7 Saham Tech Bursa Malaysia Dalam Radar HLIB: Siapa Menang Bila Ringgit Mengukuh?

Ramai pelabur baru sering bertanya: "Bila Ringgit makin mengukuh berbanding USD, adakah saham teknologi Malaysia akan jatuh?"
Logiknya ada—kebanyakan syarikat teknologi kita menjual produk dalam Dolar AS (USD). Bila tukar balik ke Ringgit yang sedang kukuh, currency translation tu memang nampak sikit.
Namun, laporan terkini daripada Hong Leong Investment Bank (HLIB) mendedahkan sesuatu yang menarik: Jangan terlalu risau pasal mata wang, fokus pada kualiti syarikat.
Kami kongsikan kepada anda apa yang HLIB nampak untuk panduan anda.
1. Mitos "Ringgit Naik, Tech Turun"
HLIB telah membuat kajian data selama 5 tahun ke belakang. Hasilnya mengejutkan:
Hubungan Tak Kuat: Pergerakan turun naik harga saham teknologi sebenarnya tidak begitu bergantung pada kekuatan Ringgit atau USD.
Apa Faktor Sebenar?: Harga saham teknologi lebih dipengaruhi oleh dua perkara besar ini:
Permintaan Cip Global: Adakah dunia sedang gila membeli barang elektronik dan AI? (Kitaran semikonduktor).
Kadar Faedah AS (Fed): Polisi bank pusat Amerika Syarikat.
Contoh mudah: Pada tahun 2020, saham teknologi naik menggila bukan sebab mata wang, disebabkan oleh permintaan global tinggi. Pada 2022 pula, saham jatuh sebab Amerika menaikkan kadar faedah (interest rate), bukan sebab mata wang semata-mata.
2. Strategi Sekarang: "Stock Picking"
HLIB menasihatkan pelabur supaya jangan beli "satu sektor" secara pukul rata. Anda kena lebih selective (stock picking).
Kenapa? Sebab bila Ringgit kukuh, hanya syarikat yang betul-betul kuat bisnesnya boleh bertahan. Syarikat yang lemah (yang hanya untung sebab tukaran wang) akan tertinggal jauh.
Ciri-ciri syarikat yang HLIB suka:
Jualan (Revenue) yang kencang naik.
Skala operasi besar.
Mampu serap kos walaupun tukaran wang tak menyebelahi mereka.
3. Update Ringkas Syarikat-Syarikat Popular
Apa cerita terkini syarikat-syarikat teknologi di Bursa? Ini rumusan mudah dari kajian HLIB:
Geng Besar (Big & Mid Cap)
ViTrox (VITROX): Masih kuat. Walaupun pasaran utama mereka China, jualan di India, US dan Mexico semakin memberangsangkan.
Inari Amertron (INARI): Sedikit perlahan sekarang (terutama bahagian radio frekuensi). Pengurusan menjangka kan akan pulih sepenuhnya pada tahun kewangan 2027.
UWC Bhd (UWC): Sangat positif. Permintaan dari pelanggan sedang naik mendadak. Mereka sedang melabur RM100 juta lagi untuk besarkan kilang.
NationGate (NATGATE): Ada potensi besar dari projek server baru. Dijangka untung kasar boleh cecah ratusan juta USD dari kilang baru milik pelanggan mereka.
Small Cap & Lain-lain
Kobay Technology: Kilang buat server AI mereka sedang berjalan full capacity.
3Ren Bhd: Sedang dapat tempias projek dari gergasi macam Intel dan AMD.
SkyeChip (Akan Datang): Ini syarikat belum senarai lagi (Unlisted), tapi HLIB kata mereka power dalam rekaan cip AI. Mungkin akan IPO (masuk pasaran saham) sekitar April 2026.
4. Pilihan Top Pick HLIB
Secara keseluruhan, HLIB meletakkan status NEUTRAL pada sektor teknologi. Maksudnya, tak terlalu bullish (sangat optimis), tapi tak juga bearish (negatif). Ini kerana harga saham teknologi sekarang dianggap agak "mahal" (PE Ratio sekitar 32 kali ganda pendapatan tahun 2026).
Namun, untuk pelabur yang nak beli juga, HLIB cadangkan 3 nama ini yang dianggap paling stabil dan berpotensi:
ITMAX System (KL:ITMAX) – Konsisten buat duit.
UWC Bhd (KL:UWC) – Potensi pertumbuhan tinggi.
Frontken Corp (KL:FRONTKN) – Kuat dalam servis untuk industri cip.
Apa Yang Anda Boleh Buat Sekarang?
Jangan panik jual saham hanya disebab Ringgit mengukuh. Semak balik portfolio anda:
Adakah syarikat yang anda pegang itu memiliki bisnes yang betul-betul berkembang (dapat projek baru, kilang baru)?
Atau pun syarikat tu cuma harapkan keuntungan atas angin tukaran wang?
Jika syarikat itu "bina kilang baru sebab tak menang tangan layan order", itu petanda yang baik walaupun Ringgit sedang naik.
Belajar Asas Pelaburan Saham Dengan Kami
Tingkatkan asas pelaburan anda dengan Pendrive Mahersaham — himpunan video kelas saham yang disusun khusus untuk membantu pelabur baharu memahami pasaran dengan jelas dan teratur.
Dalam pendrive ini, anda akan belajar konsep asas, teknik analisis, cara menilai syarikat, serta langkah membuat keputusan pelaburan yang lebih yakin. Semua disampaikan dalam bahasa yang mudah, praktikal, dan sesuai untuk mereka yang baru bermula.
Jika anda ingin mengelakkan kesilapan biasa pelabur baru, memperkukuh pemahaman sebelum melabur, atau membina asas yang kukuh sebelum ke tahap seterusnya — pendrive ini adalah permulaan terbaik.
Pelaburan yang bijak bermula dengan ilmu.
Dapatkan Pendrive Mahersaham dan mula bina keyakinan anda hari ini.

Penafian: Artikel ini adalah olahan maklumat dari laporan HLIB dan bertujuan untuk pendidikan sahaja, bukan nasihat belian/jualan saham (Buy Call/Sell Call).Sumber:Theedge
Mulakan Pelaburan Anda
Ilmu pelaburan adalah langkah pertama. Tapi tanpa tindakan, ilmu tidak akan membawa hasil.
📖 Pelajari Asas:
Dapatkan ebook percuma kami untuk panduan lengkap.
📈 Mula Melabur:
Untuk melabur di Bursa Malaysia, buka akaun CDS sekarang.