Prestasi Semasa Saham-saham di Bursa Malaysia sehingga 22-Mei-2018

Prestasi semasa
Gambar rajah di bawah menunjukkan taburan prestasi semasa saham-saham dan warant yang diniagakan di Bursa Malaysia bagi tahun 2018.
Top 5
5 saham atau warant yang dikenalpasti mencapai pulangan yang tertinggi setakat ini adalah:
- THRIVEN-WB – 3.6 kali ganda iaitu kenaikan sebanyak 260%
- BAHVEST-WA – 3.0 kali ganda iaitu kenaikan sebanyak 200%
- PARLO – 2.7 kali ganda iaitu kenaikan sebanyak 170%
- PANSAR – 2.6 kali ganda iaitu kenaikan sebanyak 160%
- OPCOM – 2.3 kali ganda iaitu kenaikan sebanyak 130%
Saham mahal vs saham murah
Tidak dinafikan, saham-saham murah atau “penny” mampu memberikan pulangan yang lebih tinggi dalam jangka masa yang singkat. Ianya dapat dibuktikan di dalam gambar rajah di atas dimana majoriti saham-saham yang mencapai pulangan tertinggi adalah saham berharga bawah RM1.
Namun begitu, ada juga saham-saham berharga mahal yang mencapai pulangan yang amat memberangsangkan! Sebagai contoh, saham Nestle telahpun mencapai kenaikan sebanyak 46% manakala saham F&N telah naik sebanyak 37%.
Dapat dirumuskan di sini bahawa para pelabur boleh mencapai keuntungan sekiranya mengaplikasikan ilmu dan teknik yang betul, tidak kira saham yang dibeli adalah berharga murah ataupun mahal.
Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat banyak ilmu saham yang perlu anda pelajari dalam menceburi dunia saham. Untuk membuat sesuatu pelaburan anda perlu ada ilmu terlebih dahulu agar tidak tersilap langkah. Jadi…jom belajar saham dengan Mahersaham hingga anda berjaya.
Soalan Lazim (FAQ)
Bagaimana cara menilai prestasi saham di Bursa Malaysia?
Prestasi saham boleh dinilai melalui perubahan harga dalam tempoh tertentu, volume dagangan, dan perbandingan dengan indeks pasaran. Data ini boleh didapati melalui platform dagangan dan laman seperti bursamalaysia.com.
Apa maksud saham murah dan saham mahal dalam konteks pelaburan?
Harga saham sahaja tidak menentukan sama ada ia murah atau mahal. Penilaian sebenar bergantung kepada fundamental syarikat seperti nisbah P/E, pendapatan, dan prospek pertumbuhan masa depan.
Bolehkah pelabur untung dari saham berharga rendah?
Ya, pelabur boleh mencapai keuntungan dari saham berharga rendah sekiranya mengaplikasikan ilmu dan teknik analisa yang betul. Yang penting ialah memahami fundamental dan risiko setiap kaunter.
Kenapa penting memantau prestasi sektor di Bursa Malaysia?
Setiap sektor mempunyai kitaran prestasi yang berbeza. Memantau prestasi sektor membantu pelabur mengenal pasti sektor yang sedang berkembang dan membuat keputusan pelaburan yang lebih strategik.
Untuk mula melabur dengan yakin, anda perlukan akaun pelaburan dan ilmu asas yang kukuh.
Belum ada akaun? Buka akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Baru bermula? Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk fahami asas pelaburan saham.
Bacaan lanjut:
