Saham Khazanah Nasional Berhad

Loading...

Portfolio Saham Khazanah Nasional Berhad
November 2018,
September 2019,
Berdasarkan kenyataan yang diambil daripada laman sesawang Khazanah, kita memahami bahawa ianya sebuah badan yang menyimpan dana milik Malaysia untuk mengembangkan harta jangka panjang.
Hasilnya adalah untuk diraih oleh rakyat Malaysia bukan untuk kepentingan-kepentingan lain.
Jadi, kalau saham Khazanah Nasional Berhad semakin berkurangan, bagaimana ia dapat memberi jaminan yang harta ataupun dana ini akan bertambah?
Adakah proceeds daripada penjualan saham tersebut akan dilaburkan ke saluran lain yang lebih menguntungkan atau sebaliknya?
Apa sebenarnya perniagaan teras atau ‘core business‘ Khazanah sehinggakan kerajaan rela jual kebanyakan pegangan saham yang terbesar?
Apakah dakwaan yang mengatakan bahawa Khazanah telah menyimpang daripada ‘‘core business‘ itu benar?
Tiada jawapan yang pasti. Kesemuanya masih samar-samar dan tiada kejelasan atau clarity terhadap perkara yang dianggap mustahak oleh kita semua.
Kita juga tidak mahu menuding jari menyalahkan mana-mana pihak sekiranya ada dakwaan bahawa kononnya ini adalah konspirasi.
Konspirasi atau agenda yang kononnya ingin menggadaikan aset negara kepada warga asing.
Sebagai rakyat Malaysia yang sangat prihatin, kita mahukan jawapan yang rasional oleh kerajaan namun hak rakyat untuk mengetahui perkara sebenar masih disembunyikan.
Sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan dalam memastikan pengurusan dana negara ditadbir urus dengan baik.
Kita hanya mampu mengharapkan yang terbaik agar tiada sebarang unsur konspirasi seperti yang digembar-gemburkan oleh sebahagian pihak.
Sebenarnya, perkara ini sangat membimbangkan kita sekiranya perkara yang tidak diingini oleh kita semua terjadi seperti nasib yang dialami oleh negara-negara lain disebabkan oleh permainan politik.
Sudah pasti ada dalang yang memainkan peranan di sebalik penjualan saham secara berperingkat ini.
Sekiranya ‘dalang’ yang baik akan menatijahkan perkara yang baik untuk negara.
Tapi, apa yang kita takuti pada hari ini ialah ‘dalang’ yang berniat jahat.
Khazanah Nasional Berhad adalah dana kekayaan negara (sovereign wealth fund) Malaysia yang menguruskan pelaburan strategik kerajaan dalam syarikat-syarikat utama seperti Tenaga Nasional, CIMB, dan Axiata.
Portfolio Khazanah termasuk saham syarikat utama seperti Axiata Group, CIMB Group, Tenaga Nasional, IHH Healthcare, dan Malaysia Airports Holdings yang merupakan syarikat strategik negara.
Penjualan saham oleh Khazanah boleh menyebabkan tekanan jual di pasaran dan mempengaruhi harga saham syarikat terlibat. Pelabur perlu memantau pengumuman Khazanah sebagai petunjuk hala tuju pasaran.
Pengurusan dana negara yang baik memastikan aset strategik dilindungi, pulangan pelaburan dimaksimumkan, dan kekayaan negara dipelihara untuk manfaat rakyat dalam jangka panjang.
Memahami peranan pelabur institusi seperti Khazanah membantu anda membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak di Bursa Malaysia.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham syarikat strategik negara di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk memahami cara menganalisis pergerakan pelabur institusi dan kesannya terhadap pasaran saham.
Bacaan lanjut: