yang berpotensi untuk dilabur.
Artikel kali ini kita akan lihat sebuah syarikat minyak iaitu Petronas yang dikhabarkan akan membayar dividen sebanyak RM34 bilion kepada kerajaan.
Berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa:
“Syarikat ini akan membayar dividen sebanyak RM34 bilion kepada kerajaan Persekutuan pada tahun ini, meskipun mencatatkan kerugian pada suku kedua tahun ini”.

Datuk Seri Mustapa Mohamed ditanya oleh Pang Hok Liong merangkap kepada ahli PH-Labis. Beliau ingin tahu sama ada Petronas akan tetap memberi dividen kepada kerajaan pada tahun ini walaupun mencatatkan kerugian RM21 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun lalu.
Beliau turut ingin tahu mengenai impak kerugian itu dan implikasi kepada ekonomi negara secara amnya serta pelan ekonomi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) secara khususnya.
Jawapan Menteri mengenai pembayaran dividen RM34 bilion telah menimbulkan persoalan kepada para pelabur.
Apakah syarikat minyak nasional akan menyatakan dividen sebanyak RM34 bilion untuk membantu membiayai belanjawan pengembangan untuk merangsang domestik ekonomi?
Presiden Eksekutif Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz mengatakan bahawa firma minyak nasional akan membayar dividen kepada pemegang saham tunggal, iaitu kerajaan persekutuan, jika ia mampu melakukannya.
Hal ini kerana ia bertujuan untuk mengekalkan wang tunai dan kecairan di pasaran semasa.
Dividen PETRONAS setiap tahun

Sejak penubuhannya pada 1974, PETRONAS telah membayar RM488 bilion kepada kerajaan dalam bentuk dividen.
Petronas mengisytiharkan dividen: RM24 bilion untuk FY19 dan RM54 bilion pada FY18, termasuk dividen khas RM30 bilion.
Pada FY16 dan FY17, ketika industri minyak dan gas merosot setelah penurunan harga minyak mentah menjadi di bawah US 100 setong.
Petronas telah menurunkan pembayaran dividen kepada RM16 bilion untuk setiap dua tahun tersebut( FY16 & FY17) berbanding RM26 bilion pada FY15 .

Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)
Datuk Seri Mustapa Mohame berkata, RMK-12 yang pada awalnya dijadual dibentangkan pada 6 Ogos lalu, di Dewan Rakyat ditangguhkan kepada awal tahun depan.
Hal ini bagi membolehkan kerajaan mengambil kira perubahan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
“Memandangkan COVID-19 memberi impak yang ketara kepada ekonomi dunia termasuk Malaysia.
Maka analisis ekonomi yang diguna pakai ketika penyediaan dasar, strategi dan inisiatif RMK-12 perlu disemak semula.
Penangguhan ini dibuat bagi membolehkan lebih banyak pihak berkepentingan untuk terlibat.
Antaranya, termasuklah kementerian dan agensi, kerajaan negeri serta pakar ekonomi.
Soalan Lazim (FAQ)
Berapa banyak dividen yang PETRONAS bayar kepada kerajaan?
PETRONAS membayar dividen sebanyak RM34 bilion kepada kerajaan Malaysia. Jumlah ini menunjukkan betapa besarnya sumbangan PETRONAS kepada pendapatan negara melalui pembayaran dividen tahunan.
Apakah kesan pembayaran dividen PETRONAS kepada ekonomi Malaysia?
Dividen PETRONAS merupakan salah satu sumber pendapatan utama kerajaan yang digunakan untuk membiayai pembangunan negara, termasuk projek infrastruktur dan perbelanjaan awam seperti Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Adakah pelabur runcit boleh melabur dalam saham berkaitan PETRONAS?
Ya, pelabur runcit boleh melabur dalam anak syarikat PETRONAS yang tersenarai di Bursa Malaysia seperti PETRONAS Chemicals, PETRONAS Dagangan dan PETRONAS Gas. Saham-saham ini turut membayar dividen kepada pemegang saham.
Apa itu dividen dan mengapa ia penting untuk pelabur saham?
Dividen ialah sebahagian daripada keuntungan syarikat yang diagihkan kepada pemegang saham. Ia penting kerana memberikan pulangan pasif kepada pelabur selain daripada keuntungan modal (capital gain) apabila harga saham naik.
Mahu mula melabur dalam saham dividen? Buka akaun CDS anda sekarang melalui panduan langkah demi langkah kami.
Dapatkan ebook asas saham percuma kami untuk memahami konsep dividen dan pelaburan saham dari awal.
Bacaan lanjut: