RTS, projek bermula dari Johor Bahru-Singapura

Projek RTS
Hai awak semuaaaa! Hari ni saya nk share dengan korang mengenai satu berita mengenai sebuah kereta api yang berteknologi tinggi iaitu RTS
Berdasarkan berita dalam The Edge Market, telah keluar satu berita mengenai sebuah kereta api berteknologi yang bakal dibina iaitu RTS.
Pada hari ini, telah berlangsungnya majlis upacara perasmian untuk kerja-kerja pembinaan projek infrastruktur yang telah lama di tunggu-tunggu oleh ramai orang.
Projek ini yang di namakan sebagai Rapid Transit System (RTS) akan melibatkan antara Johor Bahru dan Singapura.
Dalam satu kenyataan, Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) mengatakan bahawa upacara itu dilakukan di lokasi Bangunan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) yang akan datang di Bukit Chagar, Johor.
Majlis ini juga telah disempurnakan oleh Sultan Johor Ibni Almarhum Sultan Iskandar dari Istana Bukit Serene.

Dua Stesen Kereta Api RTS
Korang nak tahu tak..link antara Malaysia dan Singapura akan menjadi perkhidmatan kereta api dengan dua stesen, satu di Bukit Chagar di Johor Bahru, dan yang lain di Woodlands North di Singapura.
Hebatkan!
Projek ini juga disasarkan akan beroperasi pada akhir tahun 2026. Ia juga akan menyediakan perkhidmatan yang mudah dan efisien untuk Malaysia dan Singapura merentasi sempadan.

Kos RM3.7 bilion
Berkata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim,
“RTS akan menelan belanja sebanyak RM3.7 bilion, yang merangkumi pembinaan stesen di Bukit Chagar, depot di Wadi Hana, jejambat melalui pusat bandar raya Johor Bahru dan di Selat Johor ke sempadan Malaysia-Singapura”
Untuk pengetahuan korang jugakk..kos ini termasuk pembinaan kompleks CIQ empat tingkat, yang akan menjadi sebahagian daripada pembangunan berorientasikan transit.
Selain itu, ia juga akan menampilkan hab pengangkutan multimodal dan pembangunan harta tanah campuran.
RTS Bina Peluang Perniagaan
“40% daripada keseluruhan kos pembinaan infrastruktur akan diperuntukkan kepada kontraktor bumiputera”
Hal ini kerana depot itu terletak di Wadi Hana. Perkara ini sedikit sebanyak akan membuka peluang untuk tempatan perniagaan untuk mengambil bahagian dalam penyelenggaraan.
Selain itu, kepakaran dalam pembaikan dan baik pulih rantaian bekalan juga dapat ditingkatkan serta dapat membina kepakaran tempatan dalam industri teknologi kereta api.
Kesimpulan
Kesimpulannya, dengan adanya projek mega RTS ini diharapkan sektor pembangunan dan pembinaan akan terus berkembang dengan lebih maju sekaligus dapat meningkatkan pendapatan negara.
Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah mula mengkaji mana-mana syarikat dalam sektor construction yang akan terlibat sama dengan pembinaan ini.
Sampai berjumpa lagiii…moga artikel kali ini bermanfaat untuk anda. Moga terus maju jaya. Assalamualaikum!
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu projek RTS Link Johor Bahru-Singapura?
RTS Link (Rapid Transit System Link) ialah projek kereta api transit pantas yang menghubungkan Johor Bahru, Malaysia dengan Singapura. Projek mega ini bertujuan memudahkan perjalanan rentas sempadan dan dijangka memberi impak besar kepada ekonomi kedua-dua negara.
Bilakah projek RTS Link dijangka siap?
Projek RTS Link telah melalui beberapa fasa perbincangan dan rundingan antara Malaysia dan Singapura. Tarikh siap bergantung kepada perkembangan semasa pembinaan, namun ia dijangka beroperasi sepenuhnya dalam beberapa tahun akan datang selepas pembinaan dimulakan.
Saham sektor apa yang berpotensi mendapat manfaat daripada projek RTS?
Saham dalam sektor pembinaan (construction) berpotensi besar mendapat manfaat daripada projek RTS. Syarikat yang terlibat dalam pembinaan infrastruktur, rantaian bekalan, serta penyelenggaraan kereta api mungkin menerima kontrak berkaitan projek ini.
Apakah peranan kontraktor bumiputera dalam projek RTS?
Sebanyak 40% daripada keseluruhan kos pembinaan infrastruktur diperuntukkan kepada kontraktor bumiputera. Ini membuka peluang besar kepada syarikat tempatan untuk terlibat dalam pembinaan dan penyelenggaraan projek mega ini.
Nak mula melabur saham? Buka akaun CDS anda di sini untuk langkah pertama.
Muat turun ebook asas saham percuma di sini untuk belajar dari kosong.
Bacaan lanjut: