Siapa Pemilik Produk Keluaran Susu Saji?

Loading...

Susu krimer atau susu pekat memasarkan pelbagai jenis jenama dan pilihan kepada pengguna.
Ianya banyak digunakan dan sememangnya wajib ada di setiap kedai makan, restoran mahupun di rumah sebagai bahan penting untuk manisan, minuman dan bahan masakan.
Salah satu jenama susu pekat yang hendak di kongsikan kali ini adalah Susu Saji. Susu saji kalau beli di pasaraya atau kedai runcit harganya lebih kurang RM2.00 ke RM2.20 sahaja setin.
Dan kini jenama saji mempelbagaikan produk susu krimer berperisa yang baru dan lebih menarik kepada pengguna.
Antara susu krimer saji yang viral ialah Saji Tembikai Susu, Saji Jagung, Saji Chocolate Creamer dan Saji Bandung Creamer.
Produk Saji dijamin halal menyebabkan ramai tidak ragu-ragu untuk menggunakannya.
Ramai yang menjadikan Susu Saji pilihan Nombor 1 mereka sebagai resepi masakan dan hidangan makanan setiap hari.
Antara kata-kata pengguna yang sangat perpuas hati dengan produk Saji.
Sumber: Produk Saji
Jenama susu saji ini merupakan milik syarikat Delima Oil Products Sdn. Bhd (DOPSB).
Syarikat DOPSB adalah anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).
Maka susu saji adalah jenama milik Felda, FGV. FGV Holdings Berhad menjalankan 3 sektor peniagaan utama iaitu
1. Perladangan
2. Gula
3. Logistik
Syarikat FGV juga menawarkan pelbagai produk berasaskan minyak sawit termasuk minyak masak dan menyediakan perkhidmatan lain-lain seperti hospitaliti, kejuruteraan dan servis berkaitan ICT.
Selain itu, perkara paling penting anda perlu tahu tentang FGV Holdings Berhad ianya adalah syarikat Patuh Syariah yang tersenarai di Papan Utama Bursa (Main Market).
Syarikat ini dalam sektor Pertanian kategori ‘Consumer’. Harga saham FGV pada 10 Jan 2020 ditutup pada paras RM1.55 seunit dengan peningkatan harga sebanyak 2.649%.
Sumber: Demo Mplus
Kepada pelabur yang berminat dengan saham FGV ini boleh perhatikan saham FGV ini dari semasa ke semasa.
Hal ini kerana saham FGV sudah menghampiri paras harga tertingginya dalam setahun (52 week high) RM1.59 seunit.
Jika berlaku Breakout harga saham ini akan terbang lebih tinggi dan mencipta harga tertinggi yang terbaru.
Sumber: Bloomberg
Pemegang saham terbesar FGV ini pula sudah semestinya adalah Federal Land Development Authority (FELDA) dengan 33.66% pegangan.
Kemudian jika dilihat daripada 10 teratas pemegang saham FGV kebanyakannya dipegang oleh:
Sumber: Bursa Marketplace
Dalam Bursa Malaysia terdapat lebih 700 syarikat yang Patuh Syariah.
Sebagai contoh saham syarikat Ajinamoto, Apollo, Brahims, Dutch Lady, Hwatai, F&N, Kheesan, Power Root dan banyak lagi.
Namun sebelum boleh memiliki saham-saham ini anda wajib mempunyai akaun CDS terlebih dahulu.
Susu Saji dimiliki oleh Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB), anak syarikat FGV Holdings Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia dan merupakan antara konglomerat perladangan terbesar di dunia.
Ya, Susu Saji adalah produk halal yang dikeluarkan oleh syarikat bumiputera Muslim melalui FGV Holdings Berhad dan telah mendapat pensijilan halal JAKIM.
Ya, saham FGV Holdings Berhad tersenarai di Bursa Malaysia sebagai saham patuh syariah dan boleh dibeli oleh mana-mana pelabur runcit yang mempunyai akaun CDS.
FGV juga memiliki jenama terkenal lain seperti Minyak Masak Saji dan terlibat dalam industri perladangan kelapa sawit, gula (melalui MSM Malaysia), dan pelbagai produk makanan.
Berminat untuk memiliki saham syarikat patuh syariah seperti FGV di Bursa Malaysia — langkah pertama ialah membuka akaun pelaburan.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: