PETRONM Dikatakan Menguntungkan Anak Tun Dr. Mahathir | Maher Saham | Mahersaham
PETRONM Dikatakan Menguntungkan Anak Tun Dr. Mahathir
•By Maher Alias
Saham PETRONM Naik Selepas Berita Dapat Kontrak Kerajaan
Petron (nama kaunter saham : PETRONM) dilantik pembekal bahan api untuk kegunaan kenderaan kerajaan.
Sumber di Kementerian Kewangan mengesahkan pelantikan
PETRONM dikaitkan dengan Tan Sri Mirzan Mahathir, kerana beliau merupakan ahli ‘Board of Directors’ bagi syarikat Petron Corporation Filipina, syarikat induk bagi PETRONM.
Dipacu Oleh Perkembangan Secara Organik (Organic Growth)
Laporan RHB bertarikh 30 Ogos 2018 ini adalah berdasarkan pengumuman laporan kewangan untuk suku tahun 2Q18 yang diumumkan pada 28 Ogos 2018, dan dikatakan memenuhi jangkaan.
RHB tetap meletakkan saham ini sebagai BUY, TP rm10.70 manakala harga semasa laporan dikeluarkan adalah RM8.02
Target adalah menggunakan PE Ratio 11x daripada FY18F di mana FY18 adalah tahun kewangan untuk tahun 2018 dan F merujuk kepada ‘forecast’ atau jangkaan.
Keuntungan kasar 2Q18 meningkat 132%, jualan meningkat 7.1% YoY (bandingan dengan tahun sebelumnya).
Penyumbang kepada keuntungan adalah jualan meningkat, beban kadar faedah yang rendah. Namun demikian, keuntungan sedikit terjejas disebabkan produk bermargin keuntungan rendah iaitu crude price-driven naphta
PETRONM berada dalam sector Energy & Petrochemicals atau kelompok yang lebih besar iaitu Energy.
Margin keuntungan untuk ‘refining’ dijangka akan kekal sedikit/kecil memandangkan peningkatan harga minyak, yang mana merupakan bahan mentah untuk proses refinery.
Risiko kepada BUY recommendation RHB adalah perubahan margin keuntungan pada produk/ perubahan produk serta perubahan dasar subsidi minyak oleh kerajaan.
Kemasukan volume memberikan momentum untuk percubaan mengubah trend. Downtrend sudah pun berakhir pada ketika ini – menunggu hala tuju seterusnya.
Boleh cuba untuk short term, tetapi sangat berisiko.
Risk Reward Ratio yang tidak sesuai untuk trading plan yang strategik – 0.68 sahaja, berbanding ideal adalah 1.5 ke atas.
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu kontrak kerajaan dan bagaimana ia mempengaruhi harga saham?
Kontrak kerajaan adalah perjanjian perniagaan antara syarikat dengan kerajaan untuk membekalkan produk atau perkhidmatan. Pengumuman kontrak besar sering menyebabkan harga saham naik kerana ia menjamin pendapatan masa hadapan.
Apa maksud risk reward ratio 0.68?
Risk reward ratio 0.68 bermaksud potensi keuntungan lebih rendah daripada potensi kerugian. Ratio di bawah 1.0 dianggap tidak ideal untuk trading kerana risiko melebihi ganjaran yang dijangkakan.
Apa itu saham sideways?
Saham sideways bermaksud harga bergerak dalam julat yang sempit tanpa trend menaik atau menurun yang jelas. Ia menunjukkan keseimbangan antara buyer dan seller, dan pelabur biasanya menunggu breakout sebelum membuat entry.
Bagaimana sektor Energy mempengaruhi saham berkaitan petroleum?
Saham dalam sektor Energy sangat dipengaruhi oleh harga minyak global. Kenaikan harga minyak biasanya positif untuk syarikat petroleum, tetapi boleh negatif untuk syarikat refinery kerana kos bahan mentah meningkat.
Memahami kesan berita korporat dan fundamental syarikat membantu pelabur membuat keputusan pelaburan yang lebih tepat dan berinformasi.
Sila daftar akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Dapatkan Ebook Asas Saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham termasuk analisis fundamental.