Rahsia Kejayaan Dalam Dagangan: Bukan Cari Untung, Tapi Elak Buat Kesilapan

Loading...

“Dalam dunia dagangan, bukan siapa paling pandai yang menang, tapi siapa yang paling sedikit buat silap.”
Tahun lepas, saya bersembang dengan seorang kenalan — seorang trader runcit biasa yang mula berdagang di Bursa Malaysia semasa musim “bull run” tahun 2020. Masa tu, hampir semua saham naik, dan dia pun mula rasa yakin dengan kebolehannya. Katanya:
“Mula-mula untung RM5,000 dalam masa sebulan. Rasa macam semua saham yang saya beli, mesti naik.”
Tapi keyakinan itu bertukar jadi kekecewaan. Bila pasaran mula jatuh, dia mula average down saham-saham yang rugi, tak letak stop loss, dan percaya harga akan kembali naik. Dalam masa beberapa bulan, kerugian terkumpul mencecah RM80,000.
“Saya tak ada pelan. Saya main hentam. Tengok chart sikit, baca forum sikit, terus beli. Bila rugi, salahkan pasaran, salahkan ‘goreng’ orang lain.”
Kisah dia bukan luar biasa. Ramai trader baru terjebak dalam kitaran yang sama — berdagang tanpa peraturan, ikut emosi, dan ulang silap yang sama.
Dan di sinilah lahirnya pengajaran penting: kejayaan dalam dagangan bukan datang dari strategi “ajaib”, tapi dari disiplin untuk elak buat silap yang kita tahu kita tak patut buat.
Masalah utama? Dia tak ada peraturan. Bila nak beli? Bila nak jual? Berapa risiko yang boleh ditanggung? Semua ini tak jelas.
Bila tak ada sistem, anda akan buat keputusan berdasarkan perasaan, bukan strategi. Dan itulah resipi untuk rugi besar — macam apa yang berlaku padanya.
Peraturan dagangan bertindak macam Waze. Bila ada peraturan, anda tahu hala tuju anda. Bila tak ada? Anda ikut angin — naik bila orang kata naik, jual bila panik, dan ulang semula.
Ramai yang rugi mula salahkan pasaran, atau “sifu” yang bagi call. Tapi bila kita sendiri tekan butang beli, itu tanggungjawab kita. Proses pembelajaran hanya bermula bila kita berani cakap:
“Aku silap. Macam mana aku boleh elak ini lepas ni?”
Tanpa pelan, dagangan jadi impulsif. Pelan dagangan tak perlu kompleks — tapi mesti jelas. Anda perlu tahu bila nak masuk, bila nak keluar, dan berapa banyak yang sanggup rugi. Itu saja dah cukup untuk kurangkan banyak kesilapan biasa.
Masalah pedagang runcit biasanya bukan kurang ilmu — tapi kurang disiplin untuk ikut apa yang mereka tahu. Kawan saya tahu pasaran tengah turun, tapi masih tak mahu jual. “Sayang,” katanya. Akhirnya, rugi jadi makin besar.
RM80,000 itu sebenarnya adalah yuran pembelajaran yang sangat mahal. Tapi kalau dia tak ubah cara, yuran itu akan jadi sia-sia. Kesilapan itu biasa. Tapi ulangi kesilapan sama — itu cuai.
Anda jenis ikut sistem, atau ikut rasa? Tak salah jadi mana-mana, tapi penting untuk kenal gaya sendiri. Kalau anda jenis emosional, dagangan mekanikal boleh bantu kawal. Kalau anda jenis fleksibel, pastikan ada disiplin tinggi.
Pasaran sentiasa berubah. Strategi tahun lepas tak semestinya relevan tahun ini. Jangan rasa selesa. Pedagang berjaya adalah pelajar yang tak pernah berhenti belajar.
Rahsia kejayaan dalam dagangan saham bukan terletak pada mencari keuntungan besar, tetapi pada keupayaan mengelakkan kesilapan yang merugikan. Trader yang berjaya adalah mereka yang disiplin, mengawal risiko, dan belajar dari kesilapan untuk terus bertambah baik.
Kesilapan paling biasa ialah tidak menetapkan stop loss, overtrading (terlalu kerap berdagang), revenge trading selepas rugi, dan melabur tanpa pelan dagangan yang jelas. Kesilapan-kesilapan ini biasanya berpunca daripada emosi yang tidak dikawal.
Pengurusan risiko memastikan modal anda kekal utuh untuk terus berdagang. Walaupun anda untung 9 kali berturut-turut, satu kerugian besar tanpa kawalan risiko boleh menghapuskan semua keuntungan terdahulu. Trader berjaya biasanya hanya mempertaruhkan 1-2% modal dalam setiap dagangan.
Mulakan dengan menulis pelan dagangan yang lengkap termasuk kriteria masuk dan keluar, saiz posisi, dan had kerugian harian. Patuhi pelan tersebut tanpa kompromi dan catat setiap dagangan dalam jurnal untuk analisis kemudian. Disiplin dibina melalui amalan konsisten, bukan semata-mata niat.
Ya, tetapi ia memerlukan pembelajaran yang betul dari awal. Trader yang mempunyai mentor atau mengikuti kursus berstruktur biasanya dapat mengelakkan kesilapan mahal yang dilakukan oleh mereka yang belajar sendiri. Fokus pada proses pembelajaran dan bukannya keuntungan segera.
Kejayaan dalam dagangan bermula dengan mindset yang betul iaitu melindungi modal dan mengelakkan kesilapan. Teruskan tingkatkan ilmu pelaburan anda untuk menjadi trader yang lebih konsisten dan berdisiplin.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.