Ta Win melabur RM20.8 juta di Royce Pharma

Ta Win Melabur Dalam Industri Farmasi
Telah keluar berita dalam akhbar The Star mengenai sebuah syarikat Ta Win Holdings Bhd.
Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, jom kenal dengan syarikat ini. Korang boleh pergi di website MalaysiaStock.Biz dan search syarikat Ta Win

Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang berada di dalam sektor produk dan servis. Syarikat ini membuat dan menjual copper wires dan juga copper rods.
Selain itu, syarikat ini merupakan main market dalam Bursa Malaysia. Dan… untuk pengetahuan korang syarikat ini adalah syarikat yang tidak patuh syariah.
Jadi, dinasihatkan untuk membuat kajian sebelum membeli saham sesuatu syarikat itu..
Haa..apa sebenarnya yang telah berlaku dengan syarikat ni?
Ta Win Melaburkan RM20.85 juta
Telah dikatakan bahawa anak syarikat Ta Win Holdings Bhd menceburkan diri dalam industri farmaseutikal dengan melaburkan RM20.85 juta dalam Royce Pharma Manufacturing Sdn Bhd.
Selain itu, dalam satu kenyataan pada hari Isnin syarikat healthcare Ta Win Copper Biohealth Sdn Bhd (TWCB) telah bersetuju untuk memperoleh 32.5% saham Royce Pharma.
Ini merupakan pelaburan pertama dalam industri farmasi.

Jika dilihat dalam technical chart syarikat ini sekarang harga saham nya kian makin menurun. Hari ni harga sahamnya telah jatuh pada harga RM0.181.
Namun, pada 7 Dec baru-baru ini saham Ta Win telah membentuk satu candlestick marubozu iaitu harga sahamnya telah pergi hingga ke RM0.240
Kesan Positif
Pengarah Urusan syarikat ini, Datuk Seri Ngu Tieng Ung menjangkakan pelaburan di Royce Pharma akan beri kesan positif kepada prestasi kewangan pada masa akan datang,
Hal ini kerana,terdapat jaminan keuntungan masing-masing RM10 juta untuk tahun pertama dan kedua.
Manfaat Kepada Ta Win
Perkara ni membolehkan Ta Win memanfaatkan platform farmasi yang ada pada Royce Pharma, kemampuan dalam mengembangkan bidang perubatan dan keupayaan mengeluarkan ubat-ubatan.
Selain itu, mereka juga ingin meneroka lebih jauh dalam mengaplikasikan biokimia dan kimia tembaga serta protein tembaga dengan tujuan mahu tingkatkan prospek syarikat.
Timbalan Presiden Royce Pharma juga berkata bahawa mereka yakin dengan sokongan Ta Win.
Hal ini kerana mereka akan mencapai kejayaan dalam menggunakan teknologi baru dari segi penyelidikan, rantaian bekalan, pembuatan dan pengedaran.
Selain itu dapat memperluaskan produk mereka di pasaran global dan juga tempatan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, dapat kita lihat bahawa kedua-dua syarikat ini mempunyai visi yang kuat untuk masa depan dalam industri farmasi di Malaysia. Dan..tuan-tuan dan puan-puan boleh mengambil peluang ini untuk mengkaji kaunter-kaunter yang terlibat dalam industri perubatan.
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah tujuan Ta Win Holdings melabur dalam Royce Pharma?
Ta Win Holdings melabur RM20.8 juta dalam Royce Pharma untuk mengembangkan perniagaan mereka ke dalam industri farmasi serta memanfaatkan peluang pertumbuhan dalam sektor perubatan di Malaysia.
Apakah bidang tumpuan Royce Pharma?
Royce Pharma menumpukan kepada penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan, termasuk pengaplikasian biokimia dan kimia tembaga serta protein tembaga untuk meningkatkan prospek syarikat dalam bidang perubatan.
Bagaimana pelaburan ini memberi manfaat kepada kedua-dua syarikat?
Ta Win mendapat akses kepada industri farmasi yang sedang berkembang, manakala Royce Pharma memperoleh sokongan kewangan dan teknologi baru dari segi penyelidikan, rantaian bekalan, pembuatan dan pengedaran produk.
Adakah sektor farmasi di Malaysia mempunyai potensi pelaburan yang baik?
Ya, sektor farmasi Malaysia mempunyai potensi yang besar terutamanya dengan peningkatan permintaan terhadap produk perubatan. Pelabur boleh mengkaji kaunter-kaunter berkaitan industri ini untuk peluang pelaburan.
Ingin mula melabur dalam saham syarikat farmasi? Buka akaun CDS bersama Mahersaham untuk memulakan pelaburan anda hari ini.
Masih baru dalam pelaburan? Muat turun ebook percuma asas saham daripada Mahersaham dan pelajari asas-asas pelaburan sekarang!
Bacaan lanjut: