Tabung Haji Online boleh transfer guna semua Bank

Loading...

Tabung Haji Online membantu ramai dalam kalangan kita menyimpan tanpa perlu keluar rumah atau menghabiskan masa menunggu turn untuk ke kaunter.
Bagi sesiapa yang mahu menyimpan dalam Tabung Haji sekarang dah ada cara lebih mudah.
Hanya terus transfer melalui mana-mana online banking yang masih aktif.
Ikuti beberapa langkah mudah transfer Tabung Haji online dengan Maybank2u oleh Noor Ain Norman
Anda perlu daftar dahulu akaun Tabung Haji 15 digit anda di mesin ATM maybank berdekatan.
1. Masukkan kad Maybank dalam mesin ATM. Kemudian masukkan nombor pin.
2. Pilih menu Tabung Haji (TH)
3. Pilih Daftar Akaun TH ke ATM Kad
4. Masukkan 15 digit nombor akaun Tabung Haji



Selepas selesai daftar, Login ke Maybank2u.
1. Klik pada Pay & Transfer
2. Cari menu Tabung Haji
3. Pilih Own Tabung Haji
4. Klik Tabung Haji Account yang tertera. Pastikan Nombor akaun Tabung Haji tersebut adalah betul milik anda.
5. Masukkan jumlah Transfer Amount yang dikehendaki. Bahagian Reference boleh isikan apa-apa description yang anda mahu. Atau boleh juga abaikan.
6. Klik Request dan masukkan TAC. Seterusnya klik Confirm. Selesai!


Maybank2u juga mempunyai kemudahan semak baki simpanan Tabung Haji online anda.
1. Klik Account & Banking
2. Cari menu Tabung Haji
3. Pilih Balance Inquiry



Bagi yang menggunakan CIMB Clicks, ikuti langkah oleh Ain Zaabar
1. Login
2. Pergi ke Pay > Bills
3. Search ‘Tabung Haji’. Pilih LEMBAGA TABUNG HAJI
4. Isi details
Sila rujuk gambar


Untuk RHB online Banking juga langkahnya lebih kurang seperti CIMB Clicks.
1. Login
2. Pay Bills
3. Open Payment
4. Search ‘Tabung Haji’
5. Isi details. Di bahagian Payee masukkan nama

Sumber: Ain Zaabar
Kepada yang menggunakan BIMB juga ada cara untuk transfer ke Tabung Haji online.
1. Login
2. Fund Transfer. Pillih Tabung Haji
3. Isi details. Klik Transfer
4. Request i-Access code
5. Confirm

Lepas tahu langkah-langkah mudah transfer Tabung Haji online, semakin mudahlah untuk kita buat simpanan dalam Tabung Haji.
Malah boleh jimat masa, tenaga dan minyak juga dengan platform simpanan online seperti ini.
Kalau nak tahu dalam pelaburan saham pun ada platform canggih juga tau.
Pelabur boleh buat kajian dan jual beli saham secara online tanpa perlu berurusan di kaunter syarikat broker atau remisier lagi.
Anda boleh transfer ke Tabung Haji melalui online banking seperti Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Online, dan BIMB Online. Setiap bank mempunyai langkah yang sedikit berbeza tetapi prosesnya mudah dan pantas.
Ya, kebanyakan bank utama di Malaysia termasuk Maybank, CIMB, RHB, dan Bank Islam menyokong pemindahan dana ke Tabung Haji melalui platform perbankan dalam talian masing-masing.
Kelebihan utama termasuk menjimatkan masa tanpa perlu ke kaunter, boleh dilakukan pada bila-bila masa, dan memudahkan simpanan konsisten untuk persediaan menunaikan haji.
Ya, Tabung Haji mengagihkan dividen tahunan kepada pendeposit berdasarkan keuntungan pelaburan yang diperoleh. Kadar dividen biasanya kompetitif berbanding instrumen simpanan lain.
Selain menyimpan dalam Tabung Haji, anda juga boleh mempelbagaikan pelaburan melalui saham di Bursa Malaysia untuk potensi pulangan yang lebih tinggi.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham patuh syariah di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk memahami asas pelaburan saham sebagai pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda.
Bacaan lanjut: