Teknik MA 200 Untuk Trading

Loading...

Teknik SMA 200 boleh dikatakan antara indikator yang paling banyak digunakan dalam analisa teknikal.
Ia digunakan bagi mengenal pasti trend keseluruhan untuk pasaran saham bagi jangka masa panjang.
SMA 200 bukan sahaja digunakan oleh traders tetapi juga oleh institusi-institusi kewangan yang turut melabur dalam pasaran saham.
Hal ini kerana hampir kebanyakan saham bertahan dan mengekalkan trend selagi SMA 200 tidak dipecahkan.
Secara ringkasnya, SMA 200 itu bermaksud purata pergerakan mudah harga saham untuk 200 unit.
Kebiasannya SMA 200 ini digunakan untuk daily chart. Jadi, 200 unit dalam daily chart adalah 200 hari.
Kita sudah maklum bahawa harga untuk setiap mengandung Open, High, Low dan Close.
Untuk SMA, secara ‘default’ kiraan yang digunakan adalah menggunakan Closing Price.
Jadi SMA 200 untuk daily chart bermaksud purata CLosing Price untuk 200 hari, dikira dari hari tersebut ke belakang.
Secara asasnya, SMA 200 sahaja akan menghasilkan dua signal, Buy dan Sell.
1) Jika harganya di atas SMA 200 hari ini adalah isyarat kenaikan harga. (BULLISH )
2) Jika harga berada di bawah SMA 200 hari ini adalah isyarat penurunan harga. (BEARISH)
Dalam SMA 200, garisan SMA 200 itu boleh dianggap sebagai support ataupun resistance bagi saham tersebut.
Bergantung kepada kedudukan harga saham dengan garisan SMA 200 itu, SMA 200 boleh memberikan signal sama ada BUY ataupun SELL.

✅Bullish Breakout: Apabila PRICE ACTION memecah SMA-200 hari ke atas ia memberikan isyarat panjang yang kuat.
☑️Support Bounce: Apabila PRICE ACTION memenuhi SMA-200 hari sebagai sokongan dan melantun ke atas, ia menghasilkan isyarat beli yang kuat.
☑️Bearish Breakout: Apabila PRICE ACTION memecah SMA-200 hari ke bawah, ia menghasilkan isyarat pendek yang kuat.
✅Resistance Bounce: Apabila PRICE ACTION memenuhi SMA 200 hari sebagai perlawanan dan melantun ke bawah, ia memberikan isyarat pendek yang sangat kuat.
SMA secara keseluruhannya adalah satu signal mudah untuk digunakan. Antara yang paling banyak digunakan adalah SMA 200.
Dengan hanya mengira purata pergerakan harga, calculation untuk signal ini sebenarnya boleh dibuat atau disusun menggunakan Excel ataupun aplikasi programming yang lain.
SMA 200 (Simple Moving Average 200) ialah indikator teknikal yang mengira purata harga penutupan saham untuk 200 hari dagangan terakhir. Ia merupakan salah satu indikator paling popular untuk mengenal pasti trend jangka panjang sesuatu saham sama ada dalam keadaan uptrend atau downtrend.
Isyarat beli (buy signal) terhasil apabila harga memecah SMA 200 ke atas (bullish breakout) atau melantun dari SMA 200 sebagai sokongan (support bounce). Isyarat jual (sell signal) pula terhasil apabila harga jatuh di bawah SMA 200 (bearish breakout) atau SMA 200 bertindak sebagai rintangan dan harga melantun ke bawah.
SMA 200 paling sesuai untuk saham yang aktif dan mempunyai volume dagangan yang konsisten. Untuk saham penny stock atau kaunter yang jarang didagangkan, SMA 200 mungkin kurang tepat kerana data harga yang tidak konsisten boleh menghasilkan isyarat palsu (false signal).
Ya, SMA 200 sangat berkesan apabila digabungkan dengan indikator lain seperti RSI untuk mengesahkan keadaan overbought atau oversold, atau MACD untuk mengesahkan momentum. Gabungan beberapa indikator membantu mengurangkan risiko false signal dan meningkatkan ketepatan keputusan trading.
SMA 200 merupakan indikator asas yang setiap trader perlu kuasai — ia memberikan gambaran jelas tentang trend jangka panjang dan titik masuk yang berpotensi tinggi.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula mengaplikasikan teknik SMA 200 dalam strategi trading saham anda di Bursa Malaysia.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk membina asas kukuh dalam pelaburan saham sebelum mendalami analisis teknikal.
Bacaan lanjut: