Prestariang menukar nama sebagai AWANTEC

Hai dan assalamualaikum! Hari nie saya akan share dengan anda semua mengenai satu syarikat di Bursa Malaysia iaitu Prestariang. Ia dikatakan akan menukar nama kepada AWANTEC.
Pada 28 Dis 2020, telah keluar satu berita dalam akhbar The Edge Market berkaitan syarikat Prestariang. Berita tersebut memberitahu kita bahawa syarikat ini akan diperdagangkan sebagai AWANTEC setelah ia menukar nama menjadi AwanBiru Technology Bhd.
Penjenamaan ini akan berkuat kuasa pada hari esok iaitu 29 Dis. Syarikat ini beroperasi sebagai penyedia perkhidmatan perisian ICT yang sebelum ini namanya Prestariang Bhd.
Berikutan perubahan namanya menjadi AwanBiru Technology Bhd (Awantec) maka di Bursa Malaysia namanya akan menjadi AWANTEC
Anda dah tahu mengenai syarikat ini? Jom kita ambil tahu sedikit informasi dan latar belakang mengenai syarikat ini.

AWANTEC merupakan Main Market dalam pasaran Bursa Malaysia. Ia juga termasuk dalam sub-sector digital services di bawah sector technology. Macam yang anda dapat lihat namanya telah bertukar menjadi AWANTEC code 5204
Kenapa AWANTEC Menukar Nama?
Kenapa ya syarikat AWANTEC ni nak tukar namanya?
Haaa.. syarikat ini nak tukar nama kadang-kadang disebabkan oleh startegi Marketing dia. Antara salah satu strateginya ialah rebranding. Jadi syarikat Prestaring nak tukar namanya atau brand baru untuk target audience yang baru.
Selain itu, antara sebab pertukaran ini adalah kerana ia nak expand perniagaannya.
Kelebihan Pertukaran Nama
Untuk sesebuah syarikat yang menukar nama atau rebranding pastinya ada kelebihan yang dia akan dapat. Antaranya ialah jika syarikat itu mengalami kerugian maka syarikat ini boleh bangkit semula melalui penukaran ini.
Disamping itu, pertukaran ini juga dilihat dari sudut pertukaran management ataupun hala tuju AWANTEC untuk dia revise dan selamatkan syarikat dia tersebut.
Ini memberikan satu peluang kepada pelabur-pelabur yang suka nak melabur dalam syarikat yang cuba nak bangun semula daripada kerugian ni.
Untuk lebih detail..jom tengok macam mana prestasi saham AWANTEC ni.

Berdasarkan chart di atas, dapat kita lihat bahawa saham AWANTEC sekarang sedang uptrend sejak dari bulan Oktober yang lalu.
Selain itu, pada bulan November juga banyak berlaku shareholding changes dalam kaunter ini. Dan…untuk latest quater report pada 26 Nov menunjukkan ia mula mengurangkan kerugiannya. Jadi ini menunjukkan kemungkinan ada potensi untuk keuntungan yang baru.
Kesimpulan
Kesimpulannya, news seperti ini sangat penting untuk anda ambil tahu dan cakna agar apabila berlaku sebarang perubahan sama ada pada nama, management, atau saham syarikat itu sendiri anda dapat membuat kajian dengan lebih awal.
Selain itu, penukaran nama ini jelas menunjukkan tanda-tanda positif kepada syarikat tersebut dan juga industri teknologi.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Kenapa Prestariang menukar nama kepada AWANTEC?
Penukaran nama kepada AWANTEC mencerminkan hala tuju baharu syarikat yang lebih fokus kepada perkhidmatan teknologi dan transformasi digital, selaras dengan visi dan misi baharu syarikat.
2. Apakah kesan penukaran nama syarikat terhadap saham di Bursa?
Penukaran nama biasanya menunjukkan perubahan positif dalam pengurusan dan hala tuju syarikat. Ia boleh memberi keyakinan kepada pelabur dan berpotensi meningkatkan minat dagangan saham tersebut.
3. Adakah kod saham berubah apabila nama syarikat ditukar?
Ya, apabila syarikat menukar nama, kod dagangan (stock code) di Bursa Malaysia juga akan ditukar mengikut nama baharu syarikat tersebut.
4. Bagaimana pelabur boleh membuat kajian tentang perubahan nama syarikat?
Pelabur boleh memantau pengumuman di laman web Bursa Malaysia, membaca quarterly report terkini dan mengikuti berita korporat untuk memahami sebab di sebalik penukaran nama dan kesan kepada prestasi syarikat.
Mulakan Langkah Pelaburan Anda
Berminat untuk melabur dalam saham teknologi di Bursa Malaysia? Buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini dan mulakan perjalanan pelaburan anda dengan bimbingan profesional. Muat turun juga ebook percuma Mahersaham untuk memahami asas pelaburan saham.