ECRL di teruskan T7GLOBAL melonjak lebih 25%

Loading...

Dari sumber HARIAN METRO, rujukan https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/351062/projek-ecrl-diteruskan
KERAJAAN akan meneruskan projek pembinaan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) selepas perbincangan semula mengenai kosnya diputuskan.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, turut disemak semula adalah berhubung penangguhan projek mega Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
“Kita sudah bayar RM20 bilion untuk projek ECRL, jadi tak masuk akal untuk kita mansuhkan ia begitu sahaja. Kita akan runding semula,” katanya memetik laporan The Malaysian Insight hari ini.
.
So apa kaitan dengan saham sebenarnya?
Sebelum ini antara syarikat yang dianugerahkan kontrak projek ECRL oleh Kerajaan Terengganu adalah Syarikat T7 Global di mana jajaran terpanjang ECRL adalah milik mereka.
.
Hari ini 25/6/2018 T7GLOBAL pada sesi pagi je naik lebih pada 25%


Boleh juga baca tentang ECRL dan T7GLOBAL ini di
http://www.theedgemarkets.com/article/epic-cmc-t7-global-sign-new-mou-ecrl-project-chinese-firm-excluded
http://www.theedgemarkets.com/article/vincent-tan-emerges-t7-globals-substantial-shareholder
News yang berkaitan saham T7GLOBAL melonjak hari ini. Dalam saham selain FA dan TA, sentimen seperti NEWS juga akan memain peranan untuk sesuatu saham itu NAIK atau TURUN. Kerana dari sentimen begini akan wujudkan EMOSI di kalangan TRADERS.
Emosi “GILER GILER NAK MEMBELI”, “Takut” , “Panik” dan banyak lagi. Emosi ini kita sendiri saja yang boleh kawal.
Bagi yang belum mengenali saham, jom belajar sekarang. Tinggalkan email di ruangan komen.
ECRL (East Coast Rail Link) ialah projek pembinaan laluan kereta api yang menghubungkan Pantai Timur dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Projek mega ini melibatkan kos berbilion ringgit dan memberi impak besar kepada syarikat-syarikat berkaitan pembinaan dan infrastruktur di Bursa Malaysia.
T7GLOBAL merupakan salah satu syarikat yang terlibat dalam projek ECRL. Apabila ada berita positif mengenai projek ini diteruskan, pelabur menjangkakan syarikat akan mendapat kontrak dan pendapatan tambahan, menyebabkan permintaan terhadap saham meningkat dan harga melonjak.
Ya, sentimen berita adalah salah satu faktor penting yang menggerakkan harga saham selain analisis fundamental dan teknikal. Berita positif seperti projek kerajaan boleh menyebabkan lonjakan harga, manakala berita negatif boleh menyebabkan kejatuhan mendadak.
Tetapkan pelan dagangan yang jelas termasuk harga masuk, target keuntungan dan had kerugian (stop loss) sebelum membeli. Elakkan membuat keputusan berdasarkan FOMO (fear of missing out) dan sentiasa ikut pelan yang telah ditetapkan.
Memahami hubungan antara berita semasa dan pergerakan saham membantu anda membuat keputusan pelaburan yang lebih rasional dan mengelakkan keputusan emosi.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur di Bursa Malaysia dan manfaatkan peluang daripada sentimen pasaran.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk memahami asas pelaburan saham termasuk cara membaca berita kewangan.
Bacaan lanjut: