Petronas merekodkan keuntungan tertinggi sebanyak RM101.6 bilion

Loading...


Dirangsang oleh kenaikan harga minyak dan gas (O&G) sepanjang tahun lepas, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatat rekod keuntungan selepas cukai atau profit after tax (PAT) dan pendapatan tertinggi dalam sejarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
Profit After Tax Petronas untuk Tahun Kewangan 2022 berjumlah RM101.62 bilion. Nilai ini adalah kira-kira dua kali ganda daripada keuntungan yang diperolehnya pada tahun sebelumnya iaitu RM50.87 bilion.
Keuntungan ini disumbang daripada pendapatan yang lebih tinggi yang mengimbangi kos produk, pembayaran tunai dan perbelanjaan mengurus yang turut meningkat.
Pendapatan melonjak 51.33% kepada RM375.27 bilion daripada RM247.96 bilion yang mana sebahagian besarnya disebabkan oleh harga produk yang lebih tinggi dan impak pertukaran wang asing yang menggalakkan.
Segmen hiliran syarikat O&G negara kekal sebagai penyumbang utama dengan mencatatkan pendapatan sebanyak RM174.84 bilion, menyaksikan peningkatan 44.39% berbanding RM121.09 bilion yang dicatat tahun sebelumnya.

Bagi segmen gas pula, hasil melonjak 62.78% kepada RM122.75 billion, dimana peningkatan ini adalah hasil kenaikan harga purata gas asli cecair dan gas diproses.
Pendapatan segmen huluan Petronas juga meningkat, didorong oleh harga purata yang lebih tinggi bagi minyak mentah, kondensat dan gas asli, dan di rancakkan lagi dengan peningkatan jualan.
Segmen korporat dan lain-lain mencapai hasil sebanyak RM17 bilion berbanding RM11.36 bilion, disebabkan oleh pendapatan yang lebih tinggi bagi pembinaan unit terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan serta pendapatan berkaitan perkapalan.
Jumlah aset mengukuh kepada RM710.6 bilion pada 31 Dis 2022, berbanding RM635 bilion setahun sebelumnya, disumbangkan oleh tunai dan nilai tunai yang lebih tinggi serta hartanah, loji dan peralatan.
Presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz menyifatkan prestasi kukuh kumpulan sepanjang tahun itu disebabkan daya tahan tenaga kerjanya.
“Walaupun 2022 membolehkan kami memanfaatkan kenaikan minyak dan gas dengan baik, tahun lalu juga melihatkan peningkatan turun naik permintaan bekalan didorong oleh peralihan mendadak dalam pasaran dan peralihan tenaga yang dipercepatkan,” kata Muhammad Taufik.
Walaupun Petronas mencatat rekod keuntungan pada 2022, Muhammad Taufik memberi amaran bahawa cabaran yang menguasai pasaran O&G global tahun lepas akan berterusan pada tahun ini.
“Kita keluar dari 2022 dengan jalan yang sangat berliku. krisis Eropah, gangguan rantaian bekalan dan sekatan minyak Rusia dijangka berterusan sehingga 2023,” katanya
“Industri O&G berpotensi menyaksikan harga menjadi sederhana pada 2023, memandangkan jangkaan kepada kelembapan ekonomi, walaupun ia berdepan dengan ketidaktentuan pasaran yang berpanjangan.
Dalam situasi ini, Petronas akan terus memacu kecemerlangan operasi dalam perniagaan terasnya sambil mengejar sasaran pertumbuhan dan kemampanan” tambahnya lagi.
Muhammad Taufik optimistik dengan prospek jangka panjang bagi permintaan tenaga global, yang dijangka berkembang dan melebihi tahap pra-pandemik, memandangkan kebimbangan keselamatan tenaga telah mendorong pelaburan ke dalam aktiviti pengeluaran.
“Banyak pasaran lain di luar sana sangat bergantung kepada O&G. Oleh itu, Petronas mengutamakan penyampaian tenaga daripada portfolio teras O&G kami,” katanya.
Petronas mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) tertinggi dalam sejarah sebanyak RM101.6 bilion, dirangsang oleh kenaikan harga minyak dan gas global sepanjang tahun tersebut.
Faktor utama termasuk kenaikan harga minyak dan gas global akibat krisis Eropah, gangguan rantaian bekalan, dan sekatan minyak Rusia yang menyebabkan harga komoditi tenaga meningkat dengan ketara.
Petronas optimistik dengan prospek jangka panjang bagi permintaan tenaga global yang dijangka berkembang melebihi tahap pra-pandemik. Walau bagaimanapun, harga minyak dijangka mengalami pembetulan pada 2023 berikutan jangkaan kelembapan ekonomi.
Anda boleh melabur dalam saham syarikat O&G yang tersenarai di Bursa Malaysia. Buka akaun CDS bersama Mahersaham untuk mula melabur dan muat turun ebook percuma kami untuk mempelajari asas pelaburan saham.
Keuntungan rekod RM101.6 bilion Petronas mencerminkan kekuatan sektor tenaga Malaysia di peringkat global. Bagi pelabur, memahami dinamik industri minyak dan gas memberikan kelebihan dalam membuat keputusan pelaburan yang bijak.
Mulakan perjalanan pelaburan anda. Buka akaun CDS bersama Mahersaham dan muat turun ebook percuma kami untuk panduan asas pelaburan saham.