Belajar Dari “The Man Who Broke the Bank of England”:Kenapa Position Sizing Adalah 80% Daripada Strategi Trading

Loading...

Position Sizing acap kali dilupakan para trader.Ramai trader terlalu taksub mencari “Holy Grail” dalam setup entry terbaik — nak tunggu garisan moving average cun-cun bersilang, RSI oversold, atau pattern breakout yang “confirm” jadi. Tapi hakikatnya, itu bukan yang menentukan sama ada anda berjaya atau gagal dalam trading.
Kunci sebenar terletak pada position sizing — berapa banyak modal yang anda pertaruhkan setiap kali masuk pasaran.Seorang legenda trading dunia, Stanley Druckenmiller, pernah berkata: “Position sizing menyumbang 70–80% kepada kejayaan seseorang trader.”
Maksudnya mudah — walaupun sistem anda biasa-biasa, anda masih boleh untung jika pandai urus saiz posisi. Tapi kalau salah kawal saiz, sistem paling hebat pun boleh buat akaun anda hangus
Setiap trader perlukan kelebihan — sebab yang logik kenapa trade itu berpotensi untung dalam jangka panjang. Tapi edge tanpa kawalan saiz ibarat kereta laju tanpa brek.
Kalau anda ambil risiko terlalu besar, akaun boleh walap lagi cepat. Kalau terlalu kecil, akaun grow pula tak ke mana. Yang penting ialah faham berapa banyak anda boleh terima kerugian tanpa menjejaskan modal keseluruhan — dan bagaimana nak sesuaikan saiz trade dengan tahap risiko, modal, dan turun naik pasaran.
Ramai trader buat silap bila yakin dengan setup — terus gandakan saiz posisi. Kononnya peluang besar, jadi patut all-in. Tapi hakikatnya, risiko tak meningkat seiring keyakinan.
Lagi besar posisi, lagi tinggi tekanan emosi. Bila harga bergerak melawan arah, panik confirm datang, dan tangan gigil nak tutup awal — dan semua disiplin hilang.
Trader yang bijak bukan yang “berani mati”, tapi yang pastikan setiap kerugian masih mampu ditanggung tanpa trauma sehingga menjejaskan kehidupan harian. Dalam dunia trading, yang penting bukan siapa paling pantas mencipta keuntungan — tapi siapa paling lama bertahan dalam market.
George Soros bukan nya menang kerana dia sentiasa betul setiap kali. Dia menang sebab tahu bila nak bet besar, dan bila nak step back.
Soros dan Druckenmiller percaya satu prinsip utama: “Trading bukan tentang siapa yang selalu betul — tapi tentang bet dengan saiz yang betul.”
Mereka berani pijak habis pedal minyak hanya bila keyakinan tinggi dan risiko terkawal. Itu beza antara trader profesional dengan trader yang main ikut sedap rasa.
Pada 16 September 1992, George Soros mencipta sejarah apabila “menewaskan” Bank of England dalam peristiwa dikenali sebagai Black Wednesday. Ketika kerajaan Britain cuba mempertahankan nilai pound dalam sistem ERM Eropah, Soros menyedari mata wang itu terlebih nilai dan mula menjual pound secara besar-besaran.
Tekanan pasaran memaksa Bank of England menaikkan kadar faedah dan membeli pound dalam jumlah besar, namun tetap gagal menampung kejatuhan. Britain akhirnya menarik diri daripada ERM, pound jatuh lebih 15%, dan Soros meraih keuntungan sekitar USD 1 bilion — sekaligus digelar komuniti trader dunia sebagai “The Man Who Broke the Bank of England.”
Nak Kira position size memang senang di atas kertas. Tapi bila dah melibatkan real money, emosi mula mengambil alih. Ramai trader under-size trade yang promising sebab takut rugi, dan over-size trade yang lemah sebab tamak nak cepat untung.
Sebab itu disiplin lebih penting daripada skills. Gunakan peraturan tetap — contohnya hanya ambil risiko 1–2% daripada modal setiap trade, atau guna formula seperti Kelly Criterion untuk sesuaikan risiko dengan peluang.
Kelly Criterion ialah satu formula matematik yang membantu trader menentukan berapa banyak modal yang patut dipertaruhkan dalam setiap trade untuk memaksimumkan pertumbuhan akaun sambil mengurangkan risiko muflis.
Konsep ini dicipta oleh John L. Kelly Jr. pada tahun 1956 untuk strategi pertaruhan, tapi kemudiannya digunakan oleh pelabur terkenal seperti Warren Buffett dan Ed Thorp dalam pelaburan dan trading.
Formula asasnya:
f* = (bp – q) / b
Di mana:
Katakan strategi anda ada:
Maka:
f* = (1.5 × 0.6 – 0.4) / 1.5 = (0.9 – 0.4) / 1.5 = 0.33
Maksudnya, anda patut risiko 33% daripada modal untuk setiap trade jika mahu pertumbuhan maksimum secara teori.
Tapi dalam dunia sebenar, trader biasanya guna separuh atau suku dari nilai Kelly (contohnya 10%) untuk kurangkan turun naik akaun (drawdown).
Kelebihan:
Kekurangan:
Kelly Criterion bukan sekadar formula — ia cara berfikir tentang risiko dan peluang secara rasional. Ia mengajar trader supaya tak tamak, tak takut, dan hanya ambil risiko yang berbaloi dengan kelebihan sebenar strategi mereka.
Atau dalam bahasa mudah:
“Kelly bantu anda tak trade ikut emosi — tapi ikut matematik.” 📈
Dalam trading, entry hanyalah permulaan. Position sizing pula adalah “petrol” yang menentukan sejauh mana perjalanan anda.
Kalau anda kuasai position sizing, anda boleh kawal risiko, bina konsistensi, dan biarkan keuntungan berganda seiring masa. Tapi kalau anda abaikan, walau sistem sehebat mana pun tak akan lama dapat bertahan.
Senangkata:
👉 Entry cun bantu anda menang dalam trade tu
👉 Position sizing betul bantu anda kekal lama dalam game.
Dan dalam dunia trading — yang bertahan paling lama, itulah “the real winner”. 💪📈
Position sizing ialah kaedah menentukan berapa banyak modal yang dipertaruhkan dalam setiap trade. Ia memastikan kerugian setiap trade tidak menjejaskan keseluruhan modal dan membantu trader kekal konsisten dalam jangka panjang.
Menurut Stanley Druckenmiller, position sizing menyumbang 70-80% kepada kejayaan trader. Walaupun sistem entry biasa, trader masih boleh untung jika pandai urus saiz posisi. Sebaliknya, entry terbaik pun boleh hanguskan akaun jika saiz posisi salah.
Tanpa position sizing yang betul, trader berisiko kehilangan modal besar dalam satu trade, mengalami tekanan emosi yang tinggi, dan hilang disiplin apabila harga bergerak melawan arah.
Kira berapa banyak kerugian yang boleh diterima tanpa menjejaskan modal keseluruhan, kemudian sesuaikan saiz trade dengan tahap risiko, modal semasa, dan volatiliti pasaran. Biasanya trader profesional merisikokan hanya 1-2% modal setiap trade.
Kuasai position sizing dan strategi trading yang terbukti berkesan untuk jangka panjang.
Buka akaun CDS melalui Daftar Akaun CDS Mplus untuk mula trading dengan akaun sendiri.
Baru nak belajar saham? Download Ebook Asas Saham Percuma untuk fahami asas pelaburan.
Bacaan lanjut: