POS Jatuh 11.25% Dalam Masa Dua Hari Disebabkan Untung Merosot 86%

Keuntungan POS Malaysia Merosot 86%
1. Saham POS telah pun jatuh sebanyak 11.25% selepas mengumumkan keuntungan untuk kuarter pertama tahun kewangan yang berakhir 30 Jun 2018 susut kepada rm4.98juta.
2. Sebelum ini dibandingkan dengan suku tahun yang sama pada tahun kewangan sebelumnya, keuntungan POS adalah RM35.92 juta.
3. Keuntungan merosot adalah sebanyak 86%
4. Kenanga Research mengaitkan untung berkurang itu dengan prestasi keseluruhan segmen bisnes POS yang semakin merosot.
Sumber : The Star Online
Keuntungan Merosot Disebabkan Bilangan Hari Cuti Yang Banyak
1. Pendapatan merosot disebabkan jumlah ‘business days’ yang sedikit, antaranya disebabkan oleh pilihanraya umum dan juga Hari Raya Aidilfitri.
2. Pengurusan sentiasa cuba untuk mendapatkan harga terbaik daripada pelanggan besar seperti Lazada bagi meningkatkan margin keuntungan.
3. Peningkatan kapasiti IPC dijangka dapat memperbaiki ‘operating efficiency’ dan juga margin keuntungan.
4. IPC adalah Integrated Parcel Centre. IPC 1 sudah disiapkan di Shah Alam pada Julai 2018.
5. IPC 2 (hampir dengan KLIA) dijangka siap pada Mei 2019.
6. Kedua-dua IPC ini dapat menyumbang kepada kapasiti menyusun parcel sebanyak 500k sehari.
7. Kos dari sudut staf akan dapat dikurangkan. Pada waktu ini, kos untuk staf adalah 55% daripada jumlah keseluruhan jualan (sales).
Sumber : Hong Leong Investment Bank Research
Prestasi Keuntungan Setiap Suku Tahun
Sumber : MalaysiaStockBiz
Analisa Teknikal Untuk Kaunter Pos
Di atas kita boleh nampak bahawa peratusan kejatuhan adalah sekitar 11%.
Namun ia masih belum membentuk paras yang lebih rendah berbanding 6 bulan lepas.
Paras harga yang perlu diperhatikan adalah pada rm3.40 dan juga rm3.20, berpotensi menjadi support untuk menahan tekanan jualan.
Soalan Lazim (FAQ)
Kenapa harga saham boleh jatuh mendadak selepas laporan kewangan?
Harga saham jatuh mendadak apabila keputusan kewangan jauh lebih buruk daripada jangkaan pasaran. Pelabur dan pengurus dana menjual saham untuk mengelak kerugian selanjutnya, menyebabkan tekanan jualan yang besar.
Apa maksud keuntungan merosot 86%?
Ini bermaksud keuntungan bersih syarikat menurun sebanyak 86% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Penurunan keuntungan yang drastik menandakan masalah operasi atau kos yang meningkat dengan ketara.
Apa itu IPC dalam konteks logistik?
IPC (Integrated Parcel Centre) adalah pusat penyusunan dan pengedaran parcel berskala besar. Ia membantu syarikat logistik meningkatkan kapasiti dan kecekapan penghantaran serta mengurangkan kos operasi.
Bagaimana mengenal pasti paras sokongan selepas kejatuhan besar?
Paras sokongan boleh dikenal pasti melalui paras harga terendah dalam tempoh 6-12 bulan sebelumnya, paras Fibonacci retracement, atau kawasan di mana volume dagangan tinggi pernah berlaku sebelum ini.
Memahami kesan laporan kewangan terhadap harga saham membantu pelabur membuat keputusan yang lebih bijak dan menguruskan risiko portfolio mereka.
Sila daftar akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Dapatkan Ebook Asas Saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham termasuk cara membaca laporan kewangan.
Bacaan lanjut:

